Hatinya di sana...
Nak kongsi kisah...
Tiapkali ke pasar, lepas dah siap beli lauk semua, saya tak lupa singgah ke gerai jual bawang lada etc di lot paling tepi. Yang selalu berurusan dengan saya berjual-beli bawang, kentang, cili kering dll tu ialah seorang 'bro bangla' yang dah agak separuh umur.
Entah kenapa tiap kali bercakap sepatah dua masa beli bawang tu, dapat rasa keikhlasan orang tu berbicara. Orangnya nampak baik hati dan lurus. Ingat lagi, mungkin sebab karektor beliau macam tu maka sesetengah dari orang kita cam ambik kesempatan pula eksyen lebih-lebih.
Di suatu pagi, ada la sorang akak tu tengah pilih2 kentang. Punya lama pilih... masa bro tu nak timbang,nak jadi citer secara tak sengaja terjatuh la sebiji kentang, terus terpelanting ke bawah. Bro bangla cepat2 membongkok untuk ambil kentang yang jatuh tu.
"Tukar..tukar! Ambik yang lain..." Ish kasor bebenor la pulak bunyi suara akak tu. Lain-lain customer yang melihat gelagat tersebut sume pakat-pakat pandang akak tu kemudian pandang bro bangla. Mendengar arahan tersebut, bro bangla pun cepat2 terus capai tukar kentang yang lain. Saya yang berada paling hampir dengan akak tu, cuba sebolehnya untuk buat tak tau. Tapi dalam hati, rasa macam akak tu over la pulak. Kalau nak tukar sekali pun, apa salah nya biar leklok sikit... kalau orang tu bukan bangla mungkin lain sikit kot tone suara cik akak... ish ish..
Selepas akak tu pergi, bro bangla tu bersungut sendirian..."itu macam orang.. ada ka.." Kemudian bro bangla terus kembali senyum dan sambung layan customer yang lain. "Err... tu ustazah adik tu mama...", bisik anak saya pelan-pelan. "Ooo...", takat tu je lah saya jawab sambil mengangguk-ngangguk, taknak sambung lebih2, kang tak pepasal...
Bro bangla tu nampak begitu komited dengan kerja. Rajin dan wajahnya selalu senyum. Semasa singgah lagi nak beli bawang dua tiga hari lepas, saya ambik peluang tanya...
"Ayaa... anak-anak ada sini ke semua kat sana? (maksud saya sana tu Bangladesh)
"Ohh semua sana jugak, bangla sana... saya sini kerja... tapi hati saya ingat sana.. anak satu orang ada sakit..."
"Sakit apa Ayaa?", saya terus bertanya nak tau.
"Itu kanser otak... saya hati susah..."
Ya Allah... terkedu dengar berita ini. Kesiannya rasa dekat bro bangla. Moga beliau tabah bekerja di rantau orang sementalah dalam masa yang sama hatinya terhimpit dengan masalah keluarganya yang jauh di Bangladesh. Moga Allah kurniakan kesembuhan buat anaknya dan permudahkan urusannya di sini... aminnn
Moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. aminn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Ayat Manzil
13 comments:
Ayah yang bertanggungjawab ada di mana-mana.
Pabila kita lihat PATI di negara ini, setiap mereka ada cerita. Sanggup bergolok bergadai untuk kemari mencari rezki Allah. Tidak dinafikan ramai yg berbulu mata kita memandang. Namun ramai pula yg ikhlas ingin mencari rezki yg halal untuk menampung kepayahan hidup. Semuanya Allah punye.
sorang ustazah yg takde budi bahasa...tak kirala bangsa apa pun. budi bahasa kena ada, org tak pandang pun pada harta tapi pada budi bahasa
Salam sejahtera.
Terima kasih atas doa yang murni itu. Semoga Allah merahmati kita semua.
Kasihan dengan Ustazah tu....Dengan budi pekerti begitu dia tak layak menjadi pendidik agama. Semoga Allah buka pintu hatinya.
moga kita tak diduga dengan dugaan yang maha berat camtu....
kasihan si anak yg mengidap penyakit kanser..moga dia jalani hidup yg tenang dan moga dia cepat semmbuh....
Salam kak,sedihnya baca kisah ini..kadang2 saye keliru jugak bila ade org yang menpunyai ilmu jugak berperangai seperti tak berilmu...itulah namanya hidayatkan kak....saye juga pernah terjumpa insiden2 seperti kisah diatas.....moga kita semua terhindar dari sikap seperti itu ye kak,:)
tak berbaloi mengguriskan hati orang dengan sebijik kentang
amin...permudahkanlah.
Kak hanim..
betul, hanya jarak yang memisahkan..jauh di mata dekat di hati..
Anon...
betul tuh, pandang dari sudut positif. Yang ketara, mereka rajin bekerja dan pandai simpan duit.
sal..
Itu ler, didoakan beliau tabah menghadapinya. Moga bebanan perasaannya tidak mengganggu kerja hariannya di sini.
Mamasyaza, hafidz, ina dan cikli...
Maafkan saya jika cerita ttg kentang itu telah timbulkan persepsi negatif terhadap cik akak tersebut. Bukan niat nak cerita yang buruk, hanya untuk sama2 kita meninjau diri sendiri InsyaAllah.. sebagaimana yang dipesan ustaz, biar sering timbul rasa kasihsayang antara kita sesama Islam...i.e satu taman perumahan, satu pekan, satu negeri, satu negara, satu umat Muhammad SAW...
cik alatheea...
aminn..Ya Allah kabulkanlah
Thx..
Post a Comment