Tazkirah 11 Ramadhan


Alhamdulillah.. walaupun Ramadhan dah berlalu pergi, di-entrikan juga posting yang tertunggak, Sama-sama ambil manafaat InsyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~

Ustaz bagi compliment bagi yang dapat luangkan masa hadir menunaikan solat terawih seterusnya ikut berada dalam majlis ilmu malam itu. Anak2 yang sedang berlari2 dan bermain sesama mereka di belakang memang agak nakal kata ustaz, tapi takpe sekurang-kurangnya mereka nak juga ikut datang ke masjid. Ucapan tahniah dari ustaz buat ibu-bapa yang berhasil membawa anak2 kecil itu ke masjid, itu lebih baik dari membawa mereka pergi ke fun-fair, main game di Mall, tengok wayang dsb.

Ramadhan perlukan penghayatan, kata ustaz. Nak hayatinya, kena lah tahu cara-caranya. Jangan kita berpuasa tapi langsung tak ada penghayatan. Perlu bermuhasabah contoh dalam hal melakukan dosa... kita tahu iblis dan syaitan dirantai di bulan Ramadhan tetapi cuba fikirkan kenapa maksiat masih terus berlaku.

Antara cara nak hayati Ramadhan ialah perlukan persediaan awal. Justru, jangan kita last minute baru nak beramal. Jangan bertangguh. Kita nak masuk Syurga tak dapat tidak, mesti melalui Rahmat Allah. Jadi penghayatan Ramadhan kena buat dari awal. Contoh kalah dalam perlawanan bola. Kalah sebab apa? Sebab bila tinggal 3 - 4 minit lagi masa tamat, baru nak atur strategi nak rembat gol. Macamana nak dapat? Jadi kena rancang strategi awal2 bukan dah di hujung2 perlawanan baru naik semangat nak muncul juara.

Hanya orang yang terpilih dapat menghayati Ramadhan. Berazamlah biar kita termasuk dalam golongan tersebut. Jika sebelum Ramadhan kita selalu berjinak2 dan ikut hasutan Syaitan maka di bulan Ramadhan Syaitan tak risau nak tinggalkan kita sendirian. Dia dah tahu orang yang selama ini berjinak2 dengannya akan terbiasa dengan sifat sedemikian. Jadi tinggallah orang itu bertuan-kan nafsu pula sepanjang sepeninggalan si penghasut... nauzubillah.

Sepanjang kita berpuasa, cuba kita kira berapa kali agaknya kita telah beristighfar. Amatlah rugi jika kita melalui Ramadhan tanpa banyak beristighfar, memohon ampun pada Allah. Selalulah beristighfar kerana kita belum tentu lagi hidup esok hari.

Ayuh, bersungguh-sungguh kita mencari keredhaan Allah. Jadi orang yang bertakwa dengan:
  • dengar dari al-quran dan dengar hadis yang soheh
  • patuh dan taat akan perintah Allah dan Rasulnya
  • tidak melakukan maksiat
Jangan kita jadi orang yang sembahyang tapi masih buat maksiat. Perhatikan amalan kita dari sekecil-kecil perkara. Makanlah makanan yang bersih zahir batin. Mungkin kita sembahyang tapi orang lain belum tentu. Jadi berhati2 dalam membeli juadah untuk berbuka... jangan sampai kita terbeli makanan dari tangan orang2 yang kurang sopan, dari mereka yang tidak menutup aurat dsb kerana setiapkali makanan tersebut masuk ke dalam mulut kita hanya akan meninggalkan titik2 hitam dalam hati... wallahu'alam.

2 comments:

Kunang-Kunang said...

Semoga Ramadhan yang bary berlalu dari kita ini akan kita temui lagi ditahun2 mendatang.

nur said...

Aminn... harapnya begitulah kak hanim. Moga dapat ketemu kembali Ramadhan. Risau apakah berjaya atau kecundang Ramadhan-ku yang lalu. Thx kak hanim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...