Pelihara Iman


Diperingatkan dari Bayan(tabligh) dalam satu slot Kuliah Maghrib...

Kena ada rasa risau dalam hati. Risau yang membawa kepada lebih bersungguhnya kita untuk memelihara iman. Jangan biarkan diri kita tidur tanpa ada sunnah Rasulullah SAW. Amalkan sunnah Nabi SAW bermula dari kita bangun tidur sampailah kita kembali tidur. Tak kira tidur kita lapan jam. tujuh jam, enam jam atau lima jam sekalipun... biarlah tidur kita tidur yang ada sunnah Nabi SAW. Tidur yang ada sunnah dapat pahala sedangkan tidur tanpa sunnah hanyalah tidur semata2... dapat rehat je lah kiranya...


Bersungguh2 lah memelihara iman dengan istiqamah ikut sunnah dengan mendirikan solat berjemaah di surau/masjid (khusus buat kaum lelaki). Setiap langkah ke masjid untuk berjemaah, InsyaAllah Allah Taala bagi pahala, hapuskan dosa dan tinggikan darjat.


Ditegaskan bahawa ada 2 perkara yang kita boleh buat di mana tiada seorang pun dapat menghalang iaitu:
  1. Berazam
  2. Berdoa
Kita boleh berazam apa saja.. tiada siapa pun boleh halang. Kita boleh je berazam untuk beri sedekah RM100 ke tabung masjid bila dapat gaji nanti ataupun kita boleh saja berazam untuk pegi menunaikan umrah sekeluarga pada suatu hari nanti. Tiada siapa yang tahu azam kita, hanya kita dan Allah sahaja. Begitu juga dengan doa... kita boleh berdoa apa saja ke hadrat Allah.. pohon apa saja, tiada siapa akan tahu selain Allah. Kedua2 azam dan doa tak payah pakai orang tengah pun, takde pakai duit/modal pun..

Mohon dan mengadulah hanya pada Allah, Allah Maha Mendengar segala isihati. Banyak2 kita mengingati Allah melalui zikir dan doa... banyak ingat Allah, ikut perintah Allah, jauhi larangan-Nya serta ikut sunnah Nabi SAW... InsyaAllah akan beroleh kejayaan, akan sentiasa terpelihara iman...
aminn


Cari Pahala Hindari Dosa


Di peringatkan di satu majlis ilmu...

Bila berdoa mohon Syurga dari Allah, nyatakan dengan tepat Syurga mana yang kita pohon... Ada tujuh tingkatan Syurga semuanya, jadi sebutlah syurga yang kita benar2 inginkan. Memang kalau tanya, kita tak kisah dapat Syurga yang mana sekali pun, janji dapat masuk Syurga, jauh dari Neraka. Tapi telah dinyatakan Syurga yang paling teratas ialah Syurga Firdaus... makanya mari kita selitkan dalam doa kita dengan menyebut mohon agar Allah masukkan kita ke dalam Syurga Firdaus... aminnn


Untuk menuju matlamat itu, memerlukan berbagai usaha bukan sekadar berdoa semata-mata... banyak ibadah perlu ditambah, banyak amalan perlu diperbaiki..
Contoh yang simple dalam mencari pahala dan menghindari dosa:
  • Tutuplah kipas bila dah tak pakai, jangan biarkan dia berpusing sedangkan orang nya takde di ruangan itu.
  • Bukak paip air kecik je semasa berwudhuk, jangan membazir..
  • Pilih waktu yang sesuai nak ke pasar malam. Jangan dah nak dekat2 Maghrib baru pergi, tak pasal2 solat Maghrib nanti di hujung waktu.
  • Beli makanan dari gerai yang bersih dan tuannya menutup aurat.
  • Datang kerja ikut time, amanah dalam pekerjaan Insya-Allah baru ada barokah.
  • Jangan curi tulang.. elakkan ambil masa kerja dengan buat perkara yang takde sangkut-paut dengan kerja.
  • Jangan ambil barang ofis untuk kegunaan sendiri.
  • Jangan kerja sikit harapkan upah banyak.
  • Jangan bagi upah yang sikit untuk kerja yang banyak.
  • Rajin2 bersedekah.
  • Bantu orang yang perlukan bantuan.. bersyukurlah kerana Allah hantar orang itu kepada kita bukan pada orang lain untuk diberi pertolongan. Allah bagi jalan untuk kita mencari pahala.
  • Bila memberi, tak payah harap balasan. Jangan terbuku hati bila orang tak ucap terimakasih.
Dek tak nampak ganjaran nikmat Syurga yang Allah nyatakan, makanya amalan kita hanya biasa-biasa je, takde bersungguh sangat. Berbuat sekadarnya sahaja.. sebab kita tak kenal dan tak nampak Syurga Allah yang menanti.

Dek tak nampak balasan azab seksa api neraka, kita terus-terusan berbuat derhaka. Tak rasa takut maupun gerun bila Allah nyatakan tentang berbagai siksaan yang menunggu bagi orang yang membuat dosa. Kita tak rasa takut sebab tak nampak 'the real' Neraka depan kita.

Berbeza dengan ganjaran
RM, bonus, kenaikan pangkat, kereta, rumah dll yang di-offer semasa di dunia. Makanya kita jadi bersungguh-sungguh buat apa yang diminta buat sebab imbuhannya, nikmatnya nampak di depan mata. Kekadang tak peduli tentang dosa pahala, pikir janji aku dapat RM...

Begitu juga dengan peringatan tentang hukuman denda, rotan, penjara dsb yang dikenakan jika berbuat salah di dunia.. makanya kita beriaya-iya ikut peraturan, jangan sampai tersilap langgar contohnya undang-undang jalanraya... tu sebab bila masuk keta je terus tarik tali pinggang keledar, bila naik motor tak lupa pakai topi keledar, nak membelok terus bagi signal, bila lampu merah terus berenti, nak memecut pun berani takat 110/km je...


Wallahu'alam.

Apa pilihan yang kita ada?


"pa..", sapa saya masa en suami tengah fokus depan laptop nya.

"Yoo!
Sahut en suami dalam nada macam nak berjenaka.

"Nak air?"
, offer saya.

"What choice do we have?"


"Teh-O ngan kopi-O jeh, susu pekat abis.."
, balas saya.

"Orite, teh-O..."

Pilihan terletak pada diri kita. Dari sekecil-kecil perkara kita biasanya boleh pilih nak yang mana. Walau terhad pilihan sekalipun, kita tetap ada kuasa memilih, contoh kalau taknak kedua2 pilihan bagi contoh kat atas, kita tetap boleh pilih untuk taknak minum sebarang air manis sebab nak jaga kesihatan... jadi nak selamat boleh mintak air suam atau hanya memilih untuk berkata.. no thank you...


Begitu juga halnya dengan pilihan yang Allah beri untuk kita. Teringat kata2 ustaz...

Pilihan terletak pada diri kita untuk memilih samada nak atau tidak ikut apa yang Allah minta kita buat. Telah tertulis dalam kitab Allah perihal dosa pahala dan Syurga Neraka jika buat dan tak buat sesuatu amalan itu. Buat yang disuruh dapat pahala, buat yang dilarang akan beroleh dosa.

Telah sampai peringatan kepada kita melalui firman Allah yang bermaksud:

"Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan
supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku."

Surah Ad-Dzaariyaat 56


Malangnya tidak timbul rasa takut terhadap perkara hitam putih yang dah dinyatakan di dalam al-quran itu... Disebabkan takde rasa takut dan gerun terhadap azab seksa Allah yang menanti di akhirat kelak, kita langsung tak bersegera untuk bangun solat tiapkali seruan azan dilaungkan, tidak timbul rasa takut pun bila tak tutup aurat dengan sempurna, tidak rasa rugi pun bila tak mengaji quran... takde rasa apa2 walaupun dalam quran dah siap2 sebut sekian sekian dosa pahalanya.


Sifat seorang mukmin, hanya mengharapkan redha Allah dan takut akan murka Allah. Nak selamat, sama2 kita pilih jalan yang baik, jalan orang2 yang Allah redhai dan bukan jalan orang2 yang sesat... Bersedia untuk berubah jadi lebih baik, Insya-Allah Allah akan lorongkan kita jalan kebaikan menuju redha-Nya..

Wallahu'alam.


Didik Hati


"Hati boleh di-didik", kata ustaz dalam Kuliah Subuh semalam.

Contoh: Bila kita nak bagi makan ayam. Kalau nak panggil ayam kurr, kurr, kurr.. macam tu je gerenti ayam takde nak datang dekat kita. Kenalah panggil sekali dengan tabur beras atau nasik... baru ayam nak datang. Sekali panggil, sekali tabur... sekali panggil, sekali tabur. Cukup sebulan kita bagi makan ayam, dengan sendirinya ayam pun dah kenal dengan kelibat kita... dengar kita bukak pintu atau dengar tapak kaki kita je pun, ayam dah berkerumun datang... dah tak payah panggil panggil, dia datang sendiri...

Begitulah ibaratnya hati... hati boleh dididik agar suci dari segala kekeruhan. Pokoknya, kena ada usaha. Lapangkanlah masa kita untuk berluang-masa dengan Allah. Hati yang mengantuk, hati yang lalai termasuk sebagai halangan dalam usaha kita mendidik hati. Allah dah kirim al-quran buat kita, hantar Nabi SAW, kirim ulamak pewaris nabi untuk bagi peringatan. Cari, gali dan timba ilmu. Biar kita jadi hamba Allah yang bersyukur bila sering diperingatkan. Jangan melawan, jangan melantun untuk tidak ikut... biar makin lembut hati untuk ikut. Kita jadikan dunia untuk tuntut kemuliaan. Tegaskan dalam hati bahawa kemuliaan di akhirat jauh lebih mulia dari kemuliaan yang dapat semasa di dunia.

Bersyukurlah kita kerana masih lagi terus dihidupkan, masih lagi boleh membuka mata sehingga ke hari ini. Untuk esok hari belum tahu lagi, tiada siapa yang dapat menjamin samada kita masih hidup atau sebaliknya esok hari. Selagi masih hidup, harus ingat kehidupan merupakan modal untuk kita menuju akhirat. Hidup di dunia adalah jalan untuk kita mempertingkatkan serta perbanyakkan amal, iman dan taqwa. Jadi biar dengan bertambahnya umur, bertambah kasih pula kita pada Allah Taala.

Kenalpasti segala suruhan Allah. Bila kenal Allah, akan dapat kenal akan sifat diri sendiri. Bila kenal Allah Maha Mulia, maka akan kenal diri kita yang hina... jadi tak akan timbul perasaan diri sendiri begitu hebat. Contoh orang yang rasa dirinya hebat tak hendaknya pergi ke majlis ilmu yang penyampainya ustaz yang biasa-biasa saja... rasa takde kelas. Nak pergi hanya bilamana ustaz yang datang mengajar itu ada kelulusan contoh dari Jordan, Mesir dsb... itu rasa baru ada kelas..

Jadilah kita orang yang luarbiasa. Jangan asyik jadi orang yang sentiasa lewat datang berjemaah. Usahakan agar sesekali biar dapat sampai dulu di masjid sebelum siak sampai. Kita tolong bentangkan sejadah sebelum makmum lain sampai. Lazimkan diri mencari pahala kerana kita tak tahu di bahagian mana dalam ibadah kita, tertulisnya pahala. Mungkin saja Allah kurangkan pahala dalam solat kita bila kita takde tumpuan dalam solat, tak kusyuk. Mungkin saja kurang pahala kita dalam mengaji quran disebabkan tidak betul bacaannya dari segi hukum tajwid. Mungkin saja kurang pahala kita semasa berdoa disebabkan tidak hadir rasa ikhlas kita dalam berdoa. Maka, berusahalah kita memburu pahala bukan saja khusus dalam ibadah malah dalam apa jua amal perbuatan. Jadi mungkin saja pahala kita semasa ke masjid semalam hanya melalui usaha kita bentangkan sejadah buat persediaan solat berjemaah.. syukur dapat markah penuh kita kerana usaha itu... alhamdulillah

Salah-satu ciri-ciri tanda amal kita diterima, kata ustaz ialah:
  • ...biilamana kita merasa manisnya amal di saat kita sedang mengerjakannya. Tandanya hati kita hadir, makin lama makin manis. Contoh masa solat berjemaah... bila Imam baca surah panjang, takde rasa berat malah suka dan seronok pula. Bila bersedekah rasa manis. Dapat tolong orang rasa manis takde rasa sulit dan berat hati. Masa Solat kusyuk, hati tak merayau. Kosongkan hati, takde ingat perkara lain. Yang jadi tak kusyuk tu bila hati duk asyik ingat benda lain contoh: Masa baca fatihah, fikiran duk teringat pesan isteri suruh singgah beli nasik lemak balik dari masjid nanti. Terngiang-ngiang di telinga, "Ingat bang, jangan beli tempat lain tau, beli yang "Nasik Lemak Daun Pisang" punya... :))

Maka... mari kenal diri, sama2 suluh diri, usaha didik hati agar ada rezeki kita untuk dapat jadi seorang mukmin yang baik di sisi Allah SWT... Insya-Allah

Baik Hati


Secebis kisah yang berlaku pagi tadi...

Semasa kereta menyusur keluar dari tempat parking di pasar selepas kami dah selesai membeli, tiba2 en suami berkata...


"Mama, tengok tu..."


Saya cepat2 berpaling ke arah yang dimaksudkan... terpaku mata melihat satu pemandangan.
Kelihatan seorang gadis rasa2nya mungkin dalam usia 15 - 17 tahun, sedang mencangkung di satu sudut berhampiran lot gerai yang kosong. Tangannya memegang kemas satu plastik yang berisi ikan2 kecil... dan yang menarik perhatian kami, di sekeliling beliau kelihatan berbelas-belas ekor kucing sedang berkerumun mengelilingi. Gadis itu nampak sedang sibuk sekali membahagi-bahagikan ikan kepada kucing-kucing tu semua. Saya boleh nampak dengan jelas yang ikan2 itu ternyata ikan yang segar... bukan ikan-ikan yang tak elok...

"Moga suatu hari nanti dia dapat hidayah... Insya-Allah harap2 terbuka hati dia pada Islam one day..."
, kata en suami. Saya hanya mengangguk2 tanda setuju... dapat rasakan baiknya hati gadis non-muslim itu..

Terima kasih 'Sebagai Renungan'


Alhamdulillah, tak sangka pulak hari ni tiba2 blog yang baru berusia 5 bulan ini mendapat penghargaan dari satu blog yang baru saya jadi follower-nya pagi tadi. Banyak info menarik di sana... jadi bila belek2 tiga empat n3 di sana, hati terus jadi suka.. :)

Dapat
feed-back yang tak disangka2 dari beliau bilamana terbit satu n3 khusus buat 'mata hati'... alhamdulillah... Terimakasih 'Sebagai Renungan', sama2 kita panjang2kan pautan ilmu yang bermanafaat. Moga usaha menulis yang sekelumit ini akan tetap berada di landasan niat yang ikhlas... moga nanti ada nilaian-nya di sisi Allah... aminn

Rebut Pahala


Diperingatkan.... biar sering teruja untuk merebut pahala sekaligus cuba semampunya mengurangi dosa. Harus kita rebut cari pahala dalam usaha nak memberatkan timbangan amal kita, biar beratnya mengatasi timbangan yang terkumpul dosa. Bagaimana nak rebut? Antara caranya kata ustaz ialah dengan....
  • rajin baca quran... tanam lah azam agar kita sentiasa dapat khatam al-Quran. Jika tak dapat khatam dalam beberapa hari, cubalah khatam dalam masa 10 hari. Jika tak dapat juga cubalah khatam dalam masa sebulan. Kalau tak mampu, cuba khatam dalam masa 3 bulan. Tak boleh juga, khatamkan secara beramai2 (bertadarrus) di bulan Ramadhan.. kesimpulannya, mesti ada usaha untuk dapat khatam.
  • jika tak mampu khatam sebuah al-Quran itu, kita bolehlah cuba untuk istiqamah baca surah-surah pilihan seperti Surah Al-Mulk yang disebut dapat memberi syafaat kepada pembacanya; Surah Al-Waqiah yang menyuburkan rezeki; Surah Al-Fatihah seagung-agung surah dalam al-Quran; Surah Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlas) yang pahala membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran; Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas yang mohon perlindungan kepada Allah dari gangguan jin dan mata manusia; dan beberapa surah pilihan yang lain.
  • amalkan baca ayat-ayat pilihan contoh Ayat Kursi dari Surah Al-Baqarah yang mana jika diamalkan membacanya Insya-Allah akan selalu didampingi oleh malaikat dan terpelihara dari gangguan syaitan; 10 ayat dari permulaan surah al-Kahfi maka akan terjaga dari gangguan Dajjal; beberapa ayat penghabisan surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi.
  • rajin amalkan zikir setiap pagi dan petang untuk pendinding diri sepanjang hari contoh: zikir al-mathurat, Manzil, Ratib al-Haddad dan sebagainya. Zikir2 ini dapat mendinding diri kita dari gangguan syaitan yang direjam serta Insya-Allah dapat mengukuhkan kekebalan diri kita dari terdorong melakukan kemungkaran dan maksiat.
  • tidak lepaskan peluang untuk istiqamah buat solat2 sunat yang sangat dituntut seperti Solat Dhuha, Solat Tahajjud, Solat Sunat Fajar sebelum Subuh dan solat2 sunat yang lain. Solat sunat Rawatib yang kita kerjakan sejurus sebelum dan selepas solat fardhu Insya-Allah dapat menampung kekurangan yang tentu saja ada dalam solat fardhu kita.

Jom sama2 kuatkan semangat merebut pahala... lazimkan, kerapkan, biar jadi rutin.. Insya-Allah
.

Cerita Keldai dan Lembu


Alhamdulillah, sukanya hati bila tiba2 anak unjuk hadiah majalah Solusi sempena Hari Ibu. Bukak2 nampak tajuk besar Solusi Isu No. 31 itu ~ Sabar Itu Indah. Tenkiu, tenkiu anakku atas ingatan buat mama... (senyum)

Belek2, termuat di antaranya satu judul 'Bodoh Umpama Keldai'... Dek tertarik hati dengan tajuk-nya, terus saya baca hingga habis atikel tu sebelum sempat semak helaian lain. Memang agak menarik.. diperingatkan agar ibaratnya kita tidak terikut sebagaimana keldai yang membawa banyak kitab di atas belakangnya, tapi ditakdirkan dia sendiri tidak dapat mengambil sebarang manafaat dari apa yang terkandung dalam kitab2 tersebut.

Langsung teringat perumpamaan yang lebih kurang sama bunyinya yang didengar semasa kuliah maghrib beberapa hari lepas. Ustaz bagi contoh perihal seekor lembu. Lembu ni sifat dia memang makan je kerja, sampaikan time tidur pun adakalanya masih lagi kelihatan macam sedang mengunyah makanan. Sepertimana yang kita sedia maklum, makanan lembu biasanya rumput. Jadi kita letak le emas ke, intan ke, mutiara ke depan lembu tu.. yang pasti lembu tu hanya akan buat dek je... dia tak akan tertarik malah tak tahu pun yang kesemua benda tu bernilai.. yang dia mahu hanyalah makanannya saja.. iaitu rumput.

Jadi mari sama2 kita renungkan cerita keldai dan lembu itu, relate-kan dengan sesuatu yang amat bernilai buat kita semua iaitu Al-Quran Kitabullah. Al-Quran adalah mutiara yang tidak ternilai harganya buat kita sebagai penunjuk jalan. Malangnya ramai antara kita yang lupa akan hakikat itu, tak nak jugak ikut apa kata al-Quran.. nak jugak pergi ambik yang lain sebagai panduan gaya-hidup...nauzubillah.


Wallahu'alam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...