Solat Sunat Tahiyatul Masjid



Bismillahirrahmanirrahim
Setiap kali kita memasuki masjid, sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid iaitu sebanyak dua rakaat.

Dari Abu Qatadah ra., katanya: "Rasulullah SAW bersabda: "Jikalau salah seorang di antara engkau itu masuk masjid, maka janganlah duduk dulu sebelum bersembahyang dua rakaat." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir ra., katanya: "Saya mendatangi Nabi SAW dan ia berada di masjid, lalu beliau SAW bersabda: "Bersembahyanglah dua rakaat."  (Muttafaq 'alaih)

Sewaktu hendak masuk ke dalam masjid, bacalah doa masuk masjid:


Maksudnya:
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.

Sesudah memasuki masjid, berdiri lurus menghadap arah Kiblat dan membaca lafaz niat:
yang maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.

Tunaikanlah dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain. Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."

Berniatlah beriktikaf di dalam masjid sebagaimana berikut:
Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid kerana Allah Ta'ala.

Adab-adab di masjid:
  • melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan
  • melangkah keluar dengan kaki kiri
  • berniat iktikaf
  • menunaikan solat Tahiyatul Masjid
  • memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan(menutup aurat)
  • jangan berbual-bual perihal keduniaan
  • menjaga kebersihan di persekitaran masjid

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa antara hal yang termasuk dalam kategori sia-sia ialah: Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid.

Wallahu'alam.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga kerana terpilih menjadi tetamu Allah di rumah-Nya. Jadilah tetamu yang baik yang mengundang redha-Nya. Usah lepas peluang mengerjakan segala amalan sunat disamping kewajiban fardu sepanjang menjadi tetamu Allah. Ya Allah kurniakan rahmat dan hidayah-Mu untuk hamba-Mu terus mencintai dan merindui Mu dan rumah Mu.

Unknown said...

Terima kasih utk perkongsian ni yer 😃

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...