Nasi Kerabu Juadah Berbuka

Alhamdulillah..hari ini buat Nasi Kerabu sebagai juadah berbuka. 
RESEPI NASI KERABU 
*pernah citer kat sini

Tumis Budu
2 cawan santan
5 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang puteh ditumbuk
1/2 inci halia ditumbuk
1 batang serai diketuk
sedikit belacan
nise
garam
asam keping 1
Budu setengah cawan
Cara:
Jerang santan jangan sampai pecah minyak, kemudian masukkan bahan-bahan lain. Masak sampai likat dengan api yang kecil..

Sambal Nyior((kelapa) Nasi Kerabu
setengah biji kelapa disangai hingga gelap warnanya 
9 biji lada hitam
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 batang serai
1 ekor ikan kembong yang besar(dibakar/rebus)
nise 1 karet
garam
Cara: Tumbukikut turutan iaitu bermula dengan lada hitam, diikuti dengan bawang, halia, serai, kelapa dan ikan. Perisakan dengan nise dan garam. Lenyek2kan biar sebati.

Sambal lada Nasi Kerabu
Cili api dimesin dengan sedikit air. Perisakan dengan cuka, garam dan gula.

Ulam
kacang panjang
daun kesum
kacang cambah/taugeh
timun batang
bunga kantan
serai
Cara: Kesemua ulam kecuali taugeh dimayang halus.

Nasi:
beras 3 pot
air 3 pot
bunga telang 25 kuntum(bunga telang merimbun2 kat sini
daun limau purut 3 helai
serai 1 batang
Cara: Mesin bunga telang dengan sedikit air, tapis.  Tanak nasi macam biasa, masukkan pati dari bunga telang, daun limau purut dan serai yang diketuk.

Nasi Kerabu enak dimakan dengan mana2 lauk sampingan seperti ayam bakar, daging bakar, ikan percik, ikan celup tepung, solok lada, telor masin dan keropok keping.
Selamat berhujung minggu..wassalam.


1 comment:

Anonymous said...

The best nasi kerabu in town !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...