Mohon Allah pelihara dari kejahatan nafsu

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah yang mentadbir, mengatur dan menentu alam ini di atas kehendakNya. Moga2 kita semua beroleh taqwa. Banyakkanlah bersyukur kepada Allah. Allah Taala sentiasa memberi nikmat kepada kita. Siapalah kita kalau nak banding dengan orang-orang terdahulu yang kuat beribadat kepada Allah. Mereka adalah ahli ibadah. Walaupun kita bukan ahli namun berusaha lah kita untuk memperbanyak melakukan ketaatan kepada Allah.

Pelihara hati, perkataan dan perbuatan kita agar jauh dari murka Allah. Sihat kita, sakit kita, senang kita, susah kita, kaya kita, miskin kita, lapang kita, sibuk kita, walau apa jua keadaan kita, di mana jua kita berada, bila2 jua ~ perbanyakkanlah menyebut akan Allah.

Banyakkan belajar, banyakkan menuntut ilmu.  Lebih banyak kita mengetahui, InshaaAllah akan lebih banyak jalan. Lebih banyak jalan, maka lalu lah ikut mana-mana pun. Banyak lagi jahil kita. Kalau rasa cukup ilmu yang ada, hah itu silap. Orang alim(berilmu) akan di-uji, akan rasa dia hebat, akan timbul rasa dia sempurna. Sebab itu perlu belajar tasawuf. Ilmu tasawuf itu ilmu batin. Hakikat ilmu tasawuf ialah mengosongkan hati. Tiada perkara lain hanya Allah. Hakikat ilmu ialah takut pada Allah. Bila takutkan Allah makin bertambah iman.

Kalau bertambah ilmu, tapi tak bertambah takut pada Allah maka ketahuilah akan jauh dari Allah. Sebaliknya kalau bertambah ilmu lagi dapat menambah takut pada Allah, lagi bertambah amal soleh maka ketahuilah akan lagi dekat dengan Allah Taala...aamiin..

Tanda taubat diterima Allah ialah bilamana buat ibadah timbul rasa manis dalam hati. Contoh hari ini astaghfirullah terlepas Subuh, apa rasa? Ada tak rasa dalam hati? Ada tak kita rasa resah, gelisah, dukacita, kecewa, pedih hati... sebab terlepas ibadah. Atau pun adakah bila terlepas ibadah subuh itu, takde rasa apa pun, tak rasa bersalah... nauzzubillah..

Tanda-tanda hidup hati, tanda ibadah diterima ialah rasa manis dalam ibadah. Kalau mengaji, ada perubahan dalam diri.. maka berhasil lah ilmu.
Orang yang hidup hatinya kalau boleh, nak sembunyikan kebaikan, tak nak zahirkan ibadah, tak nak orang tahu. Orang yang nak tonjolkan amalan akan sibuk nak orang tahu apa amalan kebaikan dia. Contoh: Sengaja nak tunjuk bilik tempat dia beribadah. Nak zahirkan ibadah dia.

Nafsu sentiasa mendesak untuk zahirkan kebaikan. Pesan ustaz, tak payah lah kita bagitau orang apa yang kita dah buat baik. Tak payah nak cerita yang kita dah derma pada mangsa banjir. Tak usah lah cerita kita dah pergi tolong mangsa banjir. Nafsu memang nak zahirkan kebaikan. Dari orang tak tahu, nak orang tahu. Itu Sum'ah. Memadalah Allah yang tahu kebaikan kita.

Yang patut dibimbang ialah takut ibadah kita Allah tak terima. Yang perlu dibimbang, takut iman dan taqwa tergugat. Itu perkara yang dibimbangi para alim ulamak. Begitu juga dengan para wali Allah.. Wali-wali Allah kedatangannya tak disedari, kehilangannya tak dicari. Pasti ada di kalangan kita yang mendapat maqam wali-wali Allah, namun kita tak tahu siapa, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Bila bertambah ilmu maka bertambah taqwa. Ilmu tasawuf terkandung taqwa, sabar dan tauhid. Bila ada ilmu tasawuf, InshaaAllah sejahtera segala amal, terpelihara lidah. Orang berilmu itu perhiasan. Indah percakapannya. Sebaliknya, jika orang alim diam, itu kehinaan. Orang alim mesti pertahankan yang tak boleh tetap tak boleh. Yang haram mesti kata haram. Ulamak akhirat tetap berkata yang haq.
Ingatlah.. jika beroleh susah di sana, maka dah tiada ruang lagi.  Jika susah di sini, boleh lagi mengadu pada makhluk. Tapi bila susah di sana, nak jumpa siapa? Susah sana, susah... Maka awas, berkatalah yang haq.

Bukti kita kasih pada Nabi SAW ialah selawat. Tanda umat yang cinta Muhammad SAW ialah selawat. Maka cubalah selawat 1000x sehari, jika tak mampu selawat lah 300x sehari. Istiqamah.
Didik lah hati, tarbiyah hati, moga beroleh hati yang bersih InshaaAllah...aamiinn. Masing2 didik, bersihkan hati.

Dengan ilmu tasawuf ini, dapat hindar perkara yang boleh membatalkan pahala ibadat. Apa perkara yang boleh batalkan ibadat? Contoh: Apabila seseorang itu solat, timbul riak. Riak itu ialah buat sesuatu tapi dalam hatinya mengharap puji makhluk. Contoh2: Timbul ujub dalam diri. Ujub itu ialah merasa hairan dengan dirinya. Hairan apa? Hairan atas kebaikannya, hairan atas kehebatannya, hairan atas apa yang Allah anugerahkan padanya.

Ustad pesan, siapa2 yang rasa ada timbul riak, ujub, takabbur serta sum'ah dalam dirinya, maka cepat2lah berdoa dengan doa ini:
"Allahumma inni Astaghfiruka A'uzubika Minsyarin nafsi... La hawla wala quwata illa billah."

Mohon Allah pelihara dari kejahatan nafsu. Pada masa itu InshaaAllah nafsu akan tunduk. Nafsu ni, tiap2 malam kita sentiasa ikut dia..nak tido, tido, tido... Sampaikan time ngaji pun tido.
Maka lawan lah nafsu. Mujahadah lawan nafsu.

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...