Kueh Rengas Kueh Kasturi versi Kelantan

AsSalam.

Tentu ramai yang suka kueh Rengas aka kueh Kasturi ni kan. Alhamdulillah saya kan sejak dulu2 lagi suka makan kueh ni. Sangat senang dan mudah nak membuatnya. Dan yang utamanya, sangat kenyang kalau dapat makan kueh ni samada waktu sarapan pagi ataupon time minum petang...hehe..

Kueh ni kueh tempatan yang boleh tahan popular jugak la kat Kelantan. Tak jemu makan kueh ni walau sering di ulang buat. Diberi nama versi Kelantan sebabnya resepi ni original dari sejak saya dibangku sekolah. Tepung salutannya asal2 yang saya tau pakai tepung beras je. Tapi adakala saya boh juga tepong gandum sikit. Dan inti kacangnya pula asli kacang hijau tak masuk tepung. Tapi maaf la, takde sukatan tepat.

Meh tengok cara nak buatnya yang mudah;

RESEPI KUEH RENGAS/ KUEH KASTURI versi Kelantan

1)untuk intinya:
1 cawan kacang hijau direbus hingga empok pastu campurkan nise dan gula secukup rasa dan juga secubit dua garam ambik rasa serta dua sudu besar kelapa parut kering. Kacau sampai kering air dan inti jadi kental. Ketepikan. (Inti ni pon dah sedap sangat dah kalu nak makan macam tu je dengan kelapa parut puteh bergaram). Bila dah sejuk, bulat2kan inti sebesar bola pingpong, kemudian leper2kan sikit.
Okeh lepas tu dah boleh sediakan adunan tepung untuk menyalutnya.

2) menyediakan batter( salutan tepung)
Bancuh tepung beras, secubit kapor makan, garam dan kunyit..biar jadi cair2 likat gitu hingga boleh menyalut kueh.

3)panaskan setengah kuali minyak. Celop kueh dalam batter, goreng cam kita goreng pisang.

Kueh rengas/kasturi ni sangat sesuai dibuat untuk dibawa bekal time kita nak jalan ke mana2. En suami alhamdulillah senyum suka hati kalau tiba2 tengok ada kueh ni terhidang kat meja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...