Resepi Gulai Kunyit Lengkuas Kelantan Asli

Assalamualaikum.

Gulai Kunyit Lengkuas ni tak dapat dipisahkan dari orang Kelantan. Termasuk dalam kategori lauk hari2 la, boleh kata. Bak kata oghe kelate...."Selain dari nyayur lemok gak, gulai kunyit kkuah la", ..he he..

Gulai Kunyit Lengkuas atau dalam loghat kelantannya Gulai Kunyit Kkuah kali ni saya buat guna ikan masin. Saya panggil ikan masin ni ikan kering tak panggil ikan masin..he he

Masa balik kelantan hari tu, beli banyak ikan kering. Kata orang yang jual tu, ikan kering dari Tok Bali. Cantik2 semua ikannya.. alhamdulillah. Saya beli serba sikit... ikan tamban ada, ikan selar kuning ada, ikan sepat pon beli sikit. Ikan bilis pon dapat yang cantik yang dah siap kupas kepala.  Okay la, buat simpan stok kat rumah..👍👍

Jom kita tengok resepi gulai kunyit lengkuas warisan bonda😅😭
Alhamdulillah sangat sedap dan menyelerakan. Makan nasi mesti menambah kalau ada lauk ni....


GULAI KUNYIT LENGKUAS KELANTAN ASLI
Bahan-bahannya:

#7 ekor ikan masin selar kuning (dikerat dua, dibuang ekor dan kepala lalu direndam sekejap, kemudian toskan)
#santan pekat 3/4 cawan
#air masak 1 - 2 cawan
#cili kering 4/5 tangkai
#bawang merah besar 1 labu
#bawang putih 1 ulas
#lengkuas 2 - 3 hiris
#sedikit kunyit hidup
#asam keping 1
#garam
#gula
#timun batang dan kacang panjang*jika suka*

Cara membuatnya:
Tumbuk cili kering, lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Nak senang, blend semua dengan sedikit air . Santan yang pekat dicampurkan dengan air masak serta dua sudu besar minyak masak kemudian direnehkan di atas api. Mesti sering dikacau2 supaya tidak pecah minyak santannya. Ambil masa lama sikit baru masukkan bahan yang ditumbuk. Biarkan masak dengan api yang kecil. Bila dah kuah nampak masak cantik, baru di masukkan asam keping dan sayur2 (timun batang dan kacang panjang) yang dah dipotong kecil. Kemudian baru masukkan ikan. Perasakan gula dan garam. Bila ikan dah masak, dah boleh tutup api dapur......

Alhamdulillah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...