Tanpa diduga satu hari tu, tapak tangan saya berdarah terguris dawai yang dah agak berkarat. Timbul risau bila teringat anak pernah bercerita yang benda karat boleh menyebabkan kancing gigi. Saiz luka ishk boleh tahan besar. Gerun tengok. Dalam tengah duk menahan sakit, saya cepat2 pergi patahkan daun Aloe-Vera(Daun Lidah Buaya) dan terus tekapkan dekat luka. Saya picit2kan lendir daun dan ulang sapu di tempat luka. Alhamdulillah tak lama lepas tu, saya lihat darah dah berhenti keluar. Selang sejam kemudian, syukurlah saya dah boleh terus sambung buat kerja2 memasak pula. Bila dibelek2, luka nampaknya macam dah tertutup di sepanjang hari itu. Sakit pun dah tak rasa sangat. Keesokannya pula, dengan izin Allah luka di tapak tangan itu telah tertutup sepenuhnya.. alhamdulillah ajaib sungguh rasa.
Berbeza dengan kejadian kedua yang saya alami selang beberapa hari selepas itu. Kali kedua, luka di hujung jari pulak. Sakit tak boleh cerita sebab lukanya agak dalam terkena pisau dapur. Masa tu saya tengah mayang bawang. Habis kena darah bawang merah yang sedang dimayang. Waktu tengah menahan sakit, suami cepat2 pergi potong Aloe Vera. Tapi malangnya kali ini, saya tersilap perhitungan... pergi basuh dulu luka tersebut sebelum sempat disapu Aloe Vera. Sudahnya luka jadi tak henti2 keluar darah. Selepas disapu Aloe Vera tetap tak mau jugak, darah tetap terus mengalir keluar. Rasa sakit pun makin menjadi-jadi.
Suami dah nampak cemas bila tengok banyak darah, itu yang pergi kerat bukan setakat satu Aloe-Vera saya tapi kerat sampai tiga empat potong lagi. (Dalam hati berkata2...habislah pokok Aloe-Veraku..) Lepas tu suami ulang2 sapu di tempat luka, nampak tekun cuba nak hentikan pengaliran darah... tapi malangnya tetap tak menjadi jugak. Sepanjang hari lah saya tak dapat buat kerja2 rumah, sakit berdenyut2 tempat luka sampai rasa lemah seluruh badan. Memang rasa macam nak demam mungkin sebab banyak keluar darah. Sampailah ke hari ini (dah masuk seminggu) luka masih tak nak sembuh, tempat luka belum tertutup dan sakit pun masih begitu terasa jika tiba2 tersilap pergi picit tempat luka.
Kesimpulan: Bila luka terus sapukan Aloe-Vera on the spot. Jangan basuh luka dengan air, terus je sapu Aloe Vera. InsyaAllah luka akan tertutup, sakit tidak berpanjangan dan kulit kembali pulih seperti sediakala dalam masa yang begitu singkat sekali.. InsyaAllah.
*sila abaikan kaedah ini jika ada simpan stok ubat luka di rumah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
No comments:
Post a Comment