Kain Alas

Pernah diceritakan...

Pada suatu hari, seorang hamba Allah telah pergi berziarah ke rumah seorang teman. Sampai-sampai je, tuan rumah dengan ramahnya terus mempersilakan beliau masuk. Seronok rasa bila melangkah masuk ke dalam rumah temannya itu. Suasana begitu mengundang dengan susunan perabotnya kelihatan begitu kemas sekali. Walaupun hanya rumah kampong tapi sedap pulak mata memandang.

Tambah lega hati bila dapat duduk di sofa empuk di ruang tamu. Dalam hati memuji keprihatinan tuan rumah sekeluarga yang nampak begitu teliti dalam menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Tv yang terletak betul2 bersebelahan dengan set sofa bertutup litup dengan kain yang bercorak bunga matahari. Berpaling ke arah kanan pula, nampak peti-ais juga bertutup dengan kain lace yang cantik. Nampak sangat tuan rumah begitu pentingkan kecantikan dan kebersihan, tak nak bagi berhabuk barang2 dalam rumah, tu sebab semua perabot pakai kain alas...agaknya.

Tiba-tiba, isteri tuan rumah muncul ke ruang tamu sambil tangan membawa dulang berisi kopi-O serta biskut gula. Gulppp... terkedu rasa sebab tak dapat nak mengelak dari terpaksa berdepan dengan isteri tuan rumah yang...alahai... rupa-rupanya tidak bertudung...


2 comments:

Puan Sue said...

Assalamualaikum..
Tersenyum saya baca cerita ni..mmg ada di kalangan ummat isam yg amat menitik beratkan penampilan dan susunatur perabut..siap beralas dan bertudung dgn kaler sedondon..

Alas meja, alas peti ais, sarung mikrowave, sarung mesin basuh, penutup blender, tapi tuan punya barang2 yg bertudung litup tu sendiri belum tentu menutup aurat..

nur said...

Waalaikumussalam Sue..
Sebut pasal alas-alas perabot ni, saya pun pernah melalui kebiasaan tersebut time kecik2 dulu... kat rumah pun semua barang ada kain tutup, sampaikan kusyen tempat menyandar pun ada kain lapik crossstich dsb.. pi umah jiran pun sama, sume barang beralas kain, atas tv lapik bawah tv pun lapik...he he
Moga menutup aurat diri sendiri lebih menjadi prioriti buat kita semua sebagai memenuhi perintah Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...