Sedekah sebaiknya dilakukan secara sembunyi. Itu yang terbaik. Bila memberi dengan tangan kanan, ibaratnya biar tangan kiri pun tak tahu. Keseronokan memberi akan dapat dirasai kerana manisnya hidup adalah pada ertikata memberi.
Dikatakan orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwa. Terhias sifat penyayang dan sifat terpuji dalam diri. Tetapi orang yang kaya hakikatnya miskin jika tidak kaya jiwa. Mereka termasuk dalam golongan orang yang bakhil.
Bagaimana nak disiplinkan diri agar sentiasa kaya jiwa? Jawapannya ialah dengan sentiasa bersedekah. Biar jadi budaya, biar jadi sampai peringkat ketagih untuk bersedekah. Sedekah dapat mengundang balik pulangan dalam hidup kita. Yakinlah. Kita bagi, Allah pasti akan ganti balik. Limpahan yang lebih banyak akan Allah beri, InsyaAllah.
Ikhlaskan hati dalam memberi. Kita dapat rasakan sendiri samada kita ikhlas atau sebaliknya sewaktu memberi. Ada waktunya pula bila kita sedang ikhlas dalam memberi, datang pula gangguan syaitan yang cuba nak rosakkan keikhlasan kita. Maka perlu lawan cobaan itu kerana ia adalah halangan, tentangan dan cabaran untuk menghalang kita ke Syurga Allah.
Memang ramai yang inginkan Syurga tapi malangnya tak ramai yang nak beramal untuk mengumpul pahala menuju ke sana. Maka jadilah kita orang yang tak tahu malu. Nak Syurga Allah, tapi tidak ketara kesungguhan dalam beramal. Perlu diingat bahawa salah satu cabang amalan untuk meraih pahala ialah melalui jalan bersedekah. Maka rajin-rajinlah kita bersedekah, moga nanti akan ada ganjaran pahala dari Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati.... ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
No comments:
Post a Comment