Jadual Harian Seorang Muslimah


 Bismillahirrahmanirrahim

CHECKLIST khusus buat latihan diri sendiri sepanjang melalui bulan Rejab lalu InsyaAllah akan merentas Syaaban dan InsyaAllah nanti akan bertemu pula dengan Ramadhan bulan yang mulia. *dipetik dari jadual harian seorang hamba Allah... di-olah sesuai dengan kemampuan diri... biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, biarlah sedikit mohon agar berterusan... InsyaAllah*


4.45 - 5.00 pagi

Bangun

Baca doa bangun tidur

Baca doa masuk tandas

Mandi dan membersihkan diri

Mengambil wudhuk

Baca doa keluar tandas

Baca doa lepas wudhuk
 
Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat
Solat Sunat Taubat 2 rakaat
Solat Sunat Witir 1 rakaat (jika belum dilakukan selepas Solat Isyak pada malamnya)



5.40 pagi

Menjawab azan

Solat Sunat Fajar 2 Rakaat

Solat Subuh

Selitkan doa ayat seribu dinar dan doa katham quran setiapkali berdoa

Membaca Zikir al-Mathurat
(pagi)


Mula melakukan tugasan r/tangga dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim dan niatkan agar semua pekerjaan menjadi ibadah semata-mata kerana Allah... Sentiasa membaca basmallah bila mulakan setiap kerja, cuba sentiasa berada dalam wudhuk(usahalah untuk bersolat Sunat Wudhuk 2 rakaat setiapkali memperbaharui wudhuk).



9.00 pagi

Solat Sunat Dhuha 2 rakaat @ 4 rakaat dengan 2 salam

Baca Surah al-Waqiah
Baca zikir al-Mathurat (pagi) jika tidak sempat selepas Subuh.


Memasang kaset/cd orang mengaji quran/zikir secara berterusan dan bersambung-sambung sebagai back-ground sepanjang melakukan kerja-kerja rumah. Basahi lidah dengan zikrullah takkala membuat kerja-kerja memasak, menyapu rumah, menyiram pokok dsb. Lakukan kerja dengan sebaik mungkin tanpa ada keluhan, tanpa rasa terpaksa, tanpa tertekan. Banyakkan berselawat, bersyukur dan beristighfar memohon ampun pada Allah. Sentiasa zahirkan rasa syukur dengan amalan Sujud Syukur. Penuhi luang waktu dengan mengaji quran, menghafal surah-surah pendek, membaca Sunnah serta Sirah baginda Rasulullah SAW dsb. Elakkan diri dari berbuat perkara sia-sia yang tiada manafaatnya dan boleh mengundang dosa. Kawal diri dari terlibat dalam aktiviti mengumpat dan mendengar umpatan.



1.30 tengahari

Bersedia untuk Solat Zohor

Menjawab azan. Elakkan dari bercakap/berbual semasa azan berkumandang
Solat Kobliah 4 rakaat sebelum Zohor
Solat Zohor
Solat Baadiyah 2 rakaat selepas Zohor

Luangkan masa mengaji quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2m/s selepas solat.


4.30 petang
Bersedia untuk Solat Asar

Menjawab azan
Solat Asar
Membaca Zikir al-Mathurat (petang)
Luangkan masa mengaji Quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2 m/s selepas solat.



7.15 petang

Bersedia untuk Solat Maghrib

Menjawab azan.
Solat Maghrib
Solat baadiyah 2 rakaat selepas Maghrib

Membaca Zikir al-Mathurat (petang) jika tak sempat selepas waktu Asar.


Usaha luangkan masa untuk berada di majlis ilmu di surau/masjid berhampiran. Menutup aurat dengan sempurna takkala keluar dari rumah. Teringat kata-kata ustaz, kita ke masjid untuk dapatkan hidayah dari Allah SWT..sesiapa yang duduk dalam majlis ilmu, InsyaAllah Allah akan lorongkan baginya kebaikan... aminn



8.30 malam

Menjawab azan bila azan dilaungkan

Solat Isyak

Solat baadiyah 2 rakaat selepas solat Isyak.



Usaha menambah ilmu dengan membaca Kitab-kitab Hadis dan kitab Sirah Nabi SAW. Membaca Surah al-Mulk. Bermuhasabah diri. Tidur awal dengan niat untuk dapat bangun Solat Malam. Sebelum melelapkan mata, baca doa sebelum tidur, baca ayat Kursi dan 3 Qul.

~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang istiqamah bersolat 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga. (12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 
2 rakaat sebelum Subuh. (HR Nasa’i)

Wallahu a'alam.

18 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Nur,

Terima kasih berkongsi aktiviti yang baik dalam bulan Rejak ni,

Semoga hidup kita diberkati Allah selalu.

Cikli said...

bagusnya kalau dapat istiqomah dalam beramal

Anonymous said...

Istiqamah dlm ibadah. Biar sedikit tapi beramal daripada banyak tapi terabai.

nur said...

Waalaikumussalam kak hanim..

Alhamdulillah, perkongsian jadual harian khusus untuk rujukan diri sendiri, kak hanim. Harap sama2 dapat berkongsi manafaat...
Selamat beramal..

nur said...

Cikli...
Ustaz ada kata,
... nak zikir memang senang tapi nak istiqamah mengamalkannya, tu yang berat.. memang nampak mudah tapi nak amalkannya secara tetap ternyata payah. Tiada daya dan kekuatan kita melainkan dengan pertolongan Allah.

nur said...

Anon,
Istiqamah InsyaAllah. Ikhlaskan niat semata2 kerana Allah, InsyaAllah Allah permudahkan urusan...
Usaha hijrah. Jika lalai hijrah kepada tak lalai.
Selamat beramal..

Anonymous said...

Assalamualaikum...
ukhti mohon untuk di-SHARE

maais said...

Assalamualaikum...
Nur.......
mohon untuk di-SHARE


maais said...

Assalamualaikum...
Nur.......
mohon untuk di-SHARE


Unknown said...

Mohon untuk share..

anaHumaira' said...

Assalamualaikum.
subhanaAllah.mohon di share ye ukhti

Unknown said...

Assalamualaikum,

mohon share.

Unknown said...

assalamualaikum... nk minta izin untuk share ye..

Kak Ya Nur Iman said...

assalamualaikum... alhamdulillah syukur dapat bertemu dgn tulisan ini, mohon share kepada rakan lain ya, terima ksih,..

Unknown said...

Mohon share.. Syukran
moga sentiasa diberkati ALlah

Hamba Allah said...

terima kasih

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian

Unknown said...

Terima kasih..sy ingin mengisi masa yg Allah beri ini..mg Allah memberi kekuatan..t.kasih yg berkongsi

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...