Mudah reput


Nak citer, satu hari tu anak saya ada bawak balik sebungkus kecil getah pengikat yang dibeli dari sebuah kedai buku. Agaknya dia perasan saya selalu tak jumpa cari getah masa nak guna untuk ikat apa2. Sukanya hati dapat getah sebab bekalan getah dah lama habis. Tapi tup tup time nak guna, lepas satu.. satu... putus bila ditarik. Aik! getah gred mana ni, tengok dari bungkusan macam bagus je.. siap branded lagi. Tak penah2 saya beli getah yang ada brand selama ni, selalu tu singgah beli kat kedai runcit je yang timbang kalau tak 50 sen, singgit.

Saya interview kakngah pasal getah tu. Katanya beli dekat kedai buku yang ada aircond. Mungkinkah getah tu jadi reput sebab duduk dalam air-cond? Ha' ah boleh jadi jugak kan..

Lepas peristiwa tu, saya terus ingat2kan en suami yang memang sepanjang hari kat ofis dalam persekitaran berhawa-dingin. Banyak2kan minum air ya suamiku untuk elakkan masalah kekeringan. Pernah terbaca fakta yang kata aircond juga boleh sebabkan masalah sesak nafas dan sakit kepala. Kuman pun mudah sangat nak berjangkit sebab pengaliran udara tak bebas sebab keadaan bilik dan ruang semua tertutup. Wallahu'alam.

Apa2 pun untuk kurangkan risiko, pakar-pakar ada menasihatkan eloklah elakkan duduk lama sangat dalam aircond. Jangan ambil risiko duduk sepenuh masa. Memang le rasa nyaman tapi AWAS terhadap bahayanya. Kalau dah sehari suntuk duduk dalam aircond di ofis kemudian sambung lagi duduk dalam kereta yang ada aircond, jangan bila balik rumah pun bukak2 pintu bilik je terus ON aircond. Berilah ruang untuk badan berehat sebentar dari aircond.

***teringat2 getah yang duduk sepenuh masa dalam aircond... mudah reput.

Wallahu'alam.

7 comments:

sal said...

assalamualaikum..
sama-samalah kits beringat untuk tidak memanjakan badan dengan penyaman udara terlalu lama..sesekali merasa udara biasa pun baik juga yee..

Anonymous said...

Kat ofis dlm aircond, kat keta ON aircond, balik umah ON aircond, tido pun dlm aircond...alamat lama2 kong.

Cikli said...

artificial ventilation tak baik sangat untuk kita

nur said...

sal,
Jangan diburu selesa di dunia je, kan sal.. jom pakat buru untuk selesa di sana..

nur said...

Anon,
Tu pasal, kadang bunyi aircond yang dah lama tak servis boleh mengganggu jiran..

nur said...

Cikli,
Betul sangat tu, karbon dioksid terlebih sudah.. elok beringat..

Anonymous said...

Hari tu ada dgr kuliah zohor, Ust Shahdan cerita pasal kisah surah Al-Kahfi. Pertolongan Allah dlm bentuk burung ababil melepaskan batu kecil dari neraka yg tertulis nama mangsanya (macam peluru berpandu) dan apabila mengenai mangsa, maka reput terus. Cuba imagine tubuh manusia reput jadi abu (selepas terbakar). MasyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...