Takutlah pada Allah yang azab-Nya begitu pedih




Bismillahirrahmanirrahim


Kata ustaz, "Takutlah pada Allah yang azab-Nya begitu pedih.

Allah berfirman dalam Surah al-Gashiya ayat 1 - 7 yang bermaksud:

[1]Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

[2]Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

[3]Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

[4]Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

[5]Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

[6]Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

[7]Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.


Air di dalam neraka disebut sebagai air nanah yang busuk, manakala makanannya pula ialah buah zakkum dari pokok yang berduri. Bila makan dan ada dalam perut, akan terasa sangat panas seperti bara api.  Lalu selepas diminta minuman, datanglah minuman yang bila masuk dalam perut mereka akan rasa terlebih panas lagi.

Firman Allah dalam Surah al-Waqiah ayat 54 - 55 yang bermaksud:
[54]“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

[55]“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.

Firman Allah dalam ayat 30 - 32 Surah al-Haqq

[30](Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

[31]
“Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -

[32]
“Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!


Tegas ustaz: "Takutlah pada Allah yang azab-Nya begitu pedih."

Sentiasalah kita berdoa dengan doa yang Nabi SAW ajarkan iaitu "Allahumma ajirna minannar... Ya Allah lindungilah kami dari api neraka.."

Apa yang kita lakukan dalam dunia ini, itulah Allah Taala akan balas mengikut amalan masing-masing.  Ustaz menjelaskan bahawa golongan yang pertama sekali masuk neraka jahannam adalah di atas perbuatan zalim dan perbuatan maksiat yang mereka lakukankan semasa di dunia.  Mereka di hantar ke neraka jahannam secara berkumpulan.  Mereka adalah para pemimpin yang tidak berlaku adil kepada rakyatnya.

"Takutlah pada Allah yang azab-Nya yang sangat pedih..."

Golongan ke2 adalah merupakan dari kalangan yang ahli agama yang mempunyai ilmu tetapi jahat.  Mereka sembunyikan kebenaran sebaliknya menyokong kebatilan.  Maka nantikanlah bala bencana dari Allah dari langit dan bumi yang pada mereka itu tidak ada lagi pertolongan dari Allah.  Jangan berani dengan hukum Allah.  Satu hari di neraka jahannam tempoh masanya 1000 tahun hidup di atas dunia.  Begitu lama tempoh mendapat siksaan tapi tetap tak mati-mati walau tubuh telah menjadi arang...nauzubillahih.

Dari Samurah ibn Jundab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara mereka (ahli neraka) di makan oleh api hingga sampai ke buku lalinya dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke lututnya. Dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke pinggang mereka dan sebahagian dari mereka ada yang dimakan oleh api sampai ke tulang dadanya. (HR Muslim)

"Takutlah pada Allah yang azab-Nya begitu pedih..."

Para Sahabat ra, bila mendengar pasal neraka mereka akan menangis sebaliknya bila mendengar tentang syurga meraka akan tersenyum gembira. Namun kebanyakan kita yang tahu akan nikmat Syurga dan tahu tentang azab Neraka, tetap masih tidur... masih tidak berbuat apa-apa.  Hati tak tersentuh bila mendengarkannya melainkan hati orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Orang beriman apabila di-ingatkan perihal syurga dan neraka akan segera meningkatkan amalan2 ibadahnya.

Berterusan kita berdoa memohon rahmat Allah.  Doa kita hendaklah sentiasa memuji Allah.  Banyakkan memuji Allah contoh berdoa dengan nama Allah... ya Rahman Wahai Allah yang Maha Pemurah... ya Rahim Wahai Allah yang Maha Pengasih... 

Sesungguhnya hanya dengan rahmat Allah, kita mampu beroleh Syurga.. InsyaAllah. Walau apapun sebagai hambaAllah, ibadah dan amal-soleh mesti dilakukan dengan bersungguh2 dan terbaik agar Allah Taala melimpahkan rahmat-Nya buat kita....ameen.. Sebagaimana hadis Nabi SAW oleh Jabir ra yang menyebut Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, 'Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah belaka.' (Hadis Riwayat Muslim)


Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...