Firman Allah SWT tentang kelebihan bangun solat malam



Bismillahirrahmanirrahim

Adapun kelebihan bangun di tengah malam memang banyak dan pahalanya sangat besar.  Kalau hendak disebutkan kelebihan bangun di tengah malam dari al-Quran dan Hadis tentulah banyak sekali, sukar hendak dihitung satu persatu. Begitu besar kelebihan bangun solat malam...

Allah Taala telah berfirman kepada RasulNya;
yang bermaksud:
"Hai orang yang berselimut! Bangunlah di tengah malam kecuali sedikit masa saja.  Seperdua dariya atau kurangkan sedikit dari itu.  Atau lebih dari itu.  Dan bacalah al-Quran itu dengan teratur."    (Al-Muzzammil: 1 - 4)


FirmanNya lagi:
"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui, bahawasanya engkau bangun(beribadat) kurang dari dua pertiga malam , dan seperduanya, dan sepertiganya, dan(juga) orang-orang yang bersama-sama denganmu...."    (Al-Muzzammil):  20)


FirmanNya lagi:
"Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun tahajjud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu, moga-moga Allah akan mengangkatmu ke tingkat yang terpuji."   (Al-Isra':  79)


Firman Allah Taala pada memuji kaum Mu'minin:
"Mereka meninggalkan tempat tidurnya untuk menyeru Tuhan mereka dalam keaadaan takut dan harap, dan mereka membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."  (As-Sajdah: 16)


FirmanNya lagi:
"Mereka mempergunakan hanya sedikit saja dari waktu malam untuk tidur.  Dan di tengah malam, mereka sentiasa memohon ampun."   (Az-Dzariyat: 17 - 18)



Usaha kita mesti berterusan. Mohon bantuan Allah untuk dapat bangun solat malam kerana sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah.
Wassalam.

*pautan di sini: Perkara yang dapat membantu agar dapat bangun qiamullail.


2 comments:

Anonymous said...

Tidak mudah untuk bangun solat malam tapi bukan mustahil. Tapi yang paling payah lagi ialah untuk istiqamah bangun solat malam. Maka kena banyak usha dan pasang niat dan yang paling utama mohon hidayah dan izin Allah.

nur said...

anon..
..angin bergerak dengan perintah Allah.
...air mengalir dengan perintah Allah.
..tidak ada sesuatu yang berlaku tanpa perintah Allah. Setiap keadaan berlaku di alam ini semua berlaku dengan kehendak Allah. Tidak boleh bagi manfaat, tidak boleh bagi mudharat melainkan Allah. Kejayaan itu ialah bila mentaati perintah Allah. Bantuan Allah akan datang buat orang yang ada iman dan amal dalam kehidupannya. Iman dapat memberi kekuatan bagi membuahkan amal.
Maka usaha mesti berterusan. Moga ikhtiar kita untuk mampu bangun solat malam dapat bertemu dengan izin Allah... ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...