Bismillahirrahmanirrahim.
Menangislah kepada Allah. Kata ustaz, jika kita tak boleh menangis tiap-tiap malam pun, menangis seminggu sekali pun jadilah. Mengadu pada Allah. Minta ampun pada Allah. Sedar diri ada dosa, InsyaAllah akan mampu menangis, akan bertaubat pada Allah. Kasihkan Allah. Buktikan kasih kita pada Allah. Banyakkan sebut nama Allah.
Di antara sifat hamba, hati sentiasa redha. Hati sentiasa suka terhadap apa-apa jua yang dari Allah. Dapat baik atau buruk, hati redha. Contoh: Datang masjid, keluar-keluar masjid,,, seliper hilang... ucap Alhamdulillah... Tapi realitinya sukar bagi kita, kalau jadi macam tu, mulut mungkin akan terus kata.. "sape la yang ambik seliper aku ni, kalau dapat orang ni, memang nak kena la..." Kehendak kita, kalau keluar-keluar masjid seliper tetap ada menanti.. baru hati akan lega... terus kata, "Alhamdulillah.. seliper aku tak hilang, tak sia-sia baca-baca sikit tadi..." Ish ish
Banyakkan syukur. Jangan kita bila sihat saja baru nak ucap alhamdulillah. Sepatutnya bila sakit.. "terimakasih ya Allah." Sebab dengan sakit itu akan buat kita lebih ingat Allah. Dah sakit...banyak lah ingat Allah. Banyak zikir, banyak doa, sering bukak quran, baca. Maka apatah lagi semasa sihat.. "terimakasih ya Allah.." Dengan sihat yang ada, moga bertambah-tambah amal, sering ke masjid,sering ke majlis ilmu, banyak buat solat sunat. Namun yang sering berlaku, bila sihat kita... rajin ucap Alhamdulillah. Sebaliknya bila sakit, datang buruk sangka kata ada orang buat.. "Ini mesti ada orang yang dengki kat aku nih!" Ish ish.. padahal Allah nak uji. Ingatlah bahawa dunia ini merupakan medan ujian buat kita.
Jaga hubungan dengan Allah. Ustaz bagi contoh: Orang lain jam 7.30pagi dah mula meniaga, sedangkan Abdur Rahman bin Auf r.a mula meniaga jam 10.30pagi. Tapi barang jualan Abdur Rahman bin Auf r.a yang habis dulu. Sebab apa? Sebab sebelum keluar meniaga, Abdur Rahman bin Auf r.a minta dulu dengan Allah, selesaikan terlebih dulu urusannya dengan Allah.. contoh, solat Israk, Dhuha dsb.. Wallahu'alam.
Hidup kita biar memada. Masa berjalan-kaki tak ada transport, mintak basikal. Pikir kalau dapat basikal, mudah lah nanti pergi masjid..dapat naik basikal. Dah dapat basikal, pikir nak motor pulak dah. Lepas dah dapat motor nak kereta pulak.. Alasannya, kalau ada kereta nak pergi masjid pun senang, bila hujan tak basah... Dah dapat kereta kancil, nak kereta yang besar pulak. Ertinya... rasa puas itu di-angkat, rasa tak pernah cukup.
Maka, biar apapun kita ada, bersyukurlah... Banyakkanlah rasa syukur...biar ada sifat memada, rasa cukup dan memadai dengan apa yang ada.
Kasihlah kita pada Allah Taala. Milikilah rasa kasih itu. Kenangkan betapa, begitu banyaknya nikmat Allah pada kita. Nikmat Allah tak putus. Dicukupkan keperluan kita, ada anak isteri, ada macam-macam. Allah dah beri kehidupan buat kita namun kita yang tak boleh balas balik sebagaimana yang sepatutnya. Allah suruh ibadah, kita tak buat. Kita tak buktikan tanda syukur kita atas segala nikmat yang diterima.
Kasih akan Allah itu merupakan semulia-mulia tingkat dan setinggi-tingginya. Kasih kepada Allah Taala ialah apabila hati seseorang hamba merasa cenderung kepada Allah, merasa adanya hubungan yang rapat dengan Allah, bertuhan hanya kepada Allah Taala.
Firman Allah:
Surah al-Baqarah ayat 165:
yang bermaksud:
"...orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah."
Surah al-Maidah ayat 54;
yang bermaksud:
"...maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Allah."
Dari Anas ra dari Nabi SAW., sabdanya:
"Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau sesorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka." (Muttafaq 'alaih)
Zahirkan terimakasih kita pada Allah, contoh: Bila dapat nikmat solat berjemaah.. ucap "Alhamdulillah terimakasih ya Allah", Dapat nikmat duduk dalam majlis ilmu... "terimakasih ya Allah." Dapat baca quran..."terimakasih ya Allah..." Wajiblah kita kasih pada Allah. Cukup besar nikmat Allah. Kurnia Allah tidak terkira buat kita. Balik rumah, isteri masak. Sakit kepala, isteri tolong picit. Kita nak tidur sekali pun, besar nikmat Allah bila kita boleh membalik-balikkan badan ke kiri kanan. Cuba bayangkan jika kita hanya dapat tidur terlentang saja, tentu payah nak lena. Allah beri nikmat kita dapat tidur dengan lena... Alhamdulillah.
Kasihkan Allah biar lebih. Nafsu biar duduk tempat ke dua. Contoh: Kalau ada kuliah Zohor, masuk dengar dulu, setelah itu baru makan tengahari. Kasih Allah, tumpukan Allah, dahulukan Allah, mengaji dulu baru makan. Maka ilmu dapat, makan pun dapat. Bila kasih pada Allah, kita akan mengerjakan sesuatu yang lebih mendahulukan Allah dalam semua perkara.
Wallahu'alam.
-----------
*kebelakangan ini sering sampai lambat ke masjid. Jadi sampai-sampai dah terlepas lebih separuh perjalanan majlis ilmu.. ouhhh.
Moga-moga dirahmati Allah. Biarpun sedikit moga diberkati. Mesti doa, mintak pada Allah. Usaha mesti berterusan. Kata-kata ustaz di penghujung bicara tersemat di hati: "Buat baik, tak rugi, Allah akan balas baik.. InsyaAllah."
1 comment:
Bergantung Harap Pada Allah
Bila Gagal Tidak Kecewa
Bila Berjaya Tidak Sombong
Post a Comment