Resepi Puding Karamel Terbaik

Alhamdulillah...
Hari ini masuk hari kedua kita di bulan Ramadhan..

Hari minggu, anak menantu balik untuk iftar dan bersahur bersama2. Jadi mamanya pagi2 dah sibuk berkira2 nak buat Puding Karamel atau nama lainmya Puding Gula Hangus untuk iftar hari ini. Sedap tu dimakan sejuk2 keluar dari peti ais. Makanya afdal lah kalau nak makan time iftar, kena la buat pagi, baru sempat sejukkan dalam peti.

Jom cuba resepi yang ni...jangan risau, inshaaAllah menjadi dan rasai lah kesedapannya..he he

PUDING KARAMEL @ puding gula hangus

Bahan2nya:
2   1/2 cawan susu kotak full cream Dutch Lady
4 biji telor (gredB)
Gula 4 sudu besar
Esen vanila 1 scop
Secubit garam

Bahan untuk karamel:
1/2 cawan gula
Sesudu besar air

Cara membuatnya:
  1. Masak gula dan sedikit air hingga gula jadi perang kegelapan. Kacau2kan ia biar serata dan tuang dalam bekas/loyang yang nak buat puding. Golek2kan biar gula hangus serata di dasar dan tepi loyang. 
  2. Panaskan susu sebentar takat panas suam2 kuku. Ketepikan sebentar. 
  3. Telor dikepok2 dengan gula serta vanila biar mesra.
  4. Satukan campuran susu dengan telor. 
  5. Tapis ke dalam loyang yang dah disalut gula hangus. 
  6. Kukus selama 30 minit. Jika versi oven, bakarlah selama 45 minit dalam suhu 170' secara water bath.
Alhamdulillah...Terbaik resepi yang ni ..saya edit sesuai dengan citarasa. Resepi asal yang di google ada kena combine tambahan telor kuning tapi lepas mencuba cara tu jadi membazir telor puteh.

Saya tiap kali buat akan buat double sukatan, boleh ulang2 makan.  Alhamdulillah memang sangat sedap, finishing pon cantik dan manis pon sedang2 gitu...bagi  saya la..he he:-D








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...