Jenis-jenis Haji dan Cara Mengerjakan Haji



..bersambung dari SINI

Alhamdulillah Allah rezekikan dapat duduk dalam majlis ilmu Kursus Haji Bersiri minggu ke-8 pada 24/10/23. Syukron Ustad Roslan.. Jazakallah.

Mari kita bertalbiyah:


Lafaz talbiah

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Riwayat Muslim (1184)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Objektif topik minggu ini ialah untuk:
(1) mengetahui jenis² haji
(2) mengetahui cara² mengerjakan haji

Kita nak ke Makkah jangan tunggu kita banyak duit. Duit hanya-lah penyebab. 

Kita nak pergi mintak pada Allah...
"ya Allah, hamba nak pergi Haji ya Allah..."

Kita sebagai hamba Allah, kita kena yakin akan mendapat jemputan Allah. Kuota haji yang terhad atau lain-lain halangan tak boleh kita jadikan alasan. Kena ikhtiar/usaha, fikirkan cara untuk dapat pergi. Jika boleh kita sebagai manusia, tiap hari didengari ilmu tentang haji. Ilmu tentang haji adalah dakwah.

Pergi haji ini jangan tunggu umur tua atau tunggu masa ada duit baru nak pergi. Banyakkan doa agar dapat pergi haji/umrah di ketika kita ada masa untuk pergi.  Sebab ada orang yang ada duit dan berhajat sangat nak pergi tapi tak dapat pergi sebab tidak ada luang waktu, atas sebab sakit dsb.



JENIS-JENIS HAJI
Haji Fardhu
Haji Badal
Haji Sunat
Haji Nazar
Haji Qada


CARA-CARA MENGERJAKA HAJI
(1)Haji Tamattu'
(2)Haji Ifrad
(3)Haji Qiran

HAJI TAMATTU'
-mengerjakan umrah dahulu dalam bulan² haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama

HAJI IFRAD
-mengerjakan haji dalam bulan² haji kemudian mengerjakan umrah setelah selesai amalan haji 

HAJI QIRAN
ada 2 cara:
Cara(1) 
Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji. Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan haji.

Cara(2)
Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji kemudian  melaksanakan semua rukun dan wajib haji.

...................................................

HAJI TAMATTU'
Jika buat haji Tamattu', maka kena dam seekor kambing. Membayar dam itu antara hikmahnya kita mengingati orang lain yang susah. 

Tamattu"- datang buat haji dengan cara bersenang². 
Tiada manusia yang kekuatannya sama.  Contoh: ada orang yang dapat tidur selama  sejam pun sudah memadai, sebaliknya ada yang memerlukan tidur selama 4 jam. Tenaga masing² tak sama. Kerja haji ini perlukan tenaga. Jadi Allah beri pilihan dalam cara² nak buat haji.

Makanya kita sebagai hamba-Nya kena jaga solat, sentiasa sabar dan sering berdoa. InshaaAllah percaya lah, Allah akan permudahkan urusan kita..aamiinn


CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTU'

Haji Tamattu', kena buat Umrah dahulu. 

Di mana² sahaja sebelum berniat, kita:

  • mandi sunat ihram dahulu(SUNAT)
  • memakai pakaian ihram(WAJIB)
  • sembahyang sunat ihram(SUNAT)

Di Miqat, kita:
  • Niat ihram Umrah(RUKUN)
  • Niat Umrah di Miqat(WAJIB)

Selepas niat sehingga lah bergunting, kita kena:
  • Menjaga pantang larangan dalam masa berihram(WAJIB)

Selepas niat sehinggalah mula tawaf, kita hendaklah:
  • Bertalbiyah(SUNAT)

Di Baitullah:
  • Kita melakukan Tawaf Umrah(RUKUN)


Di Mas'a kita:
  • Saie Umrah(RUKUN)

Di Bukit Marwah atau di mana², kita:
  • Bercukur/bergunting(RUKUN)
  • Tertib melaksanakan Rukun(RUKUN)

Sementara menunggu hari wuquf, jemaah haji eloklah membuat amalan sunat seperti mengerjakan Umrah Sunat, Tawaf Sunat dan solat berjemaah di Masjidil Haram mengikut kemampuan.


Pada 8 atau 9 Zulhijjah di Makkah:
  • Mandi Sunat Ihram(SUNAT)
  • Memakai pakaian Ihram(SUNAT)
  • Sembahyang Sunat Ihram(SUNAT)
  • Niat Ihram Haji(RUKUN)
  • Niat di Miqat (Tanah Haram)(WAJIB)

Lepas Niat hingga Tahallul:
  • Menjaga larangan dalam masa Ihram(WAJIB)

Lepas niat hingga mula melontar:
  • Talbiyah(SUNAT)


9 Zulhijjah di Arafah:
  • Wuquf(RUKUN)


Malam 10 Zulhijjah di Muzdalifah:
  • Mabit di Muzdalifah(WAJIB)
  • Mengutip anak batu di Muzdalifah(SUNAT)

Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah Di Mina:
Melontar Jamrah Kubra(WAJIB)
Bercukur/bergunting(RUKUN)
Mabit di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah(WAJIB)
Melontar tiga Jamrah 11, 12, 13 Zulhijjah(WAJIB)


Selepas Wuquf di Arafah, balik semula ke Baitullah untuk:
Tawaf Haji(RUKUN)

Kemudian di Mas'a:
Saie Haji(RUKUN)


Tertib Pada kebanyakan Rukun(RUKUN)

###Namun jika ikut Tabung Haji, pihak TH akan ikut flow(tak lawan arus) selepas wuquf, terus ke Muzdalifah untuk mabit di sana. Kerja Tawaf Haji dan Saie Haji di Makkah, buat selepas pulang dari Mina pada 13 Zulhijjah. Wallahu'alam.

.................................................

HAJI IFRAD

Haji Ifrad tak dikenakan dam.


CARA MENGERJAKAN HAJI IFRAD

-Mengerjakan Haji dahulu dalam bulan haji kemudian kerjakan Umrah.
Boleh di lakukan dari 1 Syawal hingga 9 Zulhijjah. Di mana-mana sebelum berniat:
  • Mandi sunat ihram (SUNAT)
  • Memakai pakaian ihram (WAJIB)
  • Sembahyang sunat ihram(SUNAT)

Di Miqat Haji
  • Niat ihram haji(RUKUN)
  • Niat ihram haji di miqat(WAJIB)

Lepas niat hingga tahallul
  • Menjaga perkara larangan dalam ihram(WAJIB)

Lepas niat hingga melontar:
  • Talbiyah (SUNAT)

Di Baitullah
  • Tawaf Qudum(SUNAT)

Di Mas'a
  • Saie Haji(RUKUN)

Namun biasanya yang buat haji ifrad bagi jemaah yang datang penerbangan akhir.
Contoh: Jika datang 4 Zulhijjah,  7 hari dalam pakaian ihram sebelum dapat tahallul awal. Jika datang 3 Zulhijjah, agak gigih berada dalam pakaian ihram selama 8 hari..suatu jangkamasa yang panjang kena jaga pantang larangan ihram.


Kemudian tibalah hari wuquf.

9 Zulhijjah di Arafah:
  • Wuquf (RUKUN)

Malam 10 Zulhijjah di Muzdalifah:
  • Mabit di Muzdalifah (WAJIB)
  • Mengutip anak batu (SUNAT)

10, 11, 12, 13 Zulhijjah di Mina:
Melontar Jamrah Kubra(WAJIB)
Bercukur atau bergunting(RUKUN)
Mabit di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah(WAJIB)

Selepas melontar Jamrah Kubra dan bercukur/bergunting, maka terhasil Tahallul Awal(dah terlepas larangan ihram kecuali yang 3 perkara dan dah boleh pakai baju biasa)


Selepas Wuquf di Arafah, patah balik ke Makkah
Di Baitullah:
Tawaf Haji(RUKUN)

Di Mas'a:
Saie Haji (jika belum) (RUKUN)
Selepas selesai Tawaf haji dan Saie haji, maka terhasillah Tahallul Thani


Tertib Pada Kebanyakan Rukun (RUKUN)


###Saie Haji bagi mereka yang melaksanakan haji ifrad diberi 2 pilihan untuk dilakukan selepas Tawaf Qudum atau selepas Tawaf Ifadah(Haji).
###Kalau ikut arus buat Tawaf Ifadah(Haji) dan Saie Haji(bagi yang belum) selepas pulang ke Makkah dari Mina pada 13Zulhijjah. Wallahu'alam.


Setelah mengerjakan haji, pekerjaan haji bagi mereka yang buat Haji Ifrad kena buat Umrah.

Di mana- mana sebelum berniat:
  • Mandi sunat ihram (SUNAT)
  • Memakai pakaian ihram(WAJIB)
  • Sembahyang sunat ihram(SUNAT)


Di Miqat:
  • Niat ihram Umrah(RUKUN)
  • Niat Ihram Umrah di Miqat(WAJIB)
(Bermiqat di Tanah Halal)


Selepas niat sehingga bergunting:
  • Menjaga larangan dalam masa masa berihram(WAJIB)


Selepas niat hingga mula tawaf:
  • Talbiyah(SUNAT)


Di Baitullah:
  • Tawaf Umrah(RUKUN)


Di Mas'a:
  • Saie Umrah(RUKUN)


Di Marwah/di mana- mana:
  • Bercukur/bergunting(RUKUN)
  • Tertib Laksanakan Rukun(RUKUN)


....bersambung(Haji Qiran)



....bersambung di SINI

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah satu posting yg bermanfaat utk hadam ilmu haji. Amal tanpa ilmu sia2. Ilmu tanpa amal rugi. Ya Allah pilihlah saya dan isteri utk dapat mengerjakan haji pada tahun ini 1445H. Aaamiin.

Nila Anggraini said...

Semoga saya dan suami serta keluarga dapat berkesempatan melaksanakan ibadah haji juga dimasa akan datang. Aamiin ya Allah. Sangat penting untuk kita mengetahui ilmu ibadah haji ini untuk kelancaran ibadah dan semoga mendapatkan haji mabrur tentunya. Aamiin terima kasih perkongsian saudaraku. Banyak ilmu yang kita dapat.

Anonymous said...

ya allah kami nak pergi haji..makbulkanlah..permudahkanlah...amiin amiin

nur said...

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

nur said...

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

nur said...

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...