Bismillahirrahmanirrahim
(Sedutan Kuliah Maghrib)
Barangsiapa mentaati Rasul, dia mentaati Allah SWT.
An-Nisā':80 - Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).
Kehidupan kita berada di atas paksi ibadah kepada Allah Taala.
Mohon keampunan dari Allah. Sebagaimana di sebut dalam Surah;
'Āli `Imrān:135 - Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Kita pun tuan²..basahi lah lidah dengan sentiasa beristighfar. Jangan dosa² menjadi kebiasaan/dinormalisasikan.
Apa² kesalahan yang kita lakukan, segera mohon keampunan dari Allah dengan beristighfar.
Sesiapa yang lakukan kejahatan/ menganiayai diri( cth: buat satu dosa pada Allah seperti gunakan mulut untuk sakitkan hati orang yang mana ia mengundang dosa, mengundang kemurkaan Allah), maka segera lah mohon keampunan dari Allah, nescaya Allah mendatangi hamba-Nya.
'Āli `Imrān:136 - Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
An-Naşr:3 - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
............................
Orang² memohon keampunan pada tengah malam di saat orang lain tidur. Ajaib waktu tengah malam kerana ia waktu yang mustajab kita mohon Allah ampunkan dosa² kita. Kita ambik wuduk di kesejukan malam, kemudian solat 2 rakaat..kemudian mohon keampunan. Hanya kita dengan Allah, tidak ada orang nampak. InshaaAllah moga² Allah akan kabulkan doa.
Adh-Dhāriyāt:17 - Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Adh-Dhāriyāt:18 - Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
.................
Orang² alim itu, mereka tidak meninggalkan solat malam. Walaupun ibadah itu sunat, mereka mewajibkan ke atas diri mereka untuk melakukannya.
Perbanyakkan lah beristighfar. Cari masa kita untuk bangun qiamullail di malam hari.
Wallahu a'lam.
