Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Kebaikan Berjalan Kaki Setiap Hari

Innalillah.. Dah tiga hari cuaca berjerebu.  Makanya saya beriadah dengan berjalan kaki di atas treadmill sahaja sementara tunggu keadaan jerebu reda. Moga cuaca makin pulih agar inshaaAllah dapat keluar walking outdoor. Kalau tidak, hendak ke mana² terpaksa lah pakai mask sebagai langkah menjaga kesihatan.


Bersenam itu perlu. Dengan bersenam melalui cara berjalan kaki ini mudah untuk kita nak buat sebenarnya. Cumanya samada dapat konsisten buat atau tidak je..itu yang problem..hahaha🤭


Anaknda Iman


Mari kita cuba untuk sentiasa 'walking'. Banyak kebaikannya berjalan ini. Bukan berlari ya, kita hanya berjalan. Sesuai dengan usia dan kemampuan. Dah pernah tulis pasal ni di SINI... (Kebaikan Berjalan Kaki 30 Minit Sehari)



Jom kita amalkan Gaya Hidup Sihat🫶(boleh tekan link)
................................


Okeh..hari ini nak update aktiviti berjalan semalam 31 Ogos 2026 di lokasi Taman Tasik Titiwangsa🫶







Gaya Hidup Sihat



Kebelakangan ini terlupa sebentar untuk naik berjalan atas treadmill. Sibuk keluar atas beberapa urusan, itu yang ambil peluang walking outdoor; singgah terjah mana² mall semasa laluan balik .  Dapat la at-least walking +- 1km🫶


Keluar ke KL dalam beberapa trip tu satu hal, hari² lain pula banyak masa dihabiskan dengan garderning. Semenjak dua ni banyak masa pagi² keluar ke laman, clear semak samun tepi² pasu, cabut rumput liar yang berebut² tempat dengan pegaga,  trim² pokok bunga kertas, taruk baja kat orkid dan pokok² fern dalam pasu, gembur²kan tanah kat pokok² dan sebagainya lah. Penat kita tau!🫠🫠  Jadi bila dah penat riadah (buat garderning tu) makanya dah takde maknanya nak naik atas treadmill, berjalan.  Dah tiada daya upaya😂 


Tapi bila dah mula rasa sakit² lutut, sengal², sakit tapak kaki, berat badan naik mendadak ditambah lalu pulak dalam telefon nampak orang yang berjaya diet dan badan dah kurus,..baru rasa macam kena tampar sikit dan mula tersedar dari mimpi😙.. baru kelam kabut masuk gear reverse (R)..hahahaha


Ada masanya semangat untuk maintain gaya hidup sihat terabai bilamana berubah jadual harian kita.(... alasan🤭)

Minum air bunga telang dan jus pegaga pun dah miss lama. Kalau tak, tiap hari buat air pegaga. Rajin pula ambik pegaga, bersihkan tanah² yang melekat pada akar, mesin sekali dengan akar buat air pegaga. Lepas minum auto rasa dah terpaling sihat..hahaha..

Posting pasal Air Pegaga ada di SINI

Khasiat pegaga ada juga tulis..di SINI

Begitu juga dengan air bunga telang yang viral ada begitu banyak khasiat. Dah lama tak rendam bunga² telang dalam air panas dan minum airnya. Okeh kena start balik! 

Khasiat air bunga telang di SINI


Madu lebah yang anaknda Iman beli suruh minum pun dah tertinggal lama, lupa nak ambik minum. Ish ish...


Okay lah..kena disiplin balik jaga makan. Hari tu lama jugak la disiplin makan nasi sikit. Lebihkan dengan makan ikan dan sayur je.  





Sekarang ni sebab selalu keluar(alasan munasabah🤭), macam dah lupa rutin tu semua.  Sis sekarang makan je semua yang rasa nak makan..aduhh.. Hari tu boleh pulak makan steak😚 Tiga hari lepas singgah makan Nasi Lemak Wanjo, siap ambik lauk limpa..oouhhh🫠 Fast food tak fast food, Zus tak Zus..semua dah tak filter.. how come🤔

Ohh tak boleh macam tu sebenarnya sis..🙂‍↔️🙂‍↔️ Salah tuu😂

Ingat sikit😶‍🌫️


Okay nak mula balik jadual gaya hidup sihat..InshaaAllah

Untuk sehat, antaranya ada 6 cara:

✔️Jaga makan, kurangkan kabohidrat(nasi, tepung), gula. Makan tu kena berhenti sebelum kenyang.

Makan sebelum maghrib maksudnya jangan makan malam. 

✔️Jangan tidur larut malam, makanya tidur awal paling lambat jam 11malam, niat untuk dapat bangun tahajjud إن شاء الله

✔️Minum air putih yang cukup - Minum air banyak pagi sampai malam. Air putih bukan yang cold, air suhu bilik je.

✔️Puasa

✔️Jaga hati ~ jauhi marah, hasad dengki, iri hati etc

✔️senaman pagi, senaman yang teratur, cukup dan sesuai umur


Antaranya boleh melakukan senaman berjalan kaki... di SINI

🍒🍒🍒🍒🍒🍒


DIET

Zero sugar

Zero roti

Zero process food


Sis, cuba la ya..

🥥No gorengan

🥥No tepung²

🥥No minuman manis

🥥Kurangkan nasi

🥥Lebihkan air kosong

🥥Kalau suka makan yang manis², gantikan dengan buah buahan


■Makanan protein tinggi:

◇Ikan

◇Telor(telor rebus, telor mata)

◇Isi ayam tanpa kulit

◇daging lembu

◇Tauhu

◇tempe

◇Labu

◇Udang

◇Kerang


■Sayur high protein: 

☆bayam, 

☆sawi hijau, 

☆brocoli, 

☆kacang panjang


■Thredmill tiap hari ½jam🏃‍♀️🚶‍♀️



Ku buru matlamat.. moga Allah beri kesihatan agar mudah bagiku melakukan amal ibadat.. moga Allah permudahkan...Aamiin🤲





Treadmill Gintell



Any exercise is better than no exercise at all...♡🏋‍♂️🤸‍♀️🤾‍♂️

Alhamdulillah dah kembali dapat naik berjalan atas treadmill selepas sebulan ianya tak function.🤗

"Fius putus...", kata technician yang datang repair.😲🫤 

Alhamdulillah, syukur lah takde kerosakan yang major. Kabarnya, kalau rosak yang nak kena tukar apa² spare-part biasanya boleh tahan lah harganya. Ini tukar fius hanya beli fius rm2.00 plus bayar servis technician rm80... Alhamdulillah🤲


Indoor walking atas treadmill (yang dah berkhidmat hampir 3tahun) ini sangat bermakna buat saya sebab nya kadang kita malas nak keluar. Memang la kalau brisk-walk kat padang riadah lebih mengundang rasa semangat dan ceria sebab outdoor kannn...tapi tu lah penyakit malas tu kerap datang, maka berjalan atas treadmill ni boleh menjadi penyelamat la buat rutin riadah kita..ehe he..

Jika ada treadmill, maka tiada alasan lah untuk kita ponteng walking..☺️☺️


Pernah tempohari cerita pasal treadmill di SINI


Dalam masa sebulan treadmill tak function tu, saya dan en suami keluar BW di Padang Jenjarum. Satu pusingan trek tu jauh sekitar 600m, jadi saya selalunya buat 4 pusingan dapatlah dalam 2.4km. En suami pula walking 3 pusingan kemudiannya sambung buat streching.









Tak lama beriadah di situ, tiba² ada construction pulak dah..aduhai... Dengar kata nak buat mini stadium😙Wallahu a'lam. Jadi bertutup berpagar dah sekarang ni kawasan padang riadah tu..hu hu

Alhamdulillah lepas tu dapat info dari sahabatku Shalina yang kata, boleh cuba pergi ke Laman Komuniti @ZON SDGs berhadapan Taman Tulip.  Jadi kami pun beralih pula ke sana, dan memang Wow!! Menarik..🤗🤗

Kami dalam seminggu beberapa kali juga lah ke sana walaupun sekarang treadmill dah okay. Saja ambik mood beriadah outdoor...🚶‍♀️🚶🏃‍♂️

Wif Iman

Wif Makcik Kay


Wif Shalina n KakGee

Wif KakYah


Ataupun, nak lagi fun, kita berjalan je lah dekat Ikea/shopping mall, jalan² sambil tengok barang😍 Uish! pusing satu level sehala je pun dah 1km🤗


Latihan Berjalan Kaki


Alhamdulillah masih berjalan kaki sejauh 2km atas treadmill walaupun tak berapa nak konsisten sangat..ehe he🤭... on n off buat. Ada hari macam sibuk bebenor kita sampai tak dapat nak cari masa naik atas treadmill tu. Time..time...where are you...huuu


Alhamdulillah dengan adanya treadmill Gintell Fitness CyberTREK Compact ini, tersangat lah membantu untuk kami melakukan senaman/ latihan berjalan kaki tiap hari indoor. Kena rajin baru dapat konsisten buat tiap hari inshaaAllah. Moga Allah permudahkan urusan...aamiinn


Saya berjalan hanya 2km dengan kelajuan biasa 3.9/kph selama 30 - 31minit membakar kalori sebanyak 114 alhamdulillah.  Sebelum ni dah cuba kelajuan 4.1 atau 4.5/kph tapi sudahnya jadi berdebar² dan nafas pun tercungap² sebab langkah kena laju. Jadi kita buat takat mampu dan dalam keadaan nafas pun selesa.

So sambil kita walking kita zikrullah... 

Moga menjadi asbab kebaikan...

إن شاء الله

 آمِيْن  آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ



Azam Tahun Baru 2024

Alhamdulillah hari ini  2Januari 2024 bersamaan dengan 9 Jamadil Akhir 1444H, berada di tahun baru Masehi dah kita. Jom pakat² perbaharui azam. 

Ada yang kata, azam ni ibarat sampan...sampan biasanya ke laut😂😂

Namun daku tetap nak berazam. Moga² azamku tak ke laut❗️🤭😁

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okay bermula hari ini nak ulang cetak checklist saya, moga² mampu istiqamah.  

Checklist

Agar hidup lebih bermakna🌸

- [ ] Solat di awal waktu, bersedia atas sejadah sebelum masuk waktu
Buat Kobliyah
- [ ] Lazimkan qiam 30min awal sebelum subuh. Mulakan dgn solat tahajud, hajat, witir. Solat Sunat Fajar selepas azan Subuh/sebelum solat Subuh(kobliyah)
- [ ] Baca al mathurat tiap pagi dan petang (di SINI),
Solat Dhuha
Buat Ba'diyah selepas solat Zohor, Maghrib dan Isyak. Penting konsisten buat Solat Sunat Rawatib untuk menampung kekurangan dalam solat fardhu kita.
- [ ] Baca quran tiap hari
Baca al-Waqiah, al- Mulk sebelum tidur, al-Kahf tiap Jumaat
- [ ] Zikrullah
Istighfar perbanyakkan
Selawat perbanyakkan
- [ ] Qadha solat lepas solat fardhu/ sebelum masuk waktu

..................................................

Terngiang² kata²  yang ustaz pesan.. 

Mesti ada perancangan dalam hidup kita ini. Kena ada program yang dirancang dalam hidup kita. Islam meletakkan kerja² yang wajar kita lakukan terbahagi kepada dua: 

(1) ibadah khusus iaitu hubungan kita dengan Allah. Perkukuhkan dengan menjaga ibadah fardhu, perbanyakkan yang sunat termasuk kelangsungan dalam zikrullah.  

Manakala yang ke-(2) amalan/kerja dalam menjaga hubungan sesama manusia. Buat yang Allah suruh, tinggalkan yang dilarang. Moga² mampu tergolong sebagai insan bertaqwa..aamiin

Dalam kita sibuk menyambut tahun baru, kata ustaz boleh saja kita ikut sambutan tahun baru Masehi ini. Namun pengisiannya biarlah yang meningkatkan iman. Sebaliknya cth: jika sambutannya bercampur lelaki perempuan dengan tidak terjaga aurat, dihidangkan pula dengan minuman keras dan ada pula persembahan/konsert yang lagho, maka itu dah termasuk dalam perkara yang berdosa dan haram.

Dalam hidup ini kena ada sifat takut pada Allah kerana Allah yang menciptakan kita.

Nak lahirkan taqwa dalam hidup kita:

  • Kena ada sifat takut pada Allah
  • Sentiasa beramal soleh

Jangan tinggalkan zikir dalam hidup kita. Mulakan dengan zikir kalimah Bismillah. Cari ruang untuk dapatkan keberkatan dalam pekerjaan dengan cara berzikir. Mudah-mudahan dibantu oleh Allah dan dikurniakan rezeki melimpah ruah. 

Waktu Subuh adalah waktu paling penting untuk kita meraih keberkatan. 
Pagi dibuka pintu rezeki oleh Allah. Nak cari berkat, waktu pagi guna sebaik mungkin. Solat Subuh jangan lupa untuk buat solat sunat Subuh dulu. Solat Sunat Subuh/Fajar, ia lebih baik dari dunia dan isi seluruhnya. Subhanallah. Dan jadikan amalan Sedekah Subuh untuk keberkatan rezeki inshaaAllah. Sedekah boleh buat melalui online jika kita tidak berada di masjid/surau. Moga Allah terima amalan kita..aamiinn
Saat kita bekerja, letakkan ia Lillahi Taala. Bila lakukan kerana Allah, akan ada ilham dari Allah dan inshaaAllah Allah permudahkan urusan.



Azam pada tahun 2024 ini, nak isikan masa dengan amal soleh dan  dengan perkara² yang di-redhai Allah. Tinggalkan perkara lagho dan sia² apatah lagi perkara maksiat. Moga usaha itu dengan izin Allah dapat menyelamatkan kita di hari akhirat kelak. InshaaAllah..aamiinn🩶



Saya berazam untuk konsisten berjalan atas treadmill ini 2km sehari, kalori terbakar inshaaAllah 114  dan masa yang di-ambil hanya 30minit. InshaaAllah.


Blog Archive

KURSUS HAJI 2023 ~ bimbingan: Ustad Hj Md Roslan Muhammad Jaafar

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12

Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

Umrah♡