Doa Mohon Takwa


Alhamdulillah  dapat sedikit kefahaman ilmu dari sedutan Kuliah Subuh di Masjid Temerlohjaya pagi Ahad 12/1/25.


Allah swt berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghafir: 60)


Ustad dalam tazkirah di hening Subuh pesan agar kita sering amalkan doa untuk kita mohon takwa dari Allah SWT selepas tunai solat. Sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW, yang bermaksud:


Dari `Abdullah bin Mas`ud radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, adalah sesungguhnya Baginda pernah berdoa:


اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Allahumma inni as’alukal-huda wat-tuqo wal-`afafa wal-ghina


“Ya ALLAH, sesungguhnya daku memohon dariMU akan petunjuk, sifat taqwa, sifat mensucikan diri dari dosa dan sifat berasa cukup.”

(HR Muslim)

..............................

Bukan senang nak jaga hati.

Kata ustad.... Imam Shafie ra membahagikan masanya malamnya kepada 3 bahagian iaitu; 4 jam tidur, 4jam ibadah, 4jam cari ilmu. 

Subhanallah.


Jangan kita merasa dah puas dan cukup dengan ibadah yang dilakukan. Kena usaha untuk sentiasa memperbanyakkan ibadah.


Ibadah sebaiknya dilakukan dalam keadaan kita seronok dan rasa gembira melakukannya. InshaaAllah beroleh tenang dan kusyuk dalam beribadah kepada Allah.


Hubungan dengan manusia pula, nak mudah, buat baik je dengan semua orang. Takde dengki, takde hasad sesama manusia. Namun banyak cabarannya sebenarnya, bukan mudah. Kita cakap macam mudah. Jadi bagaimana? Caranya, kita pandang manusia dgn pandangan yang baik. Yang elok kita ambik pedoman, yg tak elok kita nasihatkan dia.


Berbaik sangka terhadap orang lain, agar elok hubungan sesama manusia.

Pandangan aku betul tapi mungkin pandangan orang lain lebih tepat.

Pandangan orang salah, tapi mungkin pandangan aku lebih salah.


Wallahu'alam.

1 comment:

School Of Tots said...

Satu perkongsian yg bermanfaat. Kembangkan mesej dakwah. Jazakallah.

Blog Archive