Alhamdulillah rombongan cik kiah kembali lagi..🤗😁
Trip kali ini tanpa perancangan sebenarnya. Last minute Hj Haslam wasap ajak, "jom hjh pi temerloh! ada dua seat kosong" Allahu, alhamdulillah rezeki dapat gak pergi.. sebab hari tu en suami ada sebut "jom kita ikut deorang pi temerloh."Saya pun bila dengar je macam tu, terus wasap tanya ada seat lagi tak? Sebab dah nak dekat tarikhnya, rasa logik la macam tipis je kebarangkalian nak dapat tempat ..hi hi
Namun, betul lah orang kata, rezeki tu tak salah alamat, tak gitu..alhamdulillah dapat juga akhirnya ikut pi Temerloh.
Okeh done intro..hahaha✌
Maka bertolaklah kami seramai 44orang ke Temerloh pada jam 1.30 pagi, hari Ahad 12hb januari,2025. Pagi bebeno tuu... Nak kena gerak awal supaya kami dapat bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah dan dapat hadir kuliah Subuh di Masjid Temerlohjaya dengan izin Allah.
Alhamdulillah sampai di Temerloh jam 4.00 pagi. Bas berhenti untuk peserta turun minum² kopi basahkan tekak, hilangkan penat dan stress duduk lama dalam bas. Alhamdulillah tiba di Masjid TemerlohJaya sekitar jam 5.00 pagi. Daku mulakan langkah kaki kanan masuk masjid dengan doa "Allahummaftahli abwaba rohmatik..ya Allah bukakanlah bagiku pintu² rahmatmu...aamiinn " Alhamdulillah bersemangat rasanya lepas dapat Subuh berjemaah dan dapat dengar kuliah Subuh beramai-ramai dengan ahli kariah masjid. Suasana di ruang solat begitu tenang dan menyuntik damai di hati. Terimakasih buat ajk masjid yang menyediakan sarapan Nasi Lemak dan minuman panas buat kami ahli rombongan. Jazakallah. Gembira dapat berkenalan dengan beberapa orang muslimat Masjid Temerlohjaya. InshaaAllah ada rezeki dapat jumpa lagi.
Destinasi kedua kami mengikut iterneri ialah Pasar Sehari Temerloh. Kabarnya ia merupakan pasar terpanjang di Malaysia. Aduhh..siap lah kaki dan lutut kami² yang warga tua ni kena jauh berjalan...🥲
Memang betul, rasa macam terlebih panjang laluan pasar yang bercabang di tengahnya menjadi dua laluan. Saya berjaya selesaikan satu jalan je, satu jalan lagi mampu halfway je. Pasar ni kiranya macam pasar tani la, jual banyak hasil tanaman, ikan sungai, ikan pekasam, kueh mueh tempatan dan macam² lagi. Bak kata Ma, kawan saya yang asal Temerloh tu kata .."kat pasar tu mak ngan ayah je takde!" Uishh🤔🥹
Dapat beli pisang Awak dua sikat, petai, ikan pekasam, kueh² seperti kueh Pena, Badak Berendam, Lepat Ubi dan lain². Lama juga masa dihabiskan di Pasar Sehari tu, memang kalau duk lagi lama lagi banyak rasanya yang nak kena beli... so elok kita gerak dulu..he he.. Naik2 bas, terus buka makan kueh2 yang dibeli😁
Seterusnya kami ke Ladang Aiskrim Vanilla. Agak menarik, kawasan sekitar begitu hijau dan redup dengan banyak ditanam pokok2 hiasan dan lanskap. Kami makan aiskrim sambil borak2 dan bergambar.
Jam dah tunjuk pukul 1.00ptg, maka bas pun berhenti di Restoran Go Bang Maju untuk kami turun makan tengahari. Kami suami isteri pilih 3 lauk iaitu Pais Patin Tempoyak, Daging Salai Masak Lemak dan Udang Celop Tepong. Kena beratur melalui Tol Temerloh masa nak bayar...hahaha
Harga agak premium, ambil 3 lauk tadi beserta 2 pinggan nasi putih berjumlah rm62..huhu
Tapi bila rasa masakan...WOW! memang amazing..sangat sedap Pais Patin Tempoyak tu bagi tekak daku..Alhamdulillah. En suami tak makan ikan patin, jadi saya berpeluang habiskan Pais Patin sensorang..yezz🤭 InshaaAllah ada rezeki nak datang lagi lah sini makan Pais Patin.🤗
Senang hati selepas makan, kami langsung ke Taman Gajah di Kuala Gandah.
Rasa terhibur tengok gelagat gajah yang lucu, pandai pamerkan kebolehan masing2; ada yang angkat kayu, meniti atas titi dan macam2 lagi. Nice sangat datang sini, InshaaAllah boleh rekemen kat anaknda suruh bawak cucu-cucu daku ke sini tengok gajah. Rasanya lebih hapenning kat sini dari tengok gajah di zoo..he he
Geli hati tengok gajah gajah pakat buat lintas hormat depan kami selepas selesai buat pertunjukan🤗
Dah penat berjalan jauh ronda² di taman gajah tu, sepertimana dalam iterneri, Hj Ramli kemudiannya membawa kami minum cendol di Restoran Cendol Lily. Aww...best sangat rasa bila satu bas orang belanja minum cendol..hahaha ..TQ TQ tuan yang belanja..Jazakallahu khoiron.
Okeh..trip dah hampir sampai ke penghujungnya. Sekejap je dah nak balik..huuu.. Otw balik kami singgah solat jamak takhir Zohor dan Asar di persinggahan rnr. Rasa seronok trip kali ini berjalan ke Temerloh, makanan memang terbaek! Pasti lepas ni, Ingat Temerloh ingat Pais Patin Tempoyak !
**nota:
Hari ini dah 22Rejab, masih beberapa hari lagi berbaki sebelum kita masuk bulan Syaaban. Jom sentiasa doa.. "Allahummabariklana fi rojabin wasyaabana wabalighna Romadhon..."
Sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment