Laptop Baru Untuk Menulis

 


Assalamualaikum.

Alhamdulillah…

Nak kongsi rasa gembira sebenarnya ni, sebabnya alhamdulillah dapat alat baru untuk sambung menulis. Sebenarnya dah lama tak menulis secara konsisten di blog saya dek ketiadaan tools…hihi.. nak kata betul2 takde tak jugak. Boleh je blogging pakai fon, tapi tu lah maksudnya takde proper tools yang boleh duk mengadap taip2.

Kisah yang jadi belinya begini…

Semasa dalam kereta ketika perjalanan balik dari Melaka beberapa hari lepas, saya suarakan rasa hati nak comeback blogging  pada en suami. Secara halusnya luahan itu nak cakapnya nak kena beli laptop la, senang cerita…hahaha

Saya explain la bahawasanya di usia yang makin berumur dari hari ke hari ini, saya nak terus menulis sampai2kan apa yang tercetus di minda, ada yang terlintas di fikiran, apa yang terbuku di hati dan yang paling utama nak sampaikan balik apa2 ilmu yang dengar dan catit dari tazkirah para ilmuwan. Itu yang saya rasakan semenjak dua menjak ni.

Makanya seperti biasa en suami selalu prihatin dengan “masalah” saya tu…HAHAHA… Apa yang bermain di fikiran saya barangkali triggered en suami untuk ada tindakan selanjutnya. Setelah diskas lebih kurang pasal ni, kami pun mencapai kata sepakat untuk keluar mencari laptop untuk merealisasikan hasrat saya itu. Sebenarnya dah ada pc kat rumah, tapi saya tak berapa rasa privasi untuk blogging sebab itu pc bersama. En suami selalu pakai pc tu untuk urusan kerja financial nya, dan anak2 pun semasa balik kadangkala guna. Jadi saya rasa tak boleh sangat nak simpan barang2 saya. Bila masuk blogger.com terus keluar akaun en suami, bila sedang menaip pun selalu pop-up keluar wasap chat en suami yang dah link dengan fon en suami. Gambar2 kami sekeluarga pun berbaris panjang dalam folder di harddisc. Jadi okay lah, rasa dah tiba masanya untuk saya ada laptop sendirian berhad..hi hi

Senang nak simpan barang2 saya…):

Bagitau anaknda yang sulung pasal ni, abang terus suggest suruh cari kat IMIKA, kedai komputer bumiputra yang katanya barang baik dan harga pun berpatutan. Jadi saya pun google cari cawangan yang terdekat dengan rumah. Malas la nak pergi sampai KL. Alhamdulillah, google dengan segera tunjuk IMIKA cawangan Rawang.

Okeh jom kita!!

Sudahnya dengan izin Allah, saya selamat beli laptop HP Zbook Firefly 14 dan en suami pilih HP Probook X360 11. ALHAMDULILLAH.

So happy blogging balik kami Inshaallah. Moga menjadi asbab kebaikan…aamiinnn

*nota: kiranya ini posting pertama tulis pakai laptop baru...Yayyy berjaya!

Sebelum ini blogging guna:
Pc dell 1(dah capai tarikh luput)
Netbook Asus (dah capai tarikh luput)(di SINI)
Pc dell 2 - guna sehingga kini(di SINI)
Handfon - guna sehingga kini


3 comments:

Anonymous said...

Tahniah degan peralatan yang baru semoga bersemangat menulis. Pembaca yang sentiasa support, dan menunggu tulisan yang santai dari blogger.

Anonymous said...

Alhamdulillah..blogging juga merupakan salah satu cara untuk menyampaikan ilmu...Antara perkara yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ialah agar berusaha menyebarkan ajaran Islam yang dibawanya. Sabda baginda SAW bermaksud: "Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)😘 Selamat berblogging!

Nila anggraini said...

Alhamdulillah.. Moga baanyaak lagi idea cerlang yaang terhasil dek dapat laptop Barlru ni kak.. In Sha Allah.. Aamiin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...