Transaksi di hari Kiamat


.. sedutan dari satu ceramah online...


Banyakkanlah berdoa. Bersungguh-sungguh mintak pada Allah, tadah tangan betul-betul, minta dengan suara yang penuh harap. Jangan berdoa sambil lewa, mulut berkata-kata tapi hati dan fikiran entah melayang ke mana-mana.

Tinggalkan perkara-perkara lara. Kalau selalu telinga dihidangkan dengan musik yang melalaikan, gantikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dan zikir-zikir. Lebihkan bersedekah, lebihkan ke masjid, lebihkan usaha untuk bangun malam bertahajjud... kurangkan tidur yang berlebihan. Jangan kita dapat bangun pukul 2.30 pagi untuk tengok bola tapi tak dapat nak bangun di waktu seumpamanya untuk bersolat tahajjud. Ini adalah cabaran bagi kita. Ringan terhadap perkara lara, hati berat untuk beramal.

Mesti ada usaha untuk 'lebihkan' dan 'kurangkan' dalam kita cuba memperbaiki amalan. Tambahi berbuat perkara-perkara sunat dan buang benda-benda lara. Perkara sunat ni, jika kita buat InsyaAllah dapat pahala tapi jika tak buat.. rugi kita. Ayuh, cari pahala sebanyak-banyaknya semasa masih ada peluang.

Transaksi kita di hari kiamat bukan duit, bukan emas. Yang nak dibayar nanti ialah pahala dan dosa. Itu tukar ganti di Padang Masyar. Tukar gantinya ialah pahala. Kita bawak pahala solat, pahala belajar, pahala puasa, zakat, sedekah.. banyak pahala kita tapi kita membawa juga dosa-dosa.. dosa maki orang, dosa marah orang, dosa mengumpat, dosa buat maksiat. Dosa-dosa ini lah yang akan ditanggung balik. Contoh: Bagi orang yang berdosa mengumpat seseorang, pahala yang ada padanya akan diberi pada orang yang diumpat. Sesiapa yang pernah kita tuduh, kita umpat maka orang itu akan datang tuntut, maka pahala kita akan habis berpindah pada orang-orang tersebut. Bila dah habis pahala, rupa-rupanya ada lagi orang yang tuntut akan dosa yang telah kita perbuat padanya. Sedangkan di saat itu kita telah dikira muflis, tiada lagi pahala yang tinggal untuk diberi pada orang tersebut.. yang tersisa hanyalah dosa. Maka di saat itu kita harus pula menerima mana-mana dosa yang ada pada orang tersebut. Sudahnya pahala hilang, dosa yang banyak harus dipikul... akhirnya rugi lah kita. Wallahu'alam.


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu? Lalu jawab sahabat: Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta. Lantas Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia 
kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka. (HR Muslim)



3 comments:

Anonymous said...

salam. begitulah manusia, kdg2 kite tak perasan tercakap hal org tu hal org nie. hal2 yg kecik pon tak sedar boleh jd umpatan... moga dijauh diri daripada hal2 begini..

Anonymous said...

Plan Bertindak:
1. Jangan Mengumpat kalau tak mau rugi.
2. Banyakkan sedekah kalau mau untung.

Cikli said...

takutnya menjadi muflis

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...