Tadah Kitab

"Tuan-tuan yang dirahmati Allah"

Para penceramah sering mengucapkan ucapan ini semasa sampaikan kuliah. Setiap kali mendengar, saya cepat2 mengucapkan 'aminn....aminnn..' secara perlahan. Suka rasanya jika ucapan ini kerap di-ulang sebut oleh para tok guru yang sedang memberi peringatan.

Alhamdulillah semalam (27 Rejab), telah berjaya mengikuti pengajian kitab secara marathon di masjid kami. Pengajian bermula selepas Subuh, berhenti rehat selama sejam lebih untuk rehat dan rawat(solat israk, sarapan, solat dhuha dan rehat) kemudian sambung lagi pengajian, r n r lagi (makan dan rehat) - time ni saya minum je sebab masih kenyang makan sarapan, sambung belajar, r n r lagi(makan tengahari, solat Zohor dan rehat), sambung belajar lalu akhirnya selamat khatam kitab bila pengajian tamat tepat jam 3.30 petang.... Alhamdulillah

Ada beberapa orang murid ustaz dari kawasan lain ikut hadir. Dari tak kenal jadi kenal.. ukhwah sesama saudara Islam terjalin.. alhamdulillah. Sepanjang pengajian, semua fokus menadah kitab yang dibeli sehari sebelum tu. Kitab terjemahan hasil tulisan Al Allamah Sheikh Daud ibn Abdullah Al Fatoni itu dirasakan begitu lengkap penceritaannya tentang Israk Mikraj. Tambah teruja hati bilamana ianya diperjelaskan lagi dengan sempurna oleh ustaz sepanjang pengajian bersanad itu. Alhamdulillah terdetik rasa terharu kerana merasakan ini kali pertama saya duduk paling lama belajar tentang Israk Mikraj. Sebelum ini hanya berpeluang hadir dengar tentang Israk Mikraj selama kurang lebih sejam atau dua jam dalam mana-mana kuliah atau forum.

Begitu besar rupanya kelebihan jika kita duduk mengaji dengan menadah kitab. Contoh untuk Israk Mijraj ini, jika sebelum ini hanya tahu sedikit sebanyak gambaran perjalanan Rasulullah saw yang dimikrajkan, InsyaAllah bila duduk tadah kitab akan memberi lebih kefahaman perihal hikmah dari rentetan peristiwa (Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa naik ke Sidratul Muntaha).
Subhanallah.



**********
Berazam untuk sentiasa menjaga solat. Termenung jauh bila mendengar tentang bagaimana usaha Rasulullah s.a.w yang berulang-alik naik dan turun dari Sidratul-Muntaha untuk meminta dikurangkan jumlah solat yang sebenarnya diwajibkan. Kita semua asalnya diperintahkan untuk solat 50 sembahyang pada tiap-tiap sehari semalam. Tapi dengan bantuan nasihat oleh Nabi Musa as, Rasulullah s.a.w telah kembali bertemu Allah Taala untuk minta dikurangkan bilangan tersebut. Rasulullah s.a.w telah berulang alik antara Nabi Musa as dan Tuhannya, pohon dikurangkan lima kemudian lima kemudian lima sehinggalah tinggal lima sembahyang pada sehari semalam.

Firman Allah: "Telah Kujadikan lima sembahyang itu pahala lima puluh sembahyang, gandanya tiap-tiap satu, sepuluh. Tiada menukar perkataan yang pada Aku dan tiada menghilangkan suratanKu lagi. Dan barangsiapa mencita-cita akan berbuat kebajikan, maka tiada dikerjakannya nescaya disuratkan baginya sesuatu kebajikan, maka jika ia mengerjakan dia nescaya disuratkan baginya sepuluh kebajikan. Dan barangsiapa cita dengan berbuat kejahatan, maka tiada dikerjakannya akan dia, maka tiada disuratkan baginya suatu kejahatan, dan jika dikerjakannya akan dia disuratkan suatu kejahatan jua."

Maka turunlah Rasulullah s.a.w hingga sampai kepada Nabi Musa as, maka mengkhabarkan dia dengan dikurangkan lima-lima tinggal lima. Maka berkata baginya, "Kembalilah olehmu, ya Muhammad! Kepada Tuhan kamu. Maka pohonkan ringan", maka sabdanya Nabi s.a.w, "Sungguhnya telah aku pergi datang kepada Tuhanku beberapa kali hingga malulah aku akan Tuhanku, dan tetapi kuserahkan perkerjaanku ini bagiNya."

~~~~~~~~~
Maka kata ustaz, sama-sama kita pertahankan iman kita dengan sekurang-kurangnya 5x dalam ibadah kita bersolat fardhu lima waktu. Jagalah solat. Sesungguhnya tempat paling hampir manusia dengan Allah ialah ketika sujud... Subhanallah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sedekat-dekat seseorang hamba itu dari Tuhannya ialah dalam keadaan ia bersujud, maka dari itu perbanyakkanlah berdoa - ketika bersujud itu."
(Riwayat Muslim)


2 comments:

Anonymous said...

Banyak ilmu dan hikmah pada peristiwa israk wal mikraj ini. Yang paling istimewa tentulah kefarduan ibadah solat yang di anugaerah secara direct oleh Allah SWT kpd Rasulullah SAW, yg menunjukkan keagongan dan kemuliaan ibdah yg menjadi tiang agama ini. Sama2lah kita usha mendirikan solat yg ada ruh.

nur said...

Amenn... TQ anon
Bersemangat wajja lepas pegi tadah kitab semalam... :) Terkenang zaman belajar secara marathon yang dah berlalu di kala usia muda belia. Semalam biarpun sedikit penat, malam tadi baru terasa lenguh2 sendi disebabkan sepanjang hari duduk bersimpuh di ruang solat masjid, namum ilmu yang dapat rasa amat manis dan berbaloi, alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...