Kata Imam Ghazali rm tentang Enam Perkara

Bismillahirrahmanirrahim.

Imam Ghazali menyebut tentang 6 perkara:
1) Yang paling dekat.
Yang paling dekat dengan kita bukan tuan guru, bukan ibu kita, bukan ayah kita, bukan kawan-kawan kita tapi sesuatu yang paling dekat dengan kita sebenarnya ialah mati.

Maka ingatlah kita akan mati... Ingat Mati

2) Yang paling jauh.
Yang paling jauh bukan lah matahari, planet marikh dan sebagainya namun yang paling jauh sebenarnya ialah benda yang telah berlaku. Perkara yang dah berlalu tak boleh nak return balik.

3) Yang paling besar
Yang paling besar bukanlah bumi, bukan lah langit namun kata Imam Ghazali rm, yang paling besar itu ialah nafsu.

Maka mesti kawal nafsu.

4) Yang paling berat
Yang paling berat, mungkin kita akan fikir besi lah paling berat atau batu lah yang berat. Namun kata Imam Ghazali rm, yang paling berat itu ialah menanggung amal. Maksudnya nak pegang keberlansungan amalan soleh itu yang berat.

5) Yang paling ringan
Terbayang benda yang paling ringan tentulah kapas atau debu namun jawapan Imam Ghazali rm; benda yang paling ringan itu ialah orang yang mengambil mudah bab solat. Maksudnya memandang ringan soal solat contoh pikir: "tak apalah nanti lapang2 besok, nak solat lah.. "

6) Yang paling tajam
Kalau difikir2, yang paling tajam tu tentulah jarum tak pun pisau namun kata Imam Ghazali rm; benda yang paling tajam itu ialah lidah. Sesungguhnya tajamnya lidah/kata-kata/percakapan itu boleh memutuskan silaturrahim.
Maka beringat2 lah kita semua dalam berkata2.

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...