Cara Buat Jeruk Kedondong

Assalamualaikum warohmatullah.

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan buat seluruh muslimin muslimat. Moga puasa kita diterima Allah. Berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dahaga malah puasa seluruh anggota badan; kaki, tangan, mulut mesti ikut berpuasa yakni tidak berkata yang tidak baik. Contoh: perlu menjaga mulut dan lidah agar tidak mengata orang, mengumpat dan memfitnah. Elakkan diri dari bertengkar dengan orang. 

Kata ustad dalam tazkirah Ramadhan, cuba lakukan ibadah sekuat mungkin dalam bulan Ramadhan ini. Manifesto yang Allah tawarkan di bulan Ramadhan tidak ada di bulan2 lain. Di bulan ini ibadah fardhu dan ibadah sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda tidak seperti di bulan2 lain.. Niat melakukan ibadah kerana Allah Taala, maka inshaaAllah berjaya lah kita merebut apa yang Allah tawarkan..aamiinn.

Nak selitkan cara membuat jeruk kedondong yang tersangat sedap untuk dimakan selepas berbuka puasa.  Jeruk kedondong ini sering saya ulang buat sebab ada pokok kedondong kat laman. Jadi bila dah buah kedondong cukup masa untuk dipetik, hah dah boleh dibuat jeruk.

Alhamdulillah cara membuat jeruk ini asalnya dari arwah ibu. Ilmu bermanafaat ibuku yang pahalanya akan sentiasa mengalir inshaaAllah...aamiinn


CARA BUAT JERUK KEDONDONG

Bahan:
  • Buah kedondong 30 biji
  • Segenggam garam buku/kasar
  • Secawan - secawan setengah gula
  • Hirisan cili merah

Cara nak buatnya:
Kedondong dikupas kulit, basuh untuk hilangkan getahnya lalu diricih kecil. Rendam dalam air, tabur garam buku. Gaulkan, biarkan selama 2 jam(lagi lama lagi bagus). Selepas 2 jam, buangkan air garam lalu toskan kedondong hingga kering airnya. Elok ditoskan biar betul betul kering. Biasa saya toskan selama 2 jam. Okeh sesudah itu bolehlah dimasukkan kedondong dalam satu bekas bersih, ditaburkan gula rata2. Jangan ditambah masuk air sebab nanti kedondong akan keluar airnya sendiri. Biarkan sehingga hampir hilang butiran gula, baru ditaburkan hirisan cili merah. Alhamdulillah terlajak sedap kedondong ni, sila lah buat ya. Nak tukar buat jadi jeruk mangga pon  boleh guna cara menjeruk ni.๐Ÿ˜€๐Ÿ‘

#NOTA:
Air lebihan jeruk kedondong jangan dibuang, campurkan dengan ketul2 ais, boleh dijadikan minuman jus jeruk istimewa๐Ÿ‘๐Ÿ‘


1 comment:

Unknown said...

Baru nak cuba.... Terima kasih yea’

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...