Daging Dendeng Resepi Khairul Aming


Sebut saja nama Khairul Aming, teringat pembuka kata influencer tersohor ni..."Hi whats up guys..."😁🤗

He he...


Okay nak cerita la sikit pasal daging dendeng... 

Tersebut lah kisah di suatu petang tu.. 

Saya rasa teringin sangat nak order daging dendeng anak muda kelate ni. So mula la tekan² tiktok KA.  Okay alhamdulillah dah setel pilih 2 botol sambal nyet dan 2 pek daging dendeng. Tapi bila tiba time nak proceed payment, aduh rasa tak sampai hati nak tekan🤭😂

Actually, harga nya dah betul la tu,  kira biasa la harga pasaran la kan.. Tapi tu lah.. rasa kedekut pulak kali ni nak bayar...hahahaha..

So kali ni kita tangguh dulu beli... inshaaAllah lain kali beli🛒🛒


Bila dah tak jadi beli tu, kaki terus laju melangkah ke dapur. Keluarkan daging yang tinggal sikit tu( ada la dalam 500g), defrost jap. Capai fon, cari resepi daging dendeng khairul aming. Alhamdulillah ikut resepi KA sebijik² melalui tiktok beliau.  Cumanya derhaka sikit resepi, tak ikut letak ajinomoto dan cili padi merah😄


Alhamdulillah memang sedap sangat rasa daging dendeng resepi dan cara masak Khairul Aming ni. Memang terbaek! Superb! Tqsm KA, makcik guna resepi ya KA..

Jazakallahu Khoiron...moga Allah beri balasan yang baik buatmu..aamiinn🌹



Daging Dendeng Resepi Khairul Aming

Bahan² yang perlu ada

1kg daging (direbus 45 minit)

4 batang serai

Halia sebesar ibu jari

4 biji bawang merah

6 ulas bawang putih

Segengam cili kering yang direbus

3helai daun limau purut

1 cawan kicap manis

Gula

Garam

Ajinomoto(saya tak letak)

6 cili padi merah(saya tak letak)

Sedikit air asam jawa


Cara membuatnya:

Selepas daging yang direbus empuk, keluarkan dari periuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan nanti. Hiris daging nipis² kemudian tumbuk² manja daging bukan sampai lumat ya. Hanya sampai pecah² gitu je daging. 


Renjis²kan kicap pada daging, gaulkan kemudian digoreng sekejap saja, bukan sampai garing. Angkat dan ketepikan.

Serai, halia, bawang merah, bawang putih dan cili kering dimesin dalam blender atau  ditumbuk. Saya tumbuk dalam lesung je sebab bahan pun tak banyak mana, hanya untuk daging ½ kilo je.


Tumis bahan yang ditumbuk.


Bila tumisan dah masak cantik, masukkan daging yang dah digoreng tadi. Masukkan air rebusan serta air asam jawa. Kemudian susuli dengan kicap selebihnya. Masak dengan api yang kecil supaya hasil masakannya cantik inshaaAllah. Masukkan daun limau purut dan cili padi (jika suka) serta perisakan dengan garam dan sedikit gula serta ajinomoto(jika suka).  Alhamdulillah DONE. 🧄🧅🌶🥩🫚




7 comments:

Anonymous said...

terbaek lah! sedap betul nampak

Anonymous said...

Resepi ni sedap & kena dgn tekak.

strawim :) said...

bestnyaa petik jee bahan2 tepi rumah~~

Anonymous said...

Kena buat Ni kak tie, tqvm kak tie for sharing😍😍😍

Anonymous said...

In shaa Allah Nak buat Nanti kak tie, tqvm

Anonymous said...

Alamak alamak alamakkkkkk. Sedap sangat..... . Rasa nak masak untuk berbuka puasa: tapi tulah baca blog 646pm. Next time insyaallah. Terbaik Tie, resepi step by step, jelas sangat.. terimakasih

Anonymous said...

👍❤

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...