Taat Perintah Allah

Alhamdulillah dapat duduk dalam majlis ilmu.  Mudah-mudahan dengan berkumpulnya kita dalam majlis ilmu dapat menarik rahmat di sisi Allah. Moga ia menjadi harta yang berguna untuk kita bawa bertemu Allah di padang Masyar kelak.

Ada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra,  yang bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah R.A dia berkata; Nabi S.A.W pernah ditanya; “Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?” Baginda menjawab: “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Baginda ditanya lagi; “Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?” Baginda menjawab: “Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah No: 4236) Hadis Hasan

Kata ustad...

Benda dunia ni lebih baik tahu daripada tak tahu. Bukan kata akhirat saja kena tahu, yang dunia pun kena tahu. Ilmu itu cahaya, maksudnya cahaya itu terang. Sesuatu ilmu itu dari kita tak tahu, baik tahu lah. Orang yang ada ilmu itu dia ada lampu. Ibaratnya bila dia ada lampu, dapat suluh dia berjalan. Bila tak ada lampu, jadi susah dia nak berjalan. Boleh tumpang lampu orang, tapi sebaiknya ada lampu sendiri lah.

Hari akhirat itu hari Masyhar. Pada hari itu manusia bangun dari kubur. Hari kiamat itu hari manusia bangun pada hari masyhar. Siapa yang mula2 bangun? Pemimpin kita yang paling disayangi iaitu Rasulullah SAW. Kita sedang berada di dunia, alam yang ke tiga. Alam barzah alam yang ke empat. Yang sedang duduk di alam barzah, menunggu kiamat. 

Mati itu kiamat kecil. Yang mana mati, dah bermula kiamat. yang belum mati macam kita ni, masih duk bergalok {bergelak ketawa, bersukaria} lagi. Duduk dalam dunia, banyak kita boleh spin, boleh berbohong, corner sini sana. Nanti bila di akhirat; satu kumpulan ke Syurga satu kumpulan ke Neraka.

Di dunia, bila ada roadblock, kita boleh lari ikut jalan lain. Namun pabila di akhirat, tak boleh lari, mahu tak mahu kena lintas titian sirat.

Sesuatu perkara itu, ada ilmuwannya. Hal akhirat kena tanya ulamak. Berbeza dengan hal paip bocor, kena tanya tukang paip. Kalau tanya ustad pasal paip, ustad tak pandai baiki paip. Maksudnya di sini, kena tanya yang ahli tentangnya atau orang yang dalam bidang dia sesuatu perkara itu. Makanya untuk lebih berilmu tentang hal akhirat,  kita kena berdamping dengan para ulamak untuk dapatkan ilmu.


Berbalik pada hadis tentang dua perkara yang boleh menjadi sebab kita masuk ke dalam Syurga; perihal taqwa, taqwa ini ada dua iaitu junjung perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Yang Khatib sebut di atas mimbar itu bukan taqwa, itu pesan suruh taqwa. Taqwa ada di mana??Manusia ini ada 3 benda iaitu anggota, perkataan dan hati. Jadi yang mana taqwa? Hati lah yang menjaga seluruh anggota badan manusia supaya  taat perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Taqwa di sini tempatnya{Nabi SAW tunjukkan dada} Maksudnya taqwa datang dari hati.

Apa yang Allah suruh buat, dia buat. Apa yang Allah larang dia tak buat. Maka itulah Taqwa. Contoh: Allah wajibkan kita solat Maghrib. Kita pun solat. Maka itulah taqwa. Bila bertaqwa, InshaaAllah masuk Syurga. Allah suruh kita tutup aurat, kitapun tutup aurat. Itulah taqwa. Bila ada taqwa, masuk Syurga InshaaAllah.

Taqwa itu, SOP nya macamana??

Jawabnya: Taat perintah Allah.


Akan dibangunkan pada hari kiamat atas bagaimana dia mati dahulu. Mati dalam keadaan bertaqwa, maka bangun nanti dalam kaadaan bertaqwa. Jadi pilih lah nak bangun macamana. Kalau nak bangun sebagaimana fisabilillah, maka mati syahid. Kalau nak bangun sebagai  seorang penipu, hah tipu orang. Pilih kita nak yang macamana. Penipu sekarang bahasa kelas sikit, orang panggil scammer.

Sesiapa yang tipu orang, lepas itu dia rasa malu.. itu iman. Masih ada iman dalam hati.  Lepas buat salah, timbul takut pada Allah..itu iman. Kalau takde iman, tak ada rasa apa2. Perhiasan bagi iman, ada rasa malu. Contoh: Ohh.. orang pakat pergi masjid belaka,  aku seorang saja tak pergi. Dalam hati timbul rasa malu. Orang yang berjual beli dengan jujur, dia ikut perintah Allah. Namun jika tak ada taqwa dalam diri, sanggup tipu orang. Bila tak ada taqwa, dia tak dapat tiket untuk masuk Syurga.

Siapa buat perintah Allah, tinggal yang Allah larang...itu TAQWA.Taqwa dengan amalan. Kita buat segala perintah Allah, tinggalkan yang Allah larang. Wallahu'alam.


...bersambung 

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillalh satu posting yg baik, dapat pencerahan perihal taqwa dan perjalanan hidup yg panjang. Usah sia2kan usia yg berbaki ini. Jadilah org yg bertaqwa krana hanya org yg bertaqwa akn dpt redho Allah utk masuk ke Syurga Nya.

Anonymous said...

Terima kasih Tie,atas pencerahan ilmu

Blog Archive