Alhamdulillah..ini antara ustad jemputan yang saya tertunggu² akan kedatangan beliau ke masjid kami setiap bulan. Tiapkali ikut mengaminkan doa panjang ustad, sentiasa mengundang rasa sebak di hati...🥹🥹
.................
Beribadah sebanyak yang boleh:
~ agar kita dekat dengan Allah
~agar banyak amalan baik ditimbang di akhirat nanti.
Beruntunglah orang yang meninggal di malam jumaat/di hari jumaat, inshaaAlla terlepas dari siksa kubur.
Sentiasa kita baca surah al-Mulk. Baca setiap malam selepas solat isyak /sebelum tidur. InshaaAllah jauh dari azab kubur.
Jangan sakitkan hati orang; samada melalui kata-kata (mengumpat, memfitnah, menghina) atau perbuatan. Dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah SWT selagi orang yang disakiti itu tidak memaafkannya.
Seseorang itu digelar fasik apabila dia berterusan melakukan dosa besar atau mengekalkan dosa-dosa kecil tanpa ada rasa ingin bertaubat. Orang yang fasik tahu perkara itu salah dan berdosa, tetapi tetap memilih untuk melanggar perintah Allah SWT secara sedar.
Kekuatan datang masjid untuk solat berjemaah, datang duduk dengar kuliah.. bukan semua orang, Allah bagi. Jadi banyakkan bersyukur dapat nikmat itu.
Fahaman orang beriman, dunia bagi mereka ladang ujian, ada siksaan dan nikmat di dalam kubur. Kemudian bangkit di padang masyhyar, ditimbang dosa pahala, lalu masuk samada ke syurga atau neraka.
Ada 3 golongan manusia yang terkena laknat Allah:
▪︎Anak memusuhi mak ayah
▪︎Orang yang memutuskan hubungan isteri isteri
▪︎Menyebabkan orang lain membenci cth komen² dalam media sosial. Jangan mengkafir² kan orang. Kita akan dipertanggung jawabkan terhadap apa yang kita tulis/ucapkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Kata ustad.. Yakin lah hidup ini tempat menanam. Jadi lebihkanlah akhirat. Jangan lebihkan dunia. Umur 60 - 70 ini, umur untuk kita memanafaatkannya lebih untuk akhirat.
Teringat seorang sahabat saya sampaikan pesan ustad dari kuliah yang dihadirinya, "katalah usia kita hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi. Jika kita tahu masa kita dah tak banyak tentunya kita tak mahu habiskan masa dengan banyak tidur. Jangan habiskan masa setahun untuk tidur dari jumlah 3 tahun itu.. makanya, mari kita azam, cuba kurangkan masa tidur."
..Allahu🥹
Berbalik pada kuliah ustad...
Allah memasukkan orang mukmin ke dalam Syurga. Kita masuk Syurga atas rahmat Allah.
Seluruh amalan baik mereka diberi pahala.
Firman Allah dalam Surah
Az-Zalzalah:7 - Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Nyawa akan melayang. Nak tak nak, Allah akan ambil nyawa. Jika di kubur senang, episod seterusnya inshaaAllah akan senang.
Dekatkan diri pada Allah. Lebihkan lah kepada akhirat.
Perbanyakkan amal soleh dan jauhi segala larangan-Nya agar dapat menikmati nikmat di alam barzakh sebelum menuju ke Syurga. Aamiin..

No comments:
Post a Comment