Alhamdulillah...sambungan dari SINI
13/7/25
Hari kedua di Aceh.
Pukul 8pagi selepas selesai sarapan, bas menghantar kami ke Jeti Ulee Lheue. Dari sana, kami menaiki feri ekspres ke Balohan iaitu pelabuhan di Pulau Weh. Nama formalnya pulau itu kata En fauzan ialah Pulau Weh, nama santai dia Pulau Sabang😁 Kami semua macam excited nak naik feri hari tu.. hi hi.. Rasanya takde la lama sangat dalam feri, tau² dah sampai... mengambil masa kira² 45minit pelayaran dari Banda Aceh ke Pulau Sabang.
Sesampai di Pulau Sabang, sudah ada 3 buah van eksklusif sedang menanti kami. Boleh muat 10 orang untuk setiap van.
Driver van kami namanya Kris. Duduk bersebelahan Kris ialah En Anas ajk. Kami yang duduk di belakang tak terlepas lah dengar Kris bercerita serba sedikit menjawab pertanyaan En Anas, antaranya ada lebihkurang 40,000 population di Pulau Sabang. Ramai penduduknya terdiri dari pegawai kerajaan.. ouh gitew🤔
Singgah sebentar ke sebuah masjid. Ada rakan group yang mengambil peluang solat tahyatul masjid dan solat dhuha sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang unik namanya iaitu ke Tugu Kilometer 0. Ia dikatakan titik paling barat di Indonesia dan merupakan tempat yang popular untuk dikunjungi.
Terdapat deretan kedai di kiri kanan sepanjang lorong Kilometer 0; ada warung kopi, kedai menjual baju² dan tshirt, serta pelbagai barangan cenderahati.
Hah! Saya dan en suami sempat pekena air kelapa muda sebiji seorang di sana..hahaha...haus iols dek berjalan dan bergambar nonstop😂😂 Masa nak bayar rupa² nya ada yang dah tolong bayarkan..tq tq Ella dan Hj Zaini..jazakallahu khoiron.
Dari Kilometer O, van meneruskan perjalanan membawa kami ke Desa Wisata Pantai lboih untuk aktiviti menaiki bot kaca mengelilingi Pulau Rubiah.
Terngiang² apa yang En Fauzan brief dalam bas sebelum drop kami di jeti Ulee Lheue,"Di sana nanti(Pulau Sabang), pemandangannya cantik, begitu juga view di dalam laut pun cantik. Airnya jernih. Boleh snorkeling, tengok ikan, tengok terumbu karang... kalau tak mau snorkeling dalam laut pun tidak apa, bisa aja snorkeling hanya dari atas, caranya dengan menaiki bot kaca..."hi hi😬 Sambung En Fauzan lagi,
"Makan di sana, popular dengan Sate Garita (Sate Sotong). Okay tuan tuan, pergi selamat, pulang selamat ya inshaaAllah." TQ En Fauzan🫡
Makanya kami semua sepakat nak ikut naik bot kaca. Tak boleh ramai sangat, hanya 10 orang untuk satu bot. Cuaca alhamdulillah ok, laut pun tenang² saja ombak tidak bergelora. Jadi dengan langkah Bismillah kami dengan berhati² melangkah naik bot, duduk berhadapan di kiri kanan bot. Ada tong kayu yang bahagian lantainya kaca terletak di tengah² bot. Jadi bila semua jengok ke bawah nampak dengan jelas dasar laut..Wahhh!! miracle😮
Bot berhenti di kawasan yang nampak banyak ikan² kecil sedang berenang² dan kami juga dapat tengok terumbu karang yang begitu cantik... Subhanallah.
Selepas selesai aktiviti snorkeling tu😬🤭, saya dah teringat nak makan. Ya lah, jam pun dah pukul berapa..nak makannn...😂😂 Maka En Zul yang mengambil tugas menjadi tour guide kami di Pulau Sabang dengan segera membawa kami makan di satu kedai di pekan Pulau Sabang. Okay la, boleh tahan sedap makanannya.. alhamdulillah.
Selepas itu balik check-in di Mata Ie Resort. Sangat cantik pemandangan resort dengan tanaman lanskapnya dilatari pokok Bourgournvilla berwarna warni. Lepas dapat kunci, terus masuk bilik berehat dan recaj tenaga, dijadualkan pukul 5ptg kembali berkumpul untuk keluar lawatan lagi.
Jam 5.30ptg, kami ke kawasan pantai terumbu karang untuk mengambil snapshot.
Kemudian lari pula ke hotel resort yang tak jauh dari situ juga singgah sebentar mengambil snap shot suasana resort yang sangat cantik dan mendamaikan.
Selepas tu, ramai² bergegas naik van untuk ke kawasan tepian pantai orang awam, duduk² rehat² sambil menunggu tengok sunset.
Lama juga kami di sana sambil borak² dan makan² kacang, sedar² hari pun dah gelap, En Zul lantas membawa kami singgah di Masjid BabulRahman Daerah Paya, Pulau Sabang untuk solat Maghrib serta jamak.
Usai solat,, En Zul membawa kami makan malam di PutroiJoe, Taman Wisata. Berselera makan nasi dengan lauk ikan bakar dan lauk² lain yang tak kurang menariknya, sedap alhamdulillah. Di sini, ada juga jualan baju²batik, kerepek² dan barangan cenderahati lainnya.
Kemudian, sempat lagi malam tu kami singgah shopping sedikit sebanyak di dua kedai menjual barangan cenderahati di pekan Pulau Sabang. Kat sini saya beli kopi Arabica Aceh dan sehelai baju Kaftan.
14/7/25
Hari ketiga di Aceh.
Pagi² En zul bersama 3 van dah siap menunggu di kawasan parkir hotel Mata Ie Resort untuk menghantar kami ke Pelabuhan Balohan, naik feri balik ke Banda Aceh. Tq buat En Zul, Kris dan 2 lagi driver van yang menguruskan ahli rombongan kami di Pulau Sabang. Jazakallah.
En Zul orangnya peramah dan sentiasa cergas mengambil gambar² kami secara berkumpulan di mana² tempat yang dilawati.
Kami meninggalkan Pulau Weh @ Pulau Sabang dengan membawa kenangan manis di ingatan.
Di jeti Ulee Lheue, En Fauzan dah siap menunggu untuk kami harus sambung tour, tanpa kompromi..hahahaha
Fuhhhh🤧 Nampaknya kena simpan dulu rasa penat ke, rasa tak larat ke...yang penting kita jalan-jalan dulu😅😆
.......bersambung
**nota fzi:
Saya teringat nak makan Kueh Bingka yang kami makan atas bas setibanya di airport hari tu. En fauzan kata boleh order untuk bawa balik Malaysia, tapi saya tak order sebab bingka ni selalu buat kat rumah. Jadi 2 hari lepas dek terkenang kuih bingka Aceh, buat je lah..hi hi
Resepi saya tulis di SINI♡
🤗🤗
1 comment:
Naratif travelog yg agak detail. TQ fzi posting yg menarik. Kembalikan memori indah d bumi acheh.
Post a Comment