Sabar Dalam Taat

 


Sedutan pengisian kuliah maghrib...


Imam al-Haddad menyebutkan, "Ketahuilah, sesungguhnya permulaan jalan menuju Allah adalah sabar dan akhirnya adalah syukur".

Permulaan jalan menuju kepada Allah, jalan nak taubat, jalan nak istiqamah tidak boleh tidak, kena ada kesabaran.

Cth: Di dalam menuntut ilmu, nak bangun malam, baca quran,berzikir dan melakukan ketaatan lainnya.


Namun dalam berbuat taat mungkin masih boleh bersabar, tapi manusia mungkin tak sabar dalam meninggalkan maksiat. Cth:

susah nak tinggal mengumpat, susah nak tinggal mengata orang dsb.


Dan juga sabar dalam menerima ketentuan takdir.

Ada orang nak buat ibadah namun dia sakit, dia tak mampu namun digagahi juga. Orang yang dalam susah payah tapi tetap buat ibadat, sangat luar biasa. Ada sahabat Nabi SAW iaitu Tsauban bin Bajdad (Thauban RA), yang sangat istiqamah solat berjemaah meskipun rumahnya  terletak jauh 3 - 4km daripada Masjid Nabawi, dianggarkan mengambil masa berjalan kaki selama 3 jam untuk ke masjid tapi dapat datang sebelum azan dilaungkam, balik pula dia yang paling lambat keluar dari masjid. Allahu Akbar.

 

Oleh itu dalam buat apa jua amalan, mestilah di-awali dengan sifat sabar

Cth: dalam nak berguru ada guru yang begitu begini, terkadang susah untuk serasi dengan guru yang mengajar. Jadi kena sabar. 

Dan akhir sekali mesti diikuti dgn sifat syukur.


Dalam menuntut ilmu, Iman shafie rm dalam syairnya pernah berkata.." Siapa yang tak terima kepahitan dalam menuntut ilmu, dia menelan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya.


Orang yang dapat hasil dari belajar, alhamdulillah♡

Orang yang berhasil dapat ilmu dari menuntut ilmu..., alhamdulillah♡


Kita kena kenal nafsu kita. Sabar, kita kena ada untuk dapat nikmat di akhirat.


Yang tidak kenal pada nafsu dia, dia akan memberontak. Cth rasa marah bila panjang sangat majlis ilmu, rasa marah bila imam baca surah panjang dalam solat. Seorang hamba kena pasrah dan redho sahaja. Sebab kita hamba kepada Tuhan bukan kepada tuan.


Tidak ada nafsu yang menyuruh kepada kebaikan. Cth: nafsu suruh buat ibadah namun dalam masa yang sama tinggalkan menuntut ilmu. Kita tertipu dengan nafsu bilamana cth: kita bersungguh solat sunat di ruang solat masjid walhal saat itu sedang berlangsung kuliah Maghrib/majlis ilmu. 


Antara jenis nafsu:

#Nafsu Lauwamah~ Menyesal bila buat dosa dan rasa tak tenang bila buat maksiat. 

Sentiasa merasa menyesal bila tinggalkan kebaikan.


#Nafsu Ammaroh ~ yang tak merasa apa² bila buat maksiat. Tak rasa bersalah. 

Bila tengok orang tak tutup aurat atau bila tengok maksiat di depan mata, jika kita tak rasa apa²..maka kena check diri kita.

Biar ada rasa benci tengok maksiat.


# Nafsu Mutmainnah ~ Orang yang mencapainya mempunyai keimanan yang teguh, sentiasa berbaik sangka dengan Allah, dan redha terhadap ujian serta ketentuan-Nya.

Orang yang dapat maqam nafsu mutmainnah, akan merasai nikmat dalam beribadah. 

Bila dia berzikir, dia rasa seronok dan rasa tenang.


Orang yang nak dapat nafsu mutmainnah(jiwa tenang), dia kena:

~bersabar dalam buat taat

~bersabar tinggal maksiat

~bersabar dalam hadapi ketentuan takdir.


Sabar diperlukan untuk kita istiqamah dalam melakukan ketaatan, menahan diri dari maksiat, dan bersabar atas ujian/musibah.


Untuk dapat nafsu Mutmainnah (jiwa tenang), kena bermujahadah:

~Putuskan ikatan yg terkait dgn nafsu;

1)jangan banyak makan - banyakkan berlapar walaupon ianya halal

2)kurangkan tidur. Tidur pada waktu yg perlu. 

3) jangan banyak bercakap

Kadang tu lebih pada bergosip je pun bila bercakap. Sebaliknya cuba selitkan dakwah. Bila banyak cakap akan terkait banyak salah, bila banyak salah maka banyak dosa, bila banyak dosa membawa kepada neraka.

4) jangan banyak bergurau


~putuskan ikatan dengan yang buat kita terikat dengan dunia cth: terlalu sibuk dengan harta, dengan pekerjaan, dengan keluarga dll sehingga lalai serta lupa melakukan amal soleh cth: tak rajin berzikir, malas ngaji quran, malas buat solat sunat dsb.


~ mencari yang halal.

Mencari rezeki dan memenuhi keperluan melalui jalan halal adalah ketaatan kepada Allah dan membentuk hati yang bersih. Pastikan sumber pendapatan adalah halal. 


Kenal Allah, jangan rasa diri hebat.

Moga Allah pilih kita, untuk sentiasa kenal Allah.


No comments:

Blog Archive