Rambut Beruban


Masa tengah siapkan sarapan untuk suami yang akan ke ofis, telinga fokus mendengar bicara Ustaz Hj Zahazan yang ke udara di Radio Ikim bermula jam 6.30 pagi tadi. Kuliah Tafsir ustaz dah berjalan selama beberapa tahun. Tak dapat dibayangkan dah berapa banyak ilmu bermanafaat yang telah dicurahkan oleh ustaz buat kita-kita semua...alhamdulillah.

Tertarik hati untuk highlightkan satu point ustaz dalam kuliah pagi tadi... berkenaan dengan Rambut Beruban. Kata ustaz, sekarang ini ramai yang tak senang duduk bila uban dah ada di kepala. Ramai yang ikhtiar pergi kaler rambut tu balik dengan kaler hitam. Perlu diingat bahawa ada hadis Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa haruslah dielakkan dari mewarnakan rambut dengan warna hitam. Boleh kalau nak kaler, tapi biarlah dengan kaler lain umpamanya kuning ataupun kemerah-merahan. Mengaler pulak kena pakai bahan yang halal contoh yang jelas ialah dengan pakai inai. Inai pun kena perhati jugak, sekarang ada macam2 jenis inai. Jangan sampai kita tersilap pilih inai yang tak halal, tak telus air wudhuk dsb. Nak senang citer elok la tumbuk pakai inai yang kat pokok je.

Ada peringatan dari ustaz yang membuat saya berhenti seketika ketika sedang menyapu mentega di roti. Kata ustaz, seeloknya kita biarkanlah saja uban di kepala, sekurang-kurangnya dapat membuat kita sedar bahawa usia dah makin lanjut. Bila rambut dah beruban, maka akan dapat mengingatkan diri kita tentang kematian dan hari akhirat. Sepatutnya kita bersyukur sangat2 kerana Allah pilih kita untuk dapat mengingatkan orang lain sama bila mereka terpandangkan uban di kepala kita. Subhanallah...

Sama2 kita renungkan betapa dunia ini sebenarnya amat singkat sekali tempoh masanya. Satu hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Jika 100 tahun di dunia, ada ilmuan yang congak2 tempoh masa di akhiratnya hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja. Jadi misal kata usia kita Allah takdirkan dapat bertahan sehingga ke usia Rasulullah SAW yang meninggal pada umur 63 tahun, maka sebenarnya tempoh masa kita hidup di dunia ini hanyalah sekitar 90 minit sahaja di akhirat. Hidup lama yang kita kecapi di dunia sebenarnya amat singkat sekali. Bila dah meninggal dunia kita akan dibangkitkan kembali dan akan berdepan dengan kehidupan akhirat yang infiniti...

Oleh itu mari kita luangkan masa bermuhasabah diri, lihat di mana keberadaan kita sekarang ini. Adakah kita sedang mengikut syariat Allah atau sebaliknya. Amalan kita hari ini menentukan kedudukan kita di akhirat nanti. Jika Allah takdirkan penghujung kita baik, maka bersyukurlah dengan rahmat Allah itu. Jika Allah takdirkan penghujung kita tidak baik, maka jangan kita salahkan Allah dan ikut sabitkan orang2 lain di sekeliling kita tapi waktu itu kena terima hakikat pembalasan yang diterima adalah berpunca dari diri kita sendiri. Allah dah bagi macam2 nikmat buat kita, tapi kita tak gunakan dengan sebaik-baiknya nikmat yang Allah beri. Kita tak rasa satu urgency untuk:
  • solat di awal waktu
  • amalkan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan dalam solat fardhu
  • mengaji quran
  • berpuasa sunat
  • bersedekah
  • berbuat baik sesama insan
  • berhenti berbuat yang tak baik sesama insan dan sebagainya.
Wallahu'alam.

4 comments:

Puan Sue said...

Rambut beruban ni mmg tak boleh nak elakkan dah..cuma Sue pernah dgr ceramah online Ustaz Azhar , katanya utk wanita diharuskan kaler uban,,sbb nak bg suami suka pandang si isteri..

Ye la kan..kdg2 org lelaki lambat beruban,tp isterinya pulak dah beruban..

Apa pun terpulang pd niat masing2..asalkan dikaler uban utk suami saje dan bkn warna hitam, serta bahan2 yg dibolehkan..

nur said...

Sue,
Betul kata sue.. bagi kita kaum ibu ni eloklah ikhtiar untuk sentiasa nampak cantik di mata suami biar pun nanti usia dah tak brape muda lagi.
Yang penting nawaitu nak kena jaga kan... niat hanya kerana Allah untuk kebahagiaan r/tangga.

Tkasih sue atas sokongan untuk blog akak yang masih baru lagi ni..

Temuk said...

As-Salam NUR
Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk. Menarik juga kisah uban dari Nur tu. Pak Temuk suka uban semulajadi. Ada orang uban pun tak ada, tinggal dataran kosong saja, kan? Tapi Pak Temuk fikir, bila sampai ke peringkat itu pun tak mengapa. Natural beauty! Gembira selalu di samping famili!

nur said...

Waalaikumussalam Pak Temuk.
Timakasih kunjungan balas ke sini..
Takpe kalu dataran kosong lagi bagus Pak Temuk.. jimat duit hair-cut tiap bulan.. :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...