Kisah Hanzalah
Tiapkali dengar lagu Hanzalah yang dialunkan oleh kumpulan nasyid Rabbani berkumandang, sering membuat saya luangkan masa beberapa ketika menghayati bait2 senikata lagu nasyid tersebut.
Terus terkenang cerita Hanzalah yang pernah dibaca dari beberapa sumber. Mari kita ulang baca dan dengar sorotan kisahnya sebagai motivasi buat kita dalam merenungkan semangat dan perjuangan para sahabat di zaman Rasulullah SAW. Betapa sesungguhnya semangat juang mereka terserlah begitu hebat dalam usaha menentang musuh Islam...
************
Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie ra. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah SAW untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.
Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahawa tentera Islam telah mendapat tantangan yang hebat dan saat itu berada dalam keadaan terlalu genting.
Tanpa membuang masa Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.
Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga ramai dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.
Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat. Seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat di antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”
Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.
Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai seorang syuhada menjadikan dia sebagai penghuni syurga tanpa hisab.
..Subhanallah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
7 comments:
Assalamualaikum kak :)...mendarat nie,sye suka cerita Hazrat Hanzalah nie,demi seruan agama dan panggilan syahid tak sempat nak mandi junub,dimandikan oleh para malaikat,kadang2 cerita dalam kain ini,bukan satu perkara yang memalukan,tapi satu ibrah yang perlu kita fikir secara critical thinking...banyak pengajaran kisah2 sahabah ini...nie kan kak :),jazakillah dan salam sayang dari ina untuk akak.
terima kasih berkongsi teladan
Kisah Hanzalah yg tawadduk dlm hal Agama menuju destinasi Akhirat.
Hanya ada 10 ribu kubur para sahabat di tanah arab dari 140 ribu jumlah sahabat, kerana mereka berterabur menyebar Agama Allah di muka bumi ini. Mereka adalah kelompok terbaik Umat manusia. Hasilnya kini 1/3 penduduk dunia beragama Islam.
Wsalam ina..
Akak pun suka baca kisah para Sahabat ra.. menyuntik kesedaran dalam diri tentang besarnya pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Islam di zaman Rasulullah SAW.
Cikli...
Sama-sama kita merenung serta memperhati semangat jihad para sahabat.. Jihad menjadi pilihan..Allahu akhbar
Anon..
.teringat apa kata ustaz dalam majlis ilmu:
Islam yang kita kecapi hari ini bukan datang secara mudah. Ia sampai kepada kita melalui pengorbanan Rasulullah SAW beserta para Sahabat yang telah menempuh berbagai rintangan dan kepayahan dalam usaha mempertahankan dan menyebarkannya..wallahu'alam.
Moga satu hari Allah mmberikn ku seorg putera..insyallah Handzalah akn ku beri nama😊
Post a Comment