Selawat dan Doa Ustaz Amal

Bismillahirrahmanirrahim

Ustaz yang sampaikan Kuliah Maghrib di masjid kami malam tadi mengajak kita semua agar terus berusaha mencari hidayah Allah. Kata ustaz, hidayah mesti terus dicari. Selama mana hati kita gemar pada ibadah, jangan kita hapuskan kegemaran itu dengan kelalaian. Sesiapa yang Allah kehendaki hidayah padanya, maka Allah akan lapangkan hatinya pada ibadah... aminn

Banyakkanlah menyebut nama Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW.
Kata Imam Shafie, antara cara menjaga mulut ialah:

  • zikir pada Allah - orang yang selalu zikir InsyaAllah akan terpelihara lidahnya dari ucapan yang tidak baik dan sia-sia.
  • berkata benar
  • sentiasa banyak berselawat pada Rasulullah SAW



~ Istimewa dari album Selawat dan Doa USTAZ AMAL ~
Mari kita dengarkan...
~ Balada Selawat... mari dengarkan...

info: Balada Selawat 1433H adalah merupakan projek terbaru Munsyid Malaysia yang melibatkan lebih 30 artis nasyid Malaysia antaranya Ustaz Amal, Hijjaz, Brothers, Saujana, Inteam, UNIC, Nowseeheart dan ramai lagi. 
munif ahmad dalam balada selawat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...