Surah Yasin Ayat 30


Assalamualaikum.

Semalam tafsir Surah Yasin. Saya tak sempat join baca yasin beramai-ramai usai solat Maghrib. Tapi alhamdulillah selamat duduk di majlis ilmu sejurus kuliah baru bermula.. syukur alhamdulillah.

Suka sangat bila sampai turn ustaz berkacamata ini yang sampaikan kuliah. Terang dan jelas penerangan ustaz, tak kira samada mengikut kitab atau kupasan isu semasa.. semuanya jelas. Tu sebab agaknya, tiapkali jadual tetapkan ustaz yang datang, jemaah yang hadir 2x @ 3x ganda ramai dari biasa.. alhamdulillah

Ustaz kembali sambung mengupas tafsir Surah Yasin hingga ke ayat 30 dan InsyaAllah akan kembali menyambung ayat seterusnya pada kuliah berikutnya. Betapa diri merasa begitu kerdil di hadapan Allah bila mendengar tafsir ayat2 dari Surah Yaasin. Berdebar-debar hati mendengar penerangan ustaz dan bila tiba pada ayat 30 iaitu "ya hasratan a'lal i'bad....."




yang bermaksud...

Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa
yang menimpa hamba-hamba
(yang mengingkari kebenaran)!
Tidak datang kepada mereka
seorang Rasul melainkan
mereka mengejek-ejek
dan memperolok-olokkannya.

...ustaz menggesa kita semua agar segera sedar dan bersegera perbaiki amalan. Jangan kita masih tak rasa apa-apa bila diperingatkan perihal dosa pahala, tentang Syurga Neraka... jangan kita masih buat tak peduli, masih cari jugak dunia, cari jugak pangkat, hati tak berapa ingat pada akhirat...

Betapa sudah begitu ramai tok2 guru dan alim ulamak yang datang memberi peringatan untuk nak bagi kita jadi lebih baik, cuba untuk didik hati kita, ruhani kita, namun hati tetap keras dan tak mahu terima pelajaran, tak mahu buat perubahan. Maka jika tidak insaf semasa masih berada di dunia, renung2kanlah tafsir Surah Yasin ayat 30 ini, bahawasanya akan sampai satu ketika yang kita pasti akan merasai suatu penyesalan yang sungguh-sungguh.

Harus ingat, dunia ini adalah tempat Allah Taala menguji. Semua kita diuji, baik ujian susah maupun senang. Maka, perbanyakkan amal ibadah agar hati sentiasa sejahtera dan redha menerima ujian. Ingat segalanya datang dari Allah, setiap sesuatu yang berlaku bukan saja-saja. Allah nak tarbiah kita. Jadi buat apa2, ingat pada akhirat. Hidup di dunia hanya sebentar. Yang kekalnya akhirat. Tempat pembalasannya adalah di sana nanti.

Maka tuntutlah ilmu untuk membuahkan amal. Jadi hamba Allah yang bersandar dan beramal dengan ilmunya. Adab dalam pencarian ilmu, biar kita yang ziarah ilmu bukan ilmu yang ziarah kita. Jadi, amalan masyarakat sekarang ini yang panggil tok guru datang mengajar di rumah adalah bukan suatu kebiasaan yang wajar sebenarnya. Dalam bab berguru, adab lebih tinggi dari ilmu. Untuk dapatkan keberkatan ilmu, biarlah kita yang mencari tok guru untuk dapatkan ilmu dari beliau bukan tok guru yang datang mencari kita.


Wallahu'alam.


2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah sebuah posting yg hebat. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Maka bertindak skrg untuk mencari bekal akhirat, jangan terlambat takut tak sempat.

Cikli said...

benarlah firman Allah yang Maha Besar

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...