Rakan Masjid

Bismillahirrahmanirrahim

Nak kisahkan sedikit pengalaman duduk bersama rakan-rakan di masjid. Kawan di masjid kebanyakan terdiri dari kalangan makcik-makcik dan akak-akak. Ni nak cerita sedikit pengalaman semasa saya bersama mereka -
  • wajah makcik Milah puteh bersih. Dalam usia emasnya, saya sering teruja memandang wajah beliau tiapkali kami bertegur sapa. Di satu kesempatan saya ambil peluang tanya "...makcik pakai apa?" (saja nak korek rahsia).. haha... Dengan nampak senang hati makcik Milah gitau, "...tak ada pakai apa pun, makcik amalkan ambik wudhuk jeh lepas masuk tandas"... Subhanallah.. Cahaya dari air wudhuk rupanya. Berazam untuk sentiasa memperbaharui wudhuk, berazam untuk sentiasa di dalam wudhuk.. InsyaAllah
  • Makcik Siti yang sering sampai lambat dari saya, sering kelihatan mengambil port yang terlindung lalu solat tahiyatul masjid dulu sebelum duduk join dengar kuliah. Beliau nampak istiqamah solat tahiyatul masjid.
  • kak maz yang sering nampak cool je bila berbicara pernah bercerita, "Kak maz dulu pakai spek. Pakai sejak zaman sekolah dulu lagi. Tapi lepas kak maz mula rajin ngaji, makin lama makin jelas nampak huruf yang dibaca. Rupa-rupanya baca quran dapat ubatkan mata kita yang rabun, nur. Baca quran je, InsyaAllah mata boleh jadi terang balik, tak payah nak pakai-pakai spek dah..." Subhanallah...
  • kak ummi pula nampak istiqamah sujud syukur tiapkali selesai solat baadiyah selepas Isyak. Saya yang sering duduk sebelah kak ummi mesti nak kena fokus dengar apa yang ustaz sampaikan dan buat catatan jangan sampai miss mana2 point sebab kak ummi sering berpaling refer pada note saya bilamana ada mana2 point yang beliau catat, tertinggal... he he
  • Saya yang kekadang duduk di sebelah makcik Siah, sering terpegun bilamana tengok tulisan jawi beliau. Makcik ambik catatan dalam tulisan jawi. Dah lah tulis cepat, tulisan pulak... alahai... cantiknya... Termenung bila sedar diri ini hanya mahir tulis jawi takat untuk nama sendiri, perkataan Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim je. .. huuu -- Makcik Siah yang faham dengan kesibukan saya di siang hari telah berpesan, "Ko sibuk buat kueh, jangan pulak tak datang terawih nanti... nur..." Ha ha... Ya lah makcik, mesti nak datang terawih InsyaAllah. Macam tahun lepas, sibuk2.. penat2 pun alhamdulillah takde la ponteng kecuali untuk beberapa hari tertentu je... he heh
Berkawan dengan orang-orang yang lebih berusia dari kita ini banyak kelebihannya. Banyak perkara yang boleh di-ambil manafaat dari mereka. Teringat kata-kata, sesungguhnya semua perkara yang berlaku di sekeliling kita bukan lah berlaku saja-saja, semua mengandungi hikmah untuk kita renung dan mengambil pelajaran darinya... alhamdulillah.


**btw hari ini hari Jumaat, jom kita baca Surah al-Kahfi hari ini.
Malam tadi alhamdulillah berjaya baca 110 ayat Surah al-Kahfi selepas solat Isyak. Baca dalam dua session, bila sampai ayat 90 terpaksa berhenti untuk temankan en suami (yang baru balik ofis)makan. Dah habih kemas, s
ambung balik baca lagi 20 ayat.. alhamdulillah. Hari ini bersemangat untuk baca seround lagi.. (catatan berjaya baca al-Kahfi hanyalah sekadar untuk motivate diri sendiri)



1 comment:

Anonymous said...

Ibarat berkawan dgn penjual minyak wangi, maka kita pun insyaAllah bau wangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...