Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, tiap malam selepas solat baadiyah sesudah Isyak, sesiapa yang berkelapangan akan tunggu sebentar untuk ikut bersama-sama tuan Imam membaca Surah al-Mulk. Rutin ini alhamdulillah telah menjadi salah satu agenda tetap di masjid kami tiap malam. Alhamdulillah, rasa bersyukur kerana direzekikan Allah untuk dapat tinggal di kawasan ini yang sering menyajikan suasana mengaji. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.
Esok kita semua akan mula berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Bermakna malam ini kita semua akan sama-sama mula bersolat terawih. Selamat Menyambut Ramadhan buat seluruh muslimin dan muslimat, semoga Allah Taala akan memberikan kita kedudukan yang mulia di akhirat nanti... aminn
Menyambung kembali peringatan yang diberikan oleh tuan Sheikh*sambungan dari sini:
Selamat beramal soleh. Jom beramai-ramai kita bersolat terawih malam ini.
Alhamdulillah, tiap malam selepas solat baadiyah sesudah Isyak, sesiapa yang berkelapangan akan tunggu sebentar untuk ikut bersama-sama tuan Imam membaca Surah al-Mulk. Rutin ini alhamdulillah telah menjadi salah satu agenda tetap di masjid kami tiap malam. Alhamdulillah, rasa bersyukur kerana direzekikan Allah untuk dapat tinggal di kawasan ini yang sering menyajikan suasana mengaji. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.
Esok kita semua akan mula berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Bermakna malam ini kita semua akan sama-sama mula bersolat terawih. Selamat Menyambut Ramadhan buat seluruh muslimin dan muslimat, semoga Allah Taala akan memberikan kita kedudukan yang mulia di akhirat nanti... aminn
Menyambung kembali peringatan yang diberikan oleh tuan Sheikh*sambungan dari sini:
- Maka waspadalah bila kita memasuki bulan Ramadhan, jika kita masih memiliki perasaan dengki terhadap kaum muslimin yang lain
- waspadalah takkala kita memasuki bulan Ramadhan, jika kita memutuskan silaturrahim terhadap keluarga dan sanak saudara kita
- sebagaimana kita mempersiapkan masjid kita, mempersiapkan makanan dan mempersiapkan pakaian ke masjid untuk sambut Ramadhan, jangan kita lupa bahawa inti atau asas untuk sambut Ramadhan adalah pembersihan hati kita
- sesungguhnya seluruh dunia dan seluruh perhiasannya tidak dapat membahayakan Allah Taala. Sesungguhnya seluruh zahir kita samada orang kaya atau miskin, orang tinggi atau rendah, orang berkulit putih atau kulit hitam.. tidak berpengaruh di hadapan Allah Taala
- Allah hanya melihat satu tempat sahaja di dalam tubuh manusia iaitu hati. Maka wajib untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk sentiasa cuba membersihkan hati masing-masing
- kita bersihkan hati kerana mengharap rahmat dan maghfirat dari Allah Taala
- Sebagaimana ibarat: bila kita tiba-tiba mendapat panggilan mendadak bahawa ada raja yang nak datang melawat rumah kita. Secara spontan kita akan segera membersihkan rumah kita, membersihkan perabot-perabot yang ada dan berusaha mewangikan seluruh ruangan.
- Maka sesungguhnya tempat pandangan Allah, adalah lebih layak kita membersihkan hati-hati kita agar bersih.
- hendaklah sebelum memasuki Ramadhan, kita saling bermaaf-maafan sehingga tidak ada perasaan dengki dan benci terhadap sesama muslim. Sehingga bila kita masuk ke bulan Ramadhan kita InsyaAllah mampu termasuk sebagai penghuni Syurga Allah sebagaimana berita gembira yang disampaikan oleh Nabi s.a.w pada para sahabat ra tentang sifat seorang penghuni Syurga. Orang tersebut adalah orang yang selalu solat berjamaah di masjid dan selalu menjaga solat witir di rumahnya. Dia tidur sama seperti orang lain, tidaklah solat sunat sehingga seribu rakaat dan tidak pula berpuasa banyak. Namun dia seorang yang bersih hatinya kerana tiapkali sebelum tidur dia akan memaafkan semua kesalahan orang sehingga tidak ada rasa marah pada keluarga, tetangga dan saudara muslim lainnya.
- Maka berusahalah kita untuk dapat memaafkan seluruh keluarga dan sahabat-sahabat kita sebelum kita melelapkan mata setiap malam
- sesungguhnya di dalam Syurga ada suatu kenikmatan yang tak pernah dipandang mata, tak pernah didengar telinga dan tak pernah terlintas di dalam hati manusia
- Tahniah bagi orang yang selalu berusaha untuk beramal baik di bulan Ramadhan
- Tahniah bagi orang-orang yang membaca Surah al-Baqarah, tahniah bagi mereka yang melaksanakan adab-adab dan batas-batas yang ada dalam Surah al-Baqarah. Begitu juga ada pada Surah an-Nur, Surah al-Ahzab, begitu juga adab-adab yang ada pada Surah Hujurat dan di seluruh ayat al-Quran pun ada adab-adab Allah Taala. Al-Quran memberi kita batasan-batasan, di dalamnya Allah jelaskan apa perintah Allah yang kita harus taati dan apa larangan yang perlu dijauhi.
- Tahniah bagi yang baca Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran di mana kedua-dua itu akan menjadi payung di hari kiamat nanti. Surah Al-Baqarah dan surah Ali-Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.
- jagalah perintah-perintah Allah dan berlindung diri dari semua perkara yang tak baik dan perkara maksiat yang semuanya disebut di dalam al-Quran
- Kita akan memasuki bulan Ramadhan, ketika kita di waktu Maghrib, manusia di bumi yang sebelah lagi sedang melaksanakan solat zohor. Dalam 24 jam, sebahagian kaum muslimin berpuasa dan sebahagian yang lain sedang berbuka puasa. Maha Suci Allah Taala Yang Maha Mampu, Maha Suci Allah Taala Yang Maha Agung
- meskipun ada perbezaan waktu di bumi ini, namun pada 29 Shaaban bila nampak anak bulan maka langsung kita akan berpuasa keesokkan harinya. Kalau tak dapat lihat anak bulan maka Nabi s.a.w meminta kita menyelesaikan bulan Syaaban 30 hari
- tidak boleh berpuasa sehari sebelum bulan Ramadhan. Nabi s.a.w melarang perbuatan tersebut
- bila lihat anak bulan Ramadhan kita niat untuk berpuasa 30 hari seluruhnya. Dengan niat, "Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan sesungguhnya kerana Allah Taala." Tapi setiap malam kita harus perbaharui niat kita, sebagaimana Nabi s.a.w yang bersabda, "Sesungguhnya segala amal itu bergantung pada niatnya." Mesti perbaharui niat setiap malam dengan niat, "Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan sesungguhnya kerana Allah Taala." Dan puasa yang kita amalkan nanti hendaklah kita berpuasa seluruh anggota badan kita. Ajar anak-anak kita berpuasa
- hendaklah kita mencontohi puasa yang benar oleh para sahabat ra agar puasa itu menjadi ubat bagi kita. Semasa berbuka puasa hanya makan yang sedikit sahaja, hanya secukupnya. Sehingga kita akan merasai lazatnya berpuasa. Sehingga bilamana kita makan sedikit, pada waktu dhuha dan waktu zohor kita telah merasakan lapar. Dari situ kita akan ikut dapat merasakan lapar yang sering di-alami oleh orang-orang miskin
- berbelas kasihan lah terhadap orang-orang fakir dan miskin di bulan Ramadhan, banyakkanlah bersedekah pada orang-orang yang memerlukan bantuan
- hendaklah kita beribadat di malam hari, berqiamulail dan sebahagian malam hendaklah kita bersolat tahajjud. Semoga Allah Taala akan memberikan kita kedudukan yang mulia di akhirat nanti
- Bulan Ramadhan adalah bulan yang kita menunggu-nunggu kedatangannya. Ada malam di bulan Ramadhan yang lebih baik dari seribu bulan, di bulan Ramadhan para malaikat pun ikut bersesak-sesak di dalam masjid
- maka mintalah bantuan daripada Allah, rasa rindulah untuk sambut Ramadhan. Semoga Allah menyampaikan kita kepada bulan Ramadhan.
- Allah Taala mendidik kita dengan adab-adabNya melalui al-Quran dan menjadikan kita tahu hakikatnya. Moga Allah memberi kita pemahaman untuk dapat memahami ayat-ayat suci al-Quran, moga Allah memberi kita rahmatNya sebagaimana yang diberikan kepada kaum solehin, moga Allah memberi keampunan kepada kita... aminn
Selamat beramal soleh. Jom beramai-ramai kita bersolat terawih malam ini.
1 comment:
Selamat menyambut Ramadan dengan hati yg bersih dan nawaitu kerana Allah. Setiap perlakuan biar ada hasil untuk Akhirat.
Post a Comment