Telekong Vietnam bunga hijau

Semalam, Ahad kami hadir di majlis kawin anak kawan sepejabat en suami. Majlis buat kat taman jadi rasa santai suasana dengan angin sepoi2 bahasa yang nyaman di  Taman Keramat. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dilimpahi iman dan mendapat barokah dari Allah Ta'ala..ameen.

Sebelum hantar anak2 balik hostel, melencong sekejap ke Jalan TAR. Anak dan ibu sama naik beli tudung..he he..

Semangat dengan kaler ijau semenjak dua menjak ni. Masa membelek2 telekong solat Vietnam, terus jatuh hati bila terpandang kuntum2 bunga berwarna hijau. Saya sangat selesa guna telekong vietnam, jadi bila ada hajat cari telekong tambahan, hanya fokus cari yang vietnam. Alhamdulillah..sangat cantik...


1 comment:

Anonymous said...

Agak lawa coraknya. Harap kusyuk solatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...