Pulut Pagi Orang Kelantan

Alhamdulillah, hari ni buat Pulut Pagi sebagai minum petang. Pulut Pagi walau pun dimakan waktu petang, tetap nama dia Pulut Pagi.Tak boleh la nak pandai2 gi tukar nama jadi Pulut Petang..ha ha

Pulut pagi ni popular di kalangan orang Kelantan. Kalau tak percaya, cuba terai tanya pasal Pulut Pagi dekat kengkawan Kelantan..:-)

Hari ni besday anaknda Iman. Jadi buat Pulut Pagi ni sebenarnya atas permintaannya.. '...dah lama mama tak buat..rasa nak makan',katanya. Jadi sampaikanlah je hajat birthday girl  :-)

Resepi Pulut Pagi 
Bahan2 yang perlu ada:
Beras pulut 2cawan direndam 1jam
Nise kampong 1 keret
Gula 1 sudu besar(optional) 
Daun pandan 3helai
Kelapa puteh yang dicampur garam

Cara membuatnya:
Cara 1: Tanak/kukus pulut seperti biasa dengan air serta daun pandan paras2 air lebih sedikit dari tenggelam pulut. Sementara pulut sedang masak, parutkan nise. Bila pulut dah masak, gaulkan parutan nise serta gula bersama pulut hingga mesra kesemuanya.

Kalau nak sebati kan lagi, kukus balik pon boleh. 

Makan dengan kelapa parut puteh bergaram.

Cara 2: Panaskan air dalam kukusan.Lapikkan kukusan berlubang dengan daun pandan. Toskan pulut kemudian kukuslah selama 20minit. Masakkan nise serta gula dengan secawan air sehingga agak-agak likat. Gaul/arung sebati dengan pulut yang dikukus. Kukus balik pulut 5 -10 minit. Hidangkan dengan kelapa puteh bergaram. Senang kan...

Bagi yang suka makan Pulut Lepa Kelantan boleh tengok resepi dan cara membuatnya kat SINI

Dan Pulut Bakar yang bulat tu pulak boleh tengok SINI. Yang ini resepi warisan orang lama yang memang meniaga Pulut Bakar..alhamdulillah.

Sekian wassalam.



2 comments:

Unknown said...

Tq untuk resepi ya... semoga rezeki bertambah2 aamiin

Unknown said...

tq utk resepi ....berpulut pagi sempena pkp..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...