Cekodok Bawang Cheese

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ُُ
Alhamdulillah pagi ni dapat ilham nak buat cekodok bawang yang taruk cheese dalam dia. Ya Allah maveles sangat..alhamdulillah syukur dengan nikmat makanan yang Allah kurniakan.

Nak buat nya senang je. Okeh jom kita tengok bahan2 dia ~


  • Tepung gandum 2 cawan
  • Bawang besar 1 labu
  • Cili api 3 biji
  • Cheese slice  5 keping/cheese chedar dipotong dadu
  • Bijian jagung rebus/jagung dalam tin(kennel)
  • Sedikit ikan bilis 
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Telor 1biji


Caranya:
Tumbuk cili api, ikan bilis dan 1/4 dari bawang besar.
Potong dadu bawang besar selebihnya
Camporkan kesemua bahan kecuali cheese. Adunan biar pekat. Cheese di potong kecil @ bahagikan pada 9 - 12 bahagian setiap sekeping. Goreng cekodok dengan letakkan cheese ditengah2 adunan.😀
Sangat sedap...alhamdulillah😍




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...