Niat Ihram Umrah

...bersambung dari SINI

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesiapa yang memasuki Mekah yang mana ada di hatinya hendak mengerjakan Umrah, wajib berniat ihram(umrah) ketika memasuki Mekah. Jika ia memasuki Mekah tanpa berniat Ihram umrah, ia berdosa. Niat tersebut wajib dilakukan di miqat (di tempatnya).
Jika niat ihram dilakukan selepas miqat ia berdosa dan dikenakan dam.

Perkara yang perlu diketahui, fahami dan dilakukan dengan sempurna untuk niat sah dan sempurna

  • Pengertian niat 
  • syarat sah niat 
  • tempat dan masa berniat(miqat) 
  • jenis niat ihram dan cara mengerjakannya 
  • perkara wajib/sunat/haram dilakukan sebelum niat dan selepas niat 
  • pakaian ihram dan cara pakainya 
  • pantang larang ihram

NIAT (pengertian pada syarak) 
Niat masuk mengerjakan ibadah yang diniatkan iaitu
Umrah
  
Apabila seseorang itu telah berniat ihram (umrah) maka ia dikata "berihram" 

Maka ia telah masuk dalam pekerjaan yang diniatkan itu.

Pantang larang ihram (13) perkara) berkuatkuasa serta merta. 

Niat tersebut tidak boleh dibatalkan atau ditukar

Wajib ia menyempurnakan:
>rukun-rukunnya(umrah) 
>wajib-wajibnya(umrah) 

SYARAT SAH NIAT (umrah):
(1)masuk waktu

Umrah - sepanjang tahun kecuali dalam masa ihram haji) 

(2)Qasad di hati
>kerja yang disengajakan
>kerja yang ada tujuan dan matlamat

Lafaz niat (ucapan di mulut) hukumnya sunat. 


FUNGSI NIAT
(1)mengesahkan ibadah (ibadah khusus) 
(2)mendapat pahala(ikhlas kerana Allah) 


LAFAZ NIAT UMRAH
Sahaja aku mengerjakan umrah dan ihram aku dengannya kerana Allah Taala

Niat bersyarat (tambah lafaz berikut):
..jika aku terhalang dgn apa2 halangan, maka halal-lah aku.


MIQAT
1) miqat Zamani
(had/tempoh masa) 

2) miqat Makani
(had/batasan TEMPAT untuk berniat umrah) 

Miqat Zamani (had/tempoh masa berniat) 
Bagi umrah tempoh masa berniatnya adalah sepanjang tahun kecuali dalam masa ihram haji.
(jika berniat umrah ketika ia dalam ihram haji maka niat umrahnya tidak sah jadi ia kekal dengan ihram hajinya)

Miqat Makani
(had/batasan tempat berniat)

Bagi umrah:
  1. QARNUL MUNAZIL(dari Malaysia terus Mekah) 
  2. BIR ALI(melalui Madinah) 
  3. YALAMLAM(melalui Yamen) 
  4. TANNAIM(pemukim/pemastautin Mekah) 
  5. JAARANAH(pemukim/pemastautin Mekah) 

Miqat Makani Umrah bagi jemaah Malaysia yang sudah berada di Mekah, niat ihram umrah wajib dilakukan di TANAH HALAL
1. Tannaim
2. Ja'aranah
3. Hudaibiyah
4. Arafah

Kesimpulannya:
Berniat ihram umrah, di mana saja SAH dengan syarat (1)diqasadkan dihati (2)masuk waktu berniat
TANPA MENGIRA:
  • dalam pakaian ihram atau tidak
  • berada di miqat atau tidak 
  • dalam apa keadaan sekalipun

*Harus di ingat bahawa
Jeddah bukan miqat bagi jemaah yang datang dari Malaysia. Jika berniat ihram umrah di jeddah, niatnya sah tetapi dikenakan dam dan berdosa. 


**bersambung di SINI
(rujukan nota kursus haji dan umrah) 


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...