Ulangkaji Ringkas Cara Haji Tamattu'

.....bersambung dari SINI

Alhamdulillah ustad jemputan untuk slot Kursus Haji Minggu ke-11 ini ialah Ustad Hj Amran. Jazakallah ustad atas pencerahan ilmu.

@@@@@  

Kita sendiri yang pilih cara kita nak buat haji samada haji Tamattu', haji Ifrad atau haji Qiran. Contoh: jika kita nak buat haji Tamattu' dan kita dari Madinah maka kita berniat di miqat Bir Ali. Kita berniat umrah sebab kita nak buat Haji Tamattu'. 

Haji Tamattu' ialah buat umrah dahulu, bila dah selesai umrah baru berniat haji pada 8zulhijjah.

Kalau ke Makkah direct dari Malaysia, berniat ihram semasa kapal terbang hendak melintasi miqat Qarnul Manazil. 6 jam selepas berlepas dari Malaysia kita sudah boleh bersedia. Tukar pakai ihram (bagi lelaki) jika masih memakai pakaian bersarung/berjahit. Biasanya dalam kapalterbang, selepas makan makanan berat yang ke 2, kena bersiap sedia. Maka berniat umrah di miqat bagi yang nak buat Haji Tamattu'.

Niat: Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala'.

Di musim haji tak perlu niat bersyarat sebab ada masa panjang, khususnya wanita.

Selepas niat, kita bertalbiyah. Sunat untuk kita banyak bertalbiyah selepas berniat ihram.  Ulang² ucap talbiyah..

Labbaikallahummalabbaik....

  "Ya Allah... hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu mengerjakan Haji dan Umrah"


 

Bila sampai Makkah, masuk hotel dahulu. Check-in dan boleh bersihkan diri atau selesaikan apa² keperluan sebelum keluar untuk buat umrah. 

Masuk masjid baca doa masuk masjid. .. 

Allahummaftahli abwaba rohmatik

"Ya Allah bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu"


Masuk dalam masjid, niat iktikaf.  Beribadat dalam masjidil haram digandakan pahalanya 100,000 kebaikan. Pabila tengok Kaabah buat pertamakali kerana kita baru sampai Makkah kita tentunya terharu dan teruja, maka ucap lah

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

La ilaha illallahu wahdahu lasyarikalah, lahul mulkuwalahulham du yuhyi wayumituwa huwa ala kulli syai inqadir


Kemudian kita akan melakukan tawaf. 

Syarat sah buat tawaf sama sepertimana syarat sah solat bagi 3 perkara yang pertama iaitu:

(1)Suci daripada hadas

(2)Suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat

(3)Tutup aurat

Dan syarat ke 4 hingga ke 8 khusus untuk tawaf

(4)mula dan akhir bertawaf di penjuru Hajarul Aswad

(5)mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan

Lelaki ber-idtibad(nampakkan bahu sebelah kanan).

(6) dilakukan di dalam masjidil haram dan tawaf di luar bangunan Kaabah

Hati kena bulat. Bergantung harap hanya pada Allah. Buat kerana kita ada ilmu tentangnya, sebab kita belajar. Kita boleh independent. Kita bermunajat pada Allah, kita zikir. Biar setiap langkah kita adalah wirid dan doa.  Jangan sentuh bangunan Kaabah. Jangan sentuh Hijr Ismail.

(7) mengekalkan niat tawaf

Hendaklah berjalan dengan tujuan tawaf. Fokus. Jika terpisah dari suami/kawan/ahli kumpulan, jangan panik atau risau..jalan terus selesaikan 7 pusingan tawaf.

(8) cukupkan 7 pusingan dengan yakin.


**Sila tekan gambar untuk tulisan yang lebih jelas

**nota: Lakukan tawaf sambil berzikir.
Cadangan zikir cth:
Pusingan 1: Astaghfirullah
Pusingan 2: Subhanallah
Pusingan 3: Alhamdulillah
Pusingan 4: Allahu Akhbar
Pusingan 5: La ilaha illallah
Pusingan 6: Allahumma Solli Ala Muhammad
Pusingan 7: La haulawala quwata illa billah

Jangan ada was was dalam ibadah kita. Kalau timbul rasa was was tambah satu lagi pusingan.

Selesai tawaf, boleh solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim atau di mana² kawasan yang sesuai.

Bila dah lepas tawaf, kita berdoa lah minta ampun atas dosa² yang kita lakukan. Banyakkan syukur kerana dijemput jadi tetamu Allah. Mintak doa agar Allah kurniakan kita haji yang mabrur. Mintak kita dapat masuk ke Syurga Allah. Mintak kita dijauhkan dari azab siksa api neraka. Setiapkali berdoa jangan tinggal 3 doa iaitu mintak ampun pada Allah terhadap dosa² kita, mintak masuk Syurga dan mintak jauh dari siksa api neraka.

Tempat mustajab berdoa termasuklah di Multazam (terletak antara hajarul Aswad dan pintu Kaabah)


Selepas solat sunat tawaf, minum air zam zam. Minum lah sambil duduk namun minum air zam zam sambil berdiri pun tidak mengapa. 

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ

Maksudnya: Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri. (Sahih Muslim 2027)


Minum dan bacalah doa..

Allahumma inni as aluka

il man nafi'an 

wa rizqon  wasi'an

wa syafiiyan

minqul li daa in 

wasaqiiman

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِاْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقِيْمًا.


 “Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.”  

(Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).


Kemudian berjalanlah ke Bukit Safa.

Saie mesti dilakukan selepas tawaf.

Bila sampai di hujung lorong Mas'a, kita akan lihat 3 laluan:- kanan; laluan Safa ke Marwah, tengah; laluan orang berkerusi roda, kiri; laluan Marwah ke Safa. Jadi kita ambil kanan iaitu laluan "Start Bukit Safa" ke Marwah.

**Sila tekan gambar untuk tulisan yang lebih jelas


Selesai Saie, kita pun bertahallul (bercukur/bergunting). Maka dah terlepas dari ihram.

Alhamdulillah dah selesai Umrah. Maka setelah itu kita tunggu lah hingga tiba 8 Zulhijjah untuk  berniat haji. 

**Sila tekan gambar untuk tulisan yang lebih jelas


Laksanakan rukun dan wajib haji dan umrah dengan baik untuk tiket kita mendapat haji mabrur InsyaaAllah.. Aamin

 ...............................................

Ustad sambung terangkan tentang Tawaf Wada dalam slot ke 2 selepas rehat.


TAWAF WADA

-dalam pakaian biasa

-bukan dalam ihram


Pengertian:

Tawaf Wada ialah tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan oleh mereka yang nak keluar dari Makkah jarak 2 marhallah(81km) atau lebih.


....bersambung 


..btw cantik tarikh hari ini😘

24.1.24 bersamaan dengan 12 Rejab 1445H.

Mari kita mengulang-ngulang membaca doa ini di bulan Rejab...

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allah humma bariklana fi rojabin wa syaabana wabalighna ramadhan...

yang bermaksud:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." 


Moga Allah mempertemukan lagi kita dengan bulan Ramadhan kali ini.. 

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ


4 comments:

Anonymous said...

Satu posting yg baik utk perkongsian ilmu haji yg telah memberi gambaran jelas what to expect dlm menyediakan diri dari segi fisikal dan mental utk kerja haji. Jazakallah.

Anonymous said...

jazakillah atas perkongsian ilmu yg bermanfaat

nur said...

Alhamdulillah..sama² kita ambil manfaat inshaaAllah.
Waiyyaka.

nur said...

Alhamdulillah syukron
Waiyyaki.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...