Aurat dan Izin Suami


Bismilahirrahmanirrahim


...... bersambung dari SINI


Alhamdulillah hadir dalam kursus Haji Minggu ke-9 pada pagi Ahad 31December2023 ...penutup tirai tahun 2023.

Hari ini, kita niat nak pergi Makkah. Bila niat nak pergi Makkah, hati kita rasa hidup. Kerja haji ini hidup.

Istighfar sebanyak mungkin. Moga Allah ampunkan dosa² kita. Sesungguhnya kita manusia tak pernah sunyi dari melakukan silap. Bagi yang masih kekal dengan dosa, kembalilah pada Allah dengan solat. Jagalah solat sepertimana kita menjaga tiang agama. 

...............................................


AURAT DAN IZIN SUAMI


AURAT WANITA

Pendapat Imam Syafie:

Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka, bahagian belakang tangan dan telapaknya.


Sabda Rasulullah SAW,

Yang bermaksud; 

"Tidak diterima solat  wanita haid(wanita yang telah baligh)  kecuali memakai khimar(pakaian yang menutup aurat dari atas kepala hingga ke kaki).


Syarat Penutup Aurat

Tebal dan tidak jarang: Kain tebal @ kulit @ kertas yang boleh  menyembunyikan warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya.

Pendapat Imam Syafie: Syarat penutup aurat ialah yang tidak menjelaskan warna kulit.


PAKAIAN MUSLIMAH

-tudung yang dipakai menampakkan muka sahaja.

-tudung menutup bawah dagu

-melabuhkan tudung menutupi dada

-lengan baju menutup hingga ke pergelangan tangan. Nak selamat, pakai sarung lengan.

-pakaian tebal, longgar dan tidak menyerupai lelaki

-memakai stokin kaki

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

**Pilih cara pemakaian yang betul. Dosa dalam berpakaian ini, kita kena rasa risau.

**Pakaian dan tudung yang kita pakai menunjukkan/mempamerkan keterampilan kita sebagai ibu, sebagai isteri. Maka jaga penampilan kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak pergi haji ini, kita kena faham betul² kerana kita berhajat nak dapatkan haji dan umrah yang mabrur inshaaAllah.

Syurga itu mahal. Ingat kita nak buat ibadah ini kerana Allah. Lillahi Taala. Aqidah kita kena pertahankan sungguh².

Kita berpakaian, sebaiknya jangan ikut fesyen tapi ikut kehendak Islam.  Nak pergi haji ini, kena lakukan perubahan.  Istighfar banyak², muhasabah diri dan kembali pada Allah.

Semasa melakukan tawaf, menutup aurat adalah syarat sah tawaf. Sekiranya terbuka aurat dengan sengaja, naka terbatal pusingan tawaf. Disarankan sebelum tawaf, pastikan aurat tertutup dengan baik. Ketika angkat tangan isyarat Istilam, sebaiknya tangan di dalam kain telekung dan memakai sarung lengan. Jika terbuka aurat, cepat² tutup. Bila tersedar/diberitahu, hendaklah segera tutup. Masa ihram tak boleh pakai sarung tangan.

Aurat wanita semasa tawaf; berhati² dengan perkara berikut: 

  • tutup bawah dagu 
  • tutup hingga pergelangan tangan(nak selamat pakai handsock) 
  • anak rambut di muka 
  • anak rambut di kawasan telinga( hati² jika pakai kacamata semasa menarik keluar kacamata dari tudung dikhuatiri keluar sekali anak rambut)
  • stokin kaki hendaklah tebal

Aurat wanita  semasa Saie;

-menutup aurat tidak menjadi syarat sah saie. Namun berdosa jika aurat terbuka dan dilihat oleh lelaki ajnabi. Cth: ketika gunting rambut atau atas sebab stokin kaki nipis. Maka sebaiknya, pastikan aurat terpelihara semasa Saie.


Aurat wanita sesama wanita di dalam ihram

-dalam bilik hotel

-dalam bilik air(Arafah, Mina)

-dalam khemah di Arafah dan Mina

Di Arafah contohnya; satu khemah memuatkan 200 orang. Maka aurat kena jaga. Aib kena tutup walaupun sesama muslimat di maktab tempat tinggal. Nak pergi haji ini, elok bawa sehelai kain basahan, guna ketika mandi membersihkan diri.


AURAT LELAKI

Aurat lelaki di dalam solat: hadnya antara pusat dan lutut

Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud:

"Aurat seorang mukmin (dalam sembahyang) antara pusat dan lutut"

(Riwayat Bukhari)


Aurat lelaki di hadapan perempuan yang halal nikah, seluruh badannya seperti pakaian bekerja.


Aurat lelaki semasa ihram

  • Memakai ihram daripada rumah atau kompleks haji(movenpick) Menutup badan dengan kain ihram. Masa di kompleks haji, tutup kedua² bahu sebagai menjaga adab. Idtiba' hendaklah ketika dalam tawaf yang di-iringi dengan saie sahaja.
  • Ke bilik hotel wanita: menutup badan dengan kain ihram
  • Dilarang memasuki bilik jemaah haji berlainan jantina(walaupun untuk bertemu suami/isteri). Sila berurusan di luar bilik.
  • Di dalam bilik air seorang diri, auratnya qubul dan dubur sahaja.


KEIZINAN SUAMI/WALI

Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Ranadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diaeru masuk ke dalam Syurga mengikuti pintu mana yang ia sukai.

✔️Setiap wanita yang akan bermusafir perlu mendapat keizinan suaminya.

Makanya wanita yang berkahwin yang ingin mengerjakan haji perlu mendapat izin suami. 

Wanita yang berkahwin jika tidak dapat izin suami dan suami tidak bersamanya, mereka perlu: #ada mahram yan menemaninya, #yakin aman dalam perjalanan, #perbelanjaan selama perjalanan adalah tanggungan sendiri maksudnya tak guna harta suami dan #suami tak memerlukannya selama ia pergi.     Haji yang dikerjakan tanpa izin suami; hukum hajinya sah tapi berdosa.

✔️Wanita yang belum berkahwin perlu mendapat izin bapanya atau walinya(jika tiada bapa).

✔️Wanita yang dalam iddah talaq raji'e (3 bulan suci), wajib mohon izin bekas suaminya.

✔️Wanita yang kematian suami, haram baginya keluar rumah kerana masih dalam iddah(4bulan 10 hari). Maka wajib tangguhkan pemergian ke tanah suci.

✔️Sekiranya berlaku kematian suaminya ketika berada di tanah suci, harus bagi seseorang wanita itu mengerjakan haji dan umrah. 

-#Kurangkan keluar masuk hotel kecuali ada keperluan.

-#Menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan ibadah haji dan umrah

-#Menunaikan solat di masjidil haram, ikut program yang disusun maktab sekiranya bimbang keselamatan diri jika berseorangan

-#Perlu jaga adab dalam ihdad(tidak boleh berhias-hias), sentiasa bersama perempuan yang thiqah(boleh dipercayai).


Wallahu'alam.


...bersambung di SINI



No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...