Lepat Pisang Untuk Iftar

 Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah hari ini 2Ramadhan 1445H, kita sambut dengan rasa syukur dan sifat tawadhuk seorang hamba Allah. Moga² amalan sepanjang hari kita berpuasa ini diterima Allah Taala...aamiinn


Hari ini nak kongsi resepi  Lepat Pisang  pakai pisang Lemak Manis. Alhamdulillah ada setandan pisang lemak manis baru ambil dari laman. Saya biarkan dalam 2 hari, dah masak dan boleh dibuat lepat. 


Kali ini resepi lepat pisang untuk buat banyak² terus ya sis😂 

Kita boleh buat untuk bawak pergi berbuka puasa ramai² di masjid atau surau InshaaAllah. Moga menjadi asbab kebaikan..aamiinn


RESEPI LEPAT PISANG

(buat untuk 6 adunan, dapat kira² 110 biji lepat pisang inshaaAllah)

Daun pisang dilayur dan dipotong 4 segi tepat(6½" × 4½")


Bahan² untuk adunan lepat pisang:

  • 8biji pisang x 6 (#48biji) pisang lemak manis
  • 1 cawan  x 6 (#6 cawan) tepung gandum
  • 3 sudu besar x 6 (#18 sudu besar tepung beras
  • ½cawan gula perang × 6 (#3 cawan gula perang/brown sugar); 

boleh tambahkan sedikit kalau kurang manis. Sebenarnya bergantung pada jenis pisang:  masa saya buat guna pisang Lemak Manis saya sukat lebih dari ½ cawan hampir kepada ¾cawan, tapi bila guna pisang Awak kena sukat ½cawan sahaja sebab pisang Awak lebih manis)Wallahu'alam.

  • 2½ sudu kecil garam


Cara membuatnya:

Campur semua bahan dalam satu periuk/ mangkuk adunan besar. Lecek²kan pisang guna gelas plastik. Jangan hancur sangat pisang.


Sudukan satu sudu besar atas daun pisang. 


Satukan daun pisang hujung ke hujung, kemudian lipat 2x seterusnya lipat di atas dan bawahnya pula.. done.

Susun dalam periuk kukusan.


Kukus selama 15 - 20 minit.

Sekian, Wassalam 

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...