Bismillah.
Alhamdulillah baru balik dari bermusafir ke Miri dan Brunai. Sampai di rumah dalam pukul 3pagi gitu. Penat dan mengantuk jangan cerita lah, tapi kenangan manis terpahat di ingatan. Mengembara bersama kebanyakan rakan² sebaya seramai 11orang termasuk ketua rombongan iaitu Hj Ramli yang lebih senior. Alhamdulillah syukur ya Allah yang telah merezekikan daku serta rakan² dapat melihat² tempat orang, menjentik rasa, merenung kebesaran Allah Taala tuhan empunya seluruh alam. Subhanallah.
26/9/25
Hari pertama bermusafir.
Kami bertolak dari Masjid Assalam Bukit Sentosa kira² jam 2.15pagi menaiki bas menuju ke klia2. Tuan Hj Ramli booking van asalnya memandangkan kapasiti van untuk 15orang dah cukup muat untuk kami yang dalam group kecil ini. Tapi tengok², bas yang datang jemput..ehe he.. Okay la tuh, rezeki dapat berlapang² dulu sebelum apa² hal..🤭✌️
Berlepas dari klia2 jam 6.15 pagi. Berada dalam penerbangan meredah pagi yang masih gelap selama kira² 2 jam suku. Sampai² di airport Miri, rombongan kami disambut oleh Rahmat (yang berperanan sebagai tour guide) dan Kawi (pemandu van) untuk sepanjang 3 hari 2 malam kami di Miri dan Brunai InshaaAllah.
![]() |
Dapat cenderahati dari Rahmat; rantai manik untuk ladies, kain ridak kecil untuk kaum bapa, tqsm Rahmat🌼 |
Destinasi pertama kami di Miri ialah ke kedai makan, cari breakfast..hi hi..
Alhamdulillah.. saya yang dah lama teringat nak makan Laksa Sarawak, terus order bila tengok ianya ada dalam menu. Ya Allah best nyaaa! Sedap sangat! Lebihkurang sama rasa dengan yang saya makan semasa ke Kuching tempohari(boleh klik di SINI).
Terubat rindu nak makan Laksa Sarawak.
Setelah itu Rahmat membawa kami ke Taman Awam Miri yang ada titi gantung yang panjang bersambung². Aduh panjang laluan titi-nya, tercungap² kita nak boleh ke sampai ke van balik..hahaha
Semua dah kepenatan selepas itu, makanya kami pun ke hotel Mega untuk check-in. WOW! Hotel cantik menarik sangat. Agak saya hotel 4 star kot sebab memang agak terbaik, bukan biasa². Alhamdulillah dapat rehat² dulu dalam 2jam gitu sebelum dijadualkan turun ke lobby jam 5petang. Van menghala ke Miri Handicraf, bangunan yang di dalamnya terdapat kedai² yang menjual pelbagai barangan cenderahati Sarawak. Nice..nice... ada la saya beli sikit buat ghaso²...hahaha.. "Nanti cari lagi lepas ni...InshaaAllah"(kata² nak sedapkan hati sendiri😂😂)
Kami kemudiannya ke Grand Old Lady. Saya mulanya bila dengar nama tempat tu, terfikir jugak tempat apakah itu🤔😚malas nak google, tunggu sampai sana je la tengok. Okay bila sampai sana, rupa²nya di situ merupakan tempat untuk proses dapatkan minyak secara manual. Alat-alatnya perlu dipusing/ditolak menggunakan tenaga buruh, berpuluh² tahun di zaman sebelum adanya peralatan moden yang lebih cepat dan efisyen. Namun bila tengok tinggalan alat² yang pernah digunakan dahulu, rasa kagum...memang miracle teknologi orang dulu-dulu.😲😲
Langsung selepas itu kami ke pasar malam 'Medan Seberkas Miri' untuk cari² makan malam..hi hi
Boleh tahan la sedap makanan nya. Banyak kelihatan dijual ikan- ikan bakar termasuk ikan Sardin dan Talapia. Ikan Sardin nya, saiz yang Wow! Besar wey....🤭🤭 Tapi tu lah, kitanya tak makan Talapia..hihi.. Saya dan en suami makan yang ringan² saja, tak makan nasi malam tu..
Akhirnya.. tiba masa untuk rehat malam tu. Balik hotel untuk solat jamak Takhir, rehat & rawat serta recaj tenaga untuk perjalanan hari kedua esoknya InshaaAllah.
27/9/25
Hari kedua bermusafir.
Pagi² kami breakfast di hotel. Sedap dan banyak pilihan makanan alhamdulillah.
Selepas bersarapan, kami terus check-out dan van terus menuju ke Brunai Darul Salam. Jarak perjalanan ikut jalan darat nak masuk Brunai mengambil masa kurang lebih 2½ jam. Saya yang duduk di seat agak belakang rasa macam naik kuda dek ada tempat² yang jalan tak rata sepanjang laluan.. Oouhh, agak mendera perasaan la sikit bagi diriku di usia begini..🙂↔️🙂↔️
Alhamdulillah..entering Brunai!!🤍🤍
Kami meneruskan edisi jelajah ke destinasi pertama di Brunai iaitu ke Balai Khazanah Islam.
Melangkah masuk ke hall yang mula², sudah mula rasa berdebar² bila melihat banyaknya alquran yang dah berusia beratus tahun lama-nya. Terus ku tanam azam dalam diri untuk istiqamah baca quran. AlQuran dapat bantu beri syafaat buat kita di sana nanti. Ya Allah, bantu hamba menjadi hamba-Mu yang taat dan bertaqwa di sisi-Mu..aamiinn🤲
Berbagai peninggalan Rasulullah SAW dan para sahabat ra. yang dipamerkan(, yang kesemuanya menyentuh hati dan menimbulkan rasa insaf dalam diri mengenang perjuangan Nabi Muhammad SAW. Daku terus menanam tekad untuk kembali sambung membaca Sirah Nabi SAW untuk lebih kenal dan lebih rasa cinta pada junjungan Nabi SAW.. (kena..kena😩) InshaaAllah..aamiinn
Kami makan tengahari di cafe dan selesaikan solat jamak qasar di surau Balai Khazanah Islam tersebut. Sedap rasa nasi dan lauk yang saya dan en suami makan. Untuk dua pinggan nasi kami, berharga 7dollar. Alhamdulillah rasa macam harga agak berpatutan😍🤗
Selesai di sana, van meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu ke Kg Ayer. Naik bot selama 2jam dengan bayaran harga tiket 15dollar setiap seorang.
Alhamdulillah teruja dengan pengalaman bot menyusuri sungai Brunai dengan panorama yang indah lagi mengasyikkan. Dapat lihat kelibat monyet spesis baik(katanya monyet belanda) yang bergayutan di pokok² tepi sungai, terlihat sedang makan daun kayu/ pucuk² muda. Tidak seperti monyet² liar yang biasa kita lihat, monyet² belanda ini agak buncit perutnya dan lebih besar saiz badannya. Kami juga dapat merasa makan buah Nipah yang first time saya dapat rasa dan kemudiannya makan buah Pidada yang rasa masam² gitu. Buah Pidada ini boleh ni kalau buat ganti rasa lemon atau asam limau nipis dalam masakan..he he..
Jazakallah buat pemandu bot yang peramah dan banyak bercerita kisah² terpendam termasuk juga kisah buaya di sungai brunai..Euww scary🙄 takde la terserempak, tapi dari cerita pemandu bot kesimpulannya: memang ada sang buaya di sungai tersebut...hu hu
Selesai boating, hari pun dah malam. Di sana Maghrib awal, jam 6.20ptg dah masuk waktu Maghrib. So kami ke Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah untuk yang nak solat Jamak Takdim Maghrib Isyak. Yang lain² solat jamak Takhir di hotel.
Masuk balik van untuk ke kedai souvenior sebelum ke pasar malam untuk cari² dinner. Barang² souvenior, understood agak mahal la ya..dek duit dalam dollar brunai. Makanya membeli pun hanya ala kadar saja saya dan en suami...he he(kami tukar duit rm500, jadi tukar dollar hanya dapat kira² 150dollar..huuu)
Langsung selepas itu kami ke pasar malam berhampiran. Terjatuh hati untuk merasa Nasi Katok Brunai. Wow! Boleh tahan best! Kena dengan tekak kami alhamdulillah. Nasi Katok ni ada Nasi puteh + ayam goreng ala² kfc + sambal tumis pedas. Sedap sangat!
Di meja yang kami sedang duduk makan, tiba² datang minta tumpang duduk sekali, pasangan suami isteri dari Iran yang dah 40 tahun menetap di London. Saling bertukar cerita sedikit sebanyak dengan mereka sebelum ke hotel untuk check-in dan rehat.
....bersambung inshaaAllah
4 comments:
Best baca perjlnn musafir k tie dan shbt2...tq k tie share pglmn
Terbaik kak 👍🤝
Alhamdulillah..seronok dpt peluang berjaulah
wahhh cantik sgt masjid di brunei..!! bestnya cerita musafir miri brunei..part 2 pulak kita tunggu!
Post a Comment