Ahamdulillah kita rafakkan syukur ke hadrat Allah Taala yang beri keizinan kepada kita dengan nikmat iman dan islam dan nikmat kekuatan kita dapat hadir di rumah Allah. Sesungguhnya bukan atas sebab diri kita/upaya kita tapi sebab Allah izinkan, Allah yang beri keupayaan.
Hari ini 21 syaaban. Tak lama lagi dah nak masuk ramadhan. Seronok kah kita? Atau ada yang tak seronok? Tanya ustad. Motivasi. Kita kena ada motivasi sebagai persediaan sambut ramadhan.
Apakah persediaan kita? Kalau raya, kita duk nak beli baju raya, nak tukar langsir, nak tukar sofa. Untuk ramadhan kita buat lah sesuatu untuk motivasi diri sendiri cth tukar pakai tasbih kayu koaka, tukar pakai telekong baru dsb. Maksudnya kita seronok, sebagai motivasi tunggu masuknya ramadhan.
Untuk kekuatan rohani kita tanam tekad untuk berselawat cth: 1000x sehari InshaaAllah.
Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an: Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”(Surah Al-Ahzab: 56)
Amal seseorang itu tak akan sebab kan dia masuk syurga, Amalannya tidak menyelamatkannya, melainkan masuk Syurga itu dengan rahmat Allah Taala.
Tunggu masuk waktu solat, mengundang rahmat Allah.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Para malaikat mendoakan seseorang daripada kamu yang kekal di tempat solatnya selagi orang tersebut tidak batal wudhunya. Para malaikat berdoa dengan berkata: “Ya Allah berilah keampunan kepada orang itu dan rahmatilah dia.” (Hadis Riwayat al-Bukhari )
Masa tunggu masuknya waktu solat tu, jika kita isi dengan berselawat maka mengundang lagi rahmat Allah..aamiin
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Penyakit rohani sangat bahaya. Kalau ada sifat hasad atau jika seseorang itu dalam hatinya ada penyakit dan dengan penyakit ini hatinya menjadi kotor, ia akan memudharatkan dirinya.
Ustad pesan amalkan sentiasa zikir Lailahaillallah.
Daripada Jabir bin Abdullah RA, sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah(Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah). Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah
Penyakit hasad ini bagaimana untuk rawat? Penyakit hasad ini boleh hilangkan kebaikan².
Hasad ini, dia tidak senang dengan nikmat yang diperoleh oleh orang lain. Kalau boleh dia nak nikmat itu hilang dari orang tersebut. Astaghfirullah.
Bersihkan hati dengan :
1)perbanyakkan lakukan amal soleh termasuk
✔️Sentiasa berzikir;
✔️Solat rawatib, kobliyah baadiyah..istiqamah buat.
2)Muhasabah diri sifat muraqabah(kesedaran hati Allah sentiasa memerhati hambanya)
Firman Allah dalam surah Al-Ĥujurāt:18 - "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".
Ibaratnya macam ada cctv yang orang boleh nampak apa kita buat, jadi kita tak berani buat perkara yang memalukan, takut orang nampak maka nak buat yang tak elok, tak jadi buat.
Sifat muroqabah itu jadi penawar untuk penyakit hasad dan sifat² mazmumah yang bersarang.
Moga bersih hati kita. Moga mendapat rahmat.
Wallahu a'lam.

2 comments:
Gumbira menunggu ramadan dgn latih tubi amal soleh pada syaaban yg masih berbaki ini. Datang ke rumah Allah, solat fardu berjemaah, dirikan solat2 sunat, lazimi majlis2 ilmu, ngaji Quran, selawat, zikir, istighfar, sedeqah, dsb. Gosok jubah , telekung, kurta, siap2 utk guna ramadan nanti.
Ramadhan ditunggu dan diraikan..
Ramadhan Kareem..💕
Terima kasih..Kakti😘
perkongsian ilmu bermenafaat ni.
Post a Comment