Kebaikan Berjalan Kaki Setiap Hari

Innalillah.. Dah tiga hari cuaca berjerebu.  Makanya saya beriadah dengan berjalan kaki di atas treadmill sahaja sementara tunggu keadaan jerebu reda. Moga cuaca makin pulih agar inshaaAllah dapat keluar walking outdoor. Kalau tidak, hendak ke mana² terpaksa lah pakai mask sebagai langkah menjaga kesihatan.


Bersenam itu perlu. Dengan bersenam melalui cara berjalan kaki ini mudah untuk kita nak buat sebenarnya. Cumanya samada dapat konsisten buat atau tidak je..itu yang problem..hahaha🤭

Anaknda Iman


Mari kita cuba untuk sentiasa 'walking'. Banyak kebaikannya berjalan ini. Bukan berlari ya, kita hanya berjalan. Sesuai dengan usia dan kemampuan.



................................


Okeh..hari ini nak update aktiviti berjalan semalam 31 Ogos 2026 di lokasi Taman Tasik Titiwangsa🫶







Salam Maulidurrasul


Sedutan perkongsian kuliah maghrib..


intro ustad~

Alhamdulillah Allah rezekikan kita dapat solat fardhu Maghrib berjemaah seterusnya dapat duduk dalam majlis ilmu. 

Moga Allah balas dengan ganjaran yang besar.

Moga Allah sampaikan cita² tertinggi kita iaitu Syurga yang kita impikan.

Moga Allah redho dengan kebaikan yang kita lakukan di atas dunia.. Aamiinn

...................................

Berlalu sudah bulan Safar. Kita sekarang berada di bulan Rabiul Awal iaitu bulan yang dipilih oleh Allah di mana lahirnya susuk peribadi yang mulia yang menerangi kehidupan kita semua iaitu Nabi Muhammad SAW. Jadi kita sambut Maulud Nabi pada 10 Rabiul Awal. Salam Maulidurrasul. Maulud Nabi SAW, bila kita sambut, inshaaAllah ia dapat menjadi cetusan buat kita untuk lebih bersemangat berselawat ke atas Nabi SAW serta mengikut sunnah baginda SAW. Pergiatkan usaha kita membaca sirah Nabi SAW agar nanti kita jadi lebih kenal dan lebih cinta terhadap Rasulullah SAW. 


Mari kita perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi SAW. 

Rasulullah SAW berkata, barangsiapa yg berselawat kepadaku dengan 1 selawat maka ✔️Allah akan berselawat kepadanya 10 kali.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]


✔️Nabi SAW kata lagi, Allah hapuskan/padamkan baginya 10 kesalahan.

Sebagaimana hadith Anas bin Malik R.A, daripada Nabi SAW, sabdanya:

Maksudnya: Siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10 selawat dan Allah hapuskan daripadanya 10 kesalahan.”

Riwayat al-Nasa’ie (1297), Ahmad (11998) dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (643). Hadis ini hasan.


✔️Dan di angkat baginya 10 darjat.

Daripada Malik bin Aus bin al-Hadathan, katanya:  

yang bermaksud:  Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan hajatnya, dan baginda tidak melihat sesiapa yang mengikutinya. Lalu, Umar keluar dengan membawa sebekas air atau sejenis bekas untuk bersuci dan mengikuti baginda. Umar menemui baginda dalam keadaan sedang sujud di dalam sebuah lorong kecil. Maka, Umar berundur dan duduk di belakang baginda sehingga Nabi SAW mengangkat kepalanya.

Baginda pun bersabda: "Engkau telah melakukan sesuatu yang baik, wahai Umar, apabila engkau mendapati aku sedang sujud lalu engkau menjauh dariku. Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan berkata: ‘Sesiapa yang berselawat ke atasmu sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali dan mengangkatnya sepuluh darjat.’"

Riwayat al-Nasa’ie (1297), al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (882) dan al-Bazzar (6250). Hadis ini hasan.

######

"Selawat ini benda yang paling mudah kita boleh buat...tuan², perbanyakkanlah selawat", kata ustad.

Cth selawat:

#Selawat mubin

#Selawat tafrijiyah (ada di SINI)

#Selawat yang biasa kita ucap...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hadis muslim 408 hadis sahih.

Daripada Abu Hurairah ra, Rasululullah SAW bersabda;

“Sesiapa yang bersalawat ke atasku dengan satu salawat, Allah akan bersalawat (memberi rahmat) ke atasnya dengan sepuluh salawat.”


Kita juga boleh selitkan selawat dalam berdoa. Dengan berselawat, inshaaAllah

Allah akan padamkan rasa gelisah atau tidak tenteram. Dan Allah akan padamkan dosa dan tinggikan darjat kita..aamiinn.


Firman Allah dalam surah

Al-'Aĥzāb:56 - Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.


Mudah-mudahan kita jadi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW.

Pada siapa kita kasih, pada siapa kita cinta? "Check diri kita", kata ustad. Jika kita kasih atau begitu taksub pada pemain bola cthnya, hingga semua nama² pemain bola kita ingat, maka tidak lain kita akan berkumpul bersama mereka di Masyhar nanti.. Nauzubillah

Mudah mudahan Allah kumpulkan kita dengan Nabi Muhammad SAW... InshaaAllah..Aamiinn


Percutian Keluarga di Cherating

Nak kisahkan family trip kami ke Cherating tempohari. Kira well plan juga la sebab lepas bincang², kakak(anaknda kedua) terus book 3 chalet di Royal Chulan, Cherating.

Pagi² dah bertemujanji di stesen Petronas sebelum masuk tol Gombak. Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di hentian rehat selepas tol Karak, untuk breakfast. Makan bekal Nasi lemak berlaukkan Ayam Goreng. Sambal ikan bilis dan timun kakak yang bawak♡♡ Rin pula bawak Popiah Sira dan kueh Ketayap♡♡


Selepas 3 jam perjalanan dengan 3 buah kereta, kami sampai ke destinasi pertama iaitu, Batik Canting. Cucu² dan papatok fokus mencanting batik masing². Cantik² belaka hasilnya..semua terer, terserlah bakat terpendam🤗


















Selesai di Batik Canting, kami terus menuju ke chalet Royal Chulan di tepian pantai Cherating untuk check in. Chalet nya terbaik! Saya dan en suami pernah sekali ke sini, singgah duduk semasa dalam perjalanan pulang ke KL dari Kelantan.










Happy cucu²ku semua main pasir dan mandi pantai..alhamdulillah. Masa semua di pantai, baru lah Iman(anak bongsu) menyertai kami. Iman travel all the way dari Kuala Terengganu kerana bertolak dua hari awal ke sana bagi memenuhi jemputan kawin rakan ofis.













Esoknya pagi² sebelum breakfast, pergi sekejap mengambil angin di tepian pantai. Waduh..nyaman sungguh melihat laut di pagi hari. Alhamdulillah syukur. 






Selepas breakfast, sekali lagi ke pantai.. 




Tiba masa untuk check out...


Selepas check out, kami tak singgah ke mana² pun, terus berkejar untuk ke destinasi berikutnya mengikut iternerary. Akhirnya sampai di Bukit Gandah untuk tengok gajah..hahaha.. Orang ramai berpusu² ketika itu dek hari cuti umum. Seronok cucu² ku dapat tengok gajah makan dan mandi😁😍













Selesai di sana, baru kami patah balik masuk highway untuk ke tempat makan popular Temerloh iaitu di Restoran Go'Bang Maju Tol.



Agak lewat makan tengahari..🤗 Alhamdulillah nasib baik semasa di chalet pantai Cherating, dah makan buffet heavy breakfast. Semua siap makan kenyang² sebab dah plan lepas check out nak kejar pergi tengok pertunjukan gajah di Temerloh..hi hi

...............................

MasyaAllah! Terbaik percutian family kami tempohari. Cucu² pun bukan main suka.  Semua seronok mengisi masa mandi pantai, bermain bola dan berkejaran sesama mereka.  Pantai nya tenang, hati rasa tenteram tengok beach. Air lautnya bersih tidak tercemar, seronok mandi-manda.





Masa berkualiti sekeluarga 2 hari 1 malam di pantai Cherating yang indah dan damai, alhamdulillah kami manfaatkan sepenuhnya. Moga ada rezeki di lain masa dan ketika, jika sihat tubuh badan, inshaaAllah boleh repeat lagi ke sana..😘😘




Pemandangan pantai Cherating  yang indah saat datang kali pertama beberapa bulan lalu...



Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12