Karipap Minyak Panas

Alhamdulillah..minggu ni buat lagi karipap. Sekali buat dapat satu tupperware, tahan la untuk stok seminggu. Sedap makan karipap petang2 ni. Buat breakfast pon best.

Jom buat karipap pakai minyak panas. Agak lebih rangup la dari pakai cara yang biasa saya buat dulu-dulu. Buat banyak2,, senang time sesak2 takde benda makan, orang datang ke kita sendiri nak makan ke..senang tinggal goreng je..:-)

KARIPAP MINYAK PANAS

Sediakan inti karipap ikut citarasa. Kalau saya suka inti kentang + ayam/daging.

Kulit karipap:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar margerin
Setengah cawan minyak masak
3/4  -  1 cawan air
Garam satu sudu kecil

Cara:
Panaskan minyak serta margerin dalam periuk. Bila minyak dah betul2 panas, dengan berhati2 tuangkan minyak ke dalam mangkuk  tepung. Kacau2 dengan sudu sebelum dimasukkan air garam. Setelah sebati boleh la di-ambil sebesar guli lalu dicanai, dibubuh inti seterusnya dikelimkan di tepinya membentuk karipap. 

Tadaaaa....:-)

3 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum Nur

Mudah ya resepi ni..tp kak nak tanya kena uli tak.. ke gaul sahaja..

nur said...

Wslm kak werdah
Alhamdulillah tq. Doh tu eloknya takyah uli kak, just gaul gitu je. Kalu telebih uli dia nanti jadi keras bukan rangup.

Ana Jingga said...

seronoknya tengok nur pandai buat karipap, dalam banyak2 kuih karipap memang tak pandai buat sebab tak pandai nak klim tepinya, salam ukhwah..singgah malam ke sini :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...