Alhamdulillah sambung kisah pi jenjalan hari tu. Yang part 1 tu ada di SINI ya.
28/9/25
Hari ketiga bermusafir.
Pagi tu bangun², "...wahhh daku kat negara Brunai rupanya"🤔... he he... datang obesi lagi gais🫠😍✌️...
Turun breakfast. Alhamdulillah boleh tahan sedap walaupun sarapan di hotel Mega di Miri rasa lebih banyak pilihan dan terpaling sedapppp...hi hi
Okeh kami terus check out hotel untuk meneruskan edisi jelajah Brunai. Takde nak patah² balik untuk check out dah lepas tu. Destinasi di awal pagi itu adalah Royal Regalia.
Ia merupakan Muzium Di-Raja Brunai. Lokasinya terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunai Darussalam. Ia mempamerkan regalia dan lambang diraja, termasuk kereta kencana dan permata mahkota yang digunakan semasa pertabalan, serta hadiah-hadiah diraja dan pakaian.
Kemudian kami ke Masjid Omar Ali Saifuddien. Sangat cantik masjid-nya yang dilatari perkarangan lanskap yang luas. Masjid Omar Ali Saifuddien adalah masjid kebangsaan Brunei Darussalam yang terletak di Bandar Seri Begawan. Ia dianggap sebagai salah satu masjid paling indah di rantau Asia Pasifik dan menjadi mercu tanda penting bagi negara Brunei.
Selesai di situ, van singgah sebentar di hadapan gate Istana Nurul Iman. Kaum bapa je turun bergambar, kami yang kaum ibu ni tak berapa nak sanggup sebab time tu matahari dah tinggi dan bahangnya begitu terasa. Takpe lah kami tengok dari dalam van je ya..ehe..he..
Van terus meluncur masuk highway menghala ke Miri. Okay bye Brunai..sampai jumpa lagi. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua dalam rahsia Allah. Mana tau dapat datang lagi selepas ini ke negara Brunai Darul Salam.. InshaaAllah.
Di dalam perjalanan menuju je Miri, Kawi berhenti sekejap di satu rumah perusahaan menjual kerepek/jajan². Alhamdulillah di sini semua pakat borong beli sedikit sebanyak barang makan untuk di bawa balik Malaysia. Made in Brunai tuuu...boley tahan sedap semua.
Dah nak sampai Miri, tiba² nampak orang jual durian..Hah apalagi...semua pakat turun sekejap nak pekena durian Miri pulak.. aduhh jauh datang makan durian.. sampai ke Miri☺️😂 Rasa durian okay laaa...dapat la merasa 3 - 4 ulas setiap seorang peserta trip..hahaha...jadi laaa
Dah sampai di bandar Miri dengan selamat.. alhamdulillah. Sesi mencari kek lapis Sarawak pula...he he.. Ikan Terubuk Masin dah siap² beli melalui kawan Rahmat. Kami singgah di Kedai Kek Lapis Siti Payung untuk beli bawak balik kek lapis. Saya beli sikit je, buat ggaso²..hi hi
![]() |
En zul dan kuda laut |
Rahmat kemudiannya membawa kami ke Restoran RH Kopitiam untuk kami semua makan tengahari. Alhamdulillah Rahmat sampai kan hajat saya yang meminta dia bawakan kami ke kedai yang ada menu Laksa Sarawak. Nak makan sekali lagi sebelum balik Semenanjung🫠🫠 Alhamdulillah tqsm Rahmat, sedap sangat Laksa Sarawak kat situ.. Portion pun banyak. Terbaek!!
Sebelum ke airport singgah sekali lagi ke kedai souvenir untuk sesapa yang nak cari² barang cenderahati. Saya hanya tambah beli keychain untuk cucu²..🤭😁
Jam dah tunjuk pukul 4.15ptg, bilamana kami tiba di Airport Miri... beransur² dah nak tinggalkan Miri...huuuu🤧
Pengalaman 3 hari 2 malam percutian di Miri dan Brunai alhamdulillah sangat terkesan di hati bilamana banyak melalui adegan pengembaraan yang happening dan menghiburkan. Alhamdulillah tqsm buat Rahmat our tour guide, terimakasih buat Kawi pemandu van kami yang komited, tq juga Hj Lan urusetia yang banyak tolong ² hingga kami dapat sampai ke Miri dan Brunai, terpaling TQ buat Hj Ramli ketua rombongan serta rakan² trip yang semuanya support member😂😂... Terbaek aah!!.hahaha. Kami peserta trip terdiri dari 11 orang kesemuanya; Hj Ram, en Zul, hj Din, en Halim, Ida, Lina, cikgu Yati, Ju, Nani, en suami dan saya. Jazakallah💌
Sekian.
Wassalam.
2 comments:
Alhamdulillah,semua seronok 👍🤝
First time ke miri & brunei, byk tempat menarik dan org2 nya pun baik.
Post a Comment